01
Jan
09

Peluang untuk merubah kehidupan anda!

EKSKLUSIF “REVOLUSI TERKINI PERNIAGAAN WIKINOMICS

Bagaimana jika:

  • Kami sediakan modal permulaan?
  • Anda bayar balik ketika mampu!
  • Tiada faedah @ interest dikenakan!
  • Tanpa mengira latarbelakang pinjaman anda sebelum ini!

KAMI BANTU SEGALANYA & JIKA ANDA

  • Mencari peluang perniagaan
  • Perlu pendapatan tambahan
  • Mencari kerja “part time”
  • Kehilangan pekerjaan
  • Inginkan global bisnes
  • Bersara awal…

klik logo untuk langkah pertama ke arah merubah kehidupan anda!

Syafiza Wikinomics group logo

APAKAH MUNGKIN ADA LAGI ALASAN YANG BOLEH MENGHALANG ANDA DARI MENIKMATI KEHIDUPAN YANG LEBIH CEMERLANG?

18
Feb
09

Pembedahan

Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..

Doktor : “Anda harus dibedah!”

Pesakit : “Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?”

Doktor : “Ya… hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini.”

Pesakit : “Apa???!!!”

Doktor : “Anda jangan takut.”

Pesakit : “Kenapa?”

Doktor : “Kerana… Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati.”

16
Feb
09

Pontianak

Di suatu kawasan gelap.. Seekor Hantu Pontianak ternampak seorang lelaki sedang melintas kawasan itu…. Lalu Pontianak itu menghampiri lelaki tersebut sambil bertukar rupa menjadi seorang pompuan yang cun… “Abang nak gi mana nie? Boleh saya temankan ?” tanya Pontianak tersebut..

Tiba-tiba lelaki itu berkata.. “Kamu Bodoh ye..?!! Aku adalah Perogol Bersiri!!!”… Kerana takut di rogol… gadis cantik @ Pontianak itu lari dengan lajunya..

Setelah beberapa lama berlari.. tiba2 Gadis itu berhenti… “Kenapa Engkau berhenti ?”. Tanya perogol kehairanan…

Si Gadis Cantik itu tiba2 bertukar rupa menjadi hodoh dan berkata.. “Kamu Bodoh ye?!! Aku Pontianak.. Ha Ha Ha..!!!” Lalu menggigit Pusat lelaki terbabit..

15
Feb
09

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..

  • supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..
  • supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..
  • supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..
  • supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
  • supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya..
  • supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
  • supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
  • supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

*petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January

15
Feb
09

Sadisnya

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya: “Nenek, mana Papa dan Mama?” “Mereka masih di dalam bilik…” neneknya menjawab.

Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

“Dimana Papa dan Mama?”

“Mereka masih di dalam bilik” neneknya kembali menjawab.

Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:

“Di mana Papa dan Mama?” “Masih di dalam bilik” jawab nenek.

Anak itu tertawa geli.

“Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!” tanya neneknya dengan nada tinggi.

Si anak menjawab,

“Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue…”

14
Feb
09

Abu & Milah

Suatu hari Abu dan Milah terlewat ke sekolah… Di depan pintu… gurunya sudah menunggu dengan muka garang…

guru : “Abu!! kenapa kamu selalu terlambat?”

Abu : “Err..err.. err.. tadi saya dah bangun awal.. pukul lima.. tapi tertidur semula… akhirnya saya bermimpi naik motor ke kedai… “

guru : “Sudah..sudah.. kamu pulak Milah… kenapa terlambat juga?”

Milah : “saya tumpang abu naik motor tadi.”

13
Feb
09

Nenek

Seorang wanita tua berdiri di tepi pantai dengan memegang kemas topinya agar tidak terbang ditiup angin. Tiba-tiba Seorang lelaki menghampirinya dan berkata:

“Maaf Nenek, adakah nenek sedar yang baju nenek tersingkap ditiup angin kencang ni ?”

“Ya, nenek tahu,” jawab wanita tua itu, “tapi nenek memerlukan kedua belah tangan untuk memegang topi ini”.

“Tapi nenek… semua orang memandang nenek.. tidakkah nenek merasa malu tubuh nenek terdedah macam ni!” tegur lelaki itu

Akhirnya wanita tua itu melihat ke bawah, kemudian kembali melihat kepada lelaki itu dan menjawab, “Nak, apapun yang anak lihat dibawah itu sudah berumur 85 tahun, tapi topi ini

baru nenek beli kemarin.”

12
Feb
09

Doktor

Seorang suami menemani isterinya ke Klinik. Doktor menyuruh si suami menunggu diluar sahaja,

Beberapa minit kemudian, doktor itu keluar dengan cemas dan meminta seorang nurse untuk mengambilkannya besi leper…

Seketika kemudian… doktor itu keluar lagi dan meminta pula untuk diambilkan tukul. Suami yang memerhatikan gelagat doktor itu dari tadi mulai cemas.. Sejurus selepas itu.. doktor itu keluar lagi.. dan kerana bimbangkan keadaan isterinya… lelaki itu bertanya kepada doktor..

“Doktor, ada sebenarnya yang telah terjadi pada isteri saya?”

Doktor itu menjawab, “Oh.. Maaf Encik, saya juga belum tahu bagaimana keadaan isteri encik… bahkan sampai sekarang.. saya masih belum boleh membuka kotak peralatan perubatan saya.”

11
Feb
09

Bazur

Semasa kempem pilihanraya Amerika… diperkampungan orang asli… Seorang penceramah disambut hebat oleh penyokong2nya..

Penceramah : “Saudara², kerajaan sentiasa akan bersikap adil terhadap semua lapisan rakyat.”

Rakyat : “Bazur! Bazur!”.

Penceramah : (Dengan bersemangat) “Jangan percaya dengan janji manis pembangkang”

Rakyat setempat: “Bazur!Bazur!”

Penceramah : “Hidup Bush!”

Rakyat : “Bazur!Bazur!”

Setelah selesai.. penceramah tadi melawat kawasan setempat. Dia dibawa ke sebuah rumah yang mana pemiliknya memelihara Lembu. Dilihatnya tahi lembu bersepah-sepah di halaman rumah… Tiba-tiba datang seorang penduduk berhampiran dan berkata.. “Maaf, Tuan, jangan masuk ke situ. Nanti tuan akan terpijak Bazur!…. Bazur! itu kotor dan busuk sekali!”

10
Feb
09

Jalan atas air

Tiga remaja bertemu untuk melepak-lepak di kawasan sawah. “Alamak, aku lupa bawa kain alas” kata remaja pertama. lalu ia balik kerumah dengan berjalan di atas air di sawah.. Apabila remaja itu datang semula.. remaja kedua pula berkata.. “Aku lupa beli barang yang mak aku kirim. Aku balik sekejap…” Dan dia juga berjalan di atas air sawah dan menyeberangi dengan mudah.

Apabila remaja kedua kembali… remaja ketiga berfikir bahawa dia mesti juga menunjukkan kebolehannya berjalan di atas air seperti kawannya…. “Ah, aku pun boleh. Lihat saja,” katanya. Lalu melangkahkan kakinya ke atas air sawah dan terus tenggelam. namun ia tidak putus asa dan berenang ke tepi, mencuba sekali lagi.. nasibnya sama.. dia terjatuh dan tenggelam… sehinggalah remaja ke dua berkata “Kita patut bagitahu dia untuk berjalan di atas air.. mesti diletakkan batu dibawahnya…”

09
Feb
09

Bersih

Dengan perasan marah yang membara, Puan Mazlin masuk ke bilik Guru Besar. “Saya ingin tahu,” katanya dengan kasar, “Mengapa anak saya, Mazni, diberi markah kosong untuk ujian bahasa?!” “bawa bertenang, puan,” kata Guru Besar. “Biar saya panggil guru bahasanya… tentu dia ada alasan sendiri.” Beberapa minit kemudian datanglah guru yang dimaksud. “Mengapa awak berikan markah kosong untuk ujian bahasa kepada Mazni?” tanya puan Mazlin

“Tidak ada pilihan lain,” kata guru itu. “Ia menghantar kertas putih, tak satu pun yang ditulisnya.”

“Itu bukan alasan,” potong puan Mazli dengan kasarnya. “Sekurang-kurangnya bagilah 10 markah untuk kebersihannya itu.” sambungnya lagi

08
Feb
09

Penjual Ubat

Penjual ubat di sebuah kaki lima berjaya menarik perhatian orang ramai berkumpul mengerumuninya. Si penjual ubat berkata… “Botol di tangan saya ini berisi ubat awet muda. Ini akan mengembalikan kemudaan anda. Ini akan menjaga agar anda tetap sihat.. Lihat saya. Apakah anda percaya saya pernah berperang semasa Penang Dunia pertama? Umur saya sekarang sudah lebih dari 200 tahun.”

Seorang laki² yang berdiri di barisan paling depan bertanya kepada pembantu penjual ubat yang nampak masih muda, yang sedang sibuk menjual ubat awet muda. “Betulkah orang itu sudah berumur 200 tahun?” dia bertanya. “Tolong jujur dengan saya.”

“Dia sendiri mengaku begitu,” jawab pembantu penjual ubat. “Tapi saya tidak pasti kebenarannya sebab saya sendiri baru bekerja dengan dia selama 120 tahun.”

07
Feb
09

Peribahasa

Selesai makan malam, seorang ayah membacakan beberapa peribahasa dari sebuah buku kepada anak-anaknya. Apabila tiba di peribahasa ke 10… si ayah pun terdiam… Semua yang mendengar di situ menjadi hairan. Mereka saling berpandangan.

“Apa yang terjadi, Ayah? Mengapa berhenti tiba-tiba?” tanya salah seorang anaknya.

Si Ayah menghembus nafas. Ia segera mengambil sehelai kertas, lalu menulis : “Diam adalah emas”… itulah peribahasa kita yang ke sepuluh..

06
Feb
09

Sogok

Telah berulang kali Nasrudin berjumpa seorang peguam untuk menandatangani suatu perjanjian…. peguam tersebut selalu mengatakan dirinya selalu sibuk dan tidak ada masa untuk menandatangani perjanjian itu. Keadaan ini berulang sehingga Nasrudin membuat kesimpulan bahawa peguam itu minta disogok. Tapi Nasrudin tahu itu diharamkan. Maka Nasrudin memutuskan untuk mencuba sekali lagi…

Nasrudin menyiapkan sebuah bekas yang diisi dengan tahi lembu hingga hampir penuh. Kemudian di atasnya, Nasrudin melapiskannya dengan mentega beberapa sentimeter tebalnya. Bekas itu dibawanya ke hadapan Peguam. Kebetulan, peguam langsung tidak sibuk ketika itu, dan bersetuju untuk menurunkan tanda tangannya.

Nasrudin kemudian bertanya, “Tuan, setujukah tuan menerima mentega ini sebagai upah?” Peguam itu tersenyum lebar. “Ah, kau tak perlulah terlalu dalam memikirkannya. Saya lakukannya

dengan ikhlas….”

Dia mencungkil sedikit mentega dan merasanya. “Wah, sedap betul mentega ini!” “Ya,” jawab Nasrudin, “Sesuai ucapan Tuan sendiri, jangan terlalu dalam.”

05
Feb
09

Anak

Seorang Ibu telah menghantar anaknya, Leha ke sebuah sekolah berhampiran. Kerana Leha adalah anak kesayangannya, maka ibu tadi telah berbual panjang dengan guru Leha di hari pertama Leha memasuki sekolah.

“Leha adalah seorang anak yang sangat sensitif dan perasaannya sangatlah lembut,” kata ibu Leha.

“Jadi tolong jangan marah atau pukul dia. Tetapi.. Kalau dia agak nakal, pukul saja murid yang duduk di sebelahnya. Itu sudah cukup untuk membuatkan Leha takut.

04
Feb
09

Kereta

Seorang isteri amat mencemburui suaminya kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan keretanya.. bahkan juga banyak wang yang dibelanjakan untuk keretanya berbanding untuk isterinya. Hingga untuk kesekian kalinya si isteri membebel kepada suaminya.

Isteri : “Apa hebat sangat kereta tu? sampai abang lebih suka memandangnya dari saya?”

Suami : “Setiap kali abang melihat kereta ini abang merasa tenang dan bahagia.. kerana bentuk dari luar dan dalam nya sangat cantik”

Isteri : “Saya pun boleh kelihatan cantik!”

Suami : “Kereta ini selalu memenuhi kehendak abang kemana saja abang nak pergi”

Isteri : “Saya juga selalu melayan dan meneman ke mana saja abang nak pergi”

Suami : “Masa abang bermasalah… abang bersiar-siar dengan kereta ini.. maka hilanglah segala masalah tadi”

Isteri : “Saya rasa saya boleh berusaha menjadi isteri yang seperti itu.”

Suami : “Ya mungkin awak boleh melakukan semua itu, tapi ada satu benda yang tidak pernah dilakukan oleh kereta ini.. tapi selalu dilakukan oleh awak”

Isteri : “Apa dia?”

Suami : “Kereta ini tidak pernah membebel”

03
Feb
09

Monyet

Seorang pelanggan kedai haiwan peliharaan sedang berjalan-jalan sambil mendukung dan membelai seekor angsa dengan sangat mesra.

Tiba-tiba seorang pemuda yang juga pelanggan kedai tersebut ternampak dan berkata “Ciss, monyet rupa buruk cam tu pun ko sayang??!”. Lalu si pemilik angsa tadi menjawab: “Hei, Apa kau kata? gila apa ke buta apa… Ini angsa lah, bukan monyet, bodoh!”. Mata kedua lelaki saling bertentang, kemudian lelaki kedua tadi menjawab:

“Kau tu yang Gile! Apa kau ingat aku bercakap dengan kau? Aku sedang bercakap dengan angsamu itu, gilaaa..!”

02
Feb
09

Pak Pandir jatuh kuda

Suatu hari Pak Pandir pulang ke rumah dengan dahi yang benjol dan bibir berdarah. Mak Andeh kehairanan, lalu bertanya:

Mak Andeh: Kenapa dengan awak ni Pak Pandirnya oooi?

Pak Pandir: Saya jatuh kuda.

Mak Andeh: Jatuh kuda?

Pak Pandir: Ya, Mak Andehnya. Mula-mula kuda tu perlahan saja. Lepas tu dia laju sikit. Kemudian laju lagi. Lama-lama punyalah laju, saya tak boleh nak pegang lagi, terus jatuh. Ni yang benjol ni.

Mak Andeh: Habis tu apa jadi.

Pak Pandir: Kaki saya sangkut pulak kat kuda tu. Sayapun jerit lah, “Tolong! Tolong! Tolong!”. Mujurlah ada orang datang selamatkan.

Mak Andeh: Siapa yang selamatkan awak Pak Pandir?

Pak Pandir: Siapa lagi. Towkey supermarket tu lah. Mujur dia cepat tutup suis, kalau tidak, teruk lagi le muka saya ni.

Mak Andeh: Laa… kat mana awak naik kuda ni Pak Pandirnya ooi? ( kat mana ye? :) )

01
Feb
09

Kisah balik kampong beraya

Ada sepasang suami isteri yang agak baru kahwin. Pada hari raya yang baru-baru ini, mereka menghadapi sedikit masalah untuk menentukan giliran kampung suami atau isteri mereka patut beraya. Maklumlah ini kali pertama mereka beraya sebagai suami-isteri.

Setelah berbincang dan berbalah serta berbahas dengan panjang-lebar, si suami terpaksa mengalah untuk mengelakkan dari tidak mendapat “bekalan” di masa akan datang. Tapi dalam hati masih panas membara. Beberapa hari sebelum raya, bertolaklah mereka dengan kereta ke kampung si isteri yang agak jauh juga dari ibukota. Masing-masing mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Si suami memendam rasa kerana “kalah”. Si isteri termenung memikirkan tentang giliran tahun depan.

Setelah beberapa jam perjalanan, maka hampir sampailah mereka ke kampung si isteri. Di kiri-kanan jalan kelihatan beberapa ekor lembu sedang “berehat” di tepi jalan sambil makan-makan. Maklumlah, lembu memang tak puasa. Si suami yang masih sakit hati, dapat satu akal untuk mengenakan isterinya. Si suami bertanya: “Sedara-mara awak ke tu?” sambil menjuihkan mulutnya ke arah lembu-lembu itu.

“Ya…” jawab si isteri, “abang, kakak dan adik ipar…”

31
Jan
09

Hari Sumaat?

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu.. perkara itu disebabkan oleh kekerapan hubungan seks yang terlalu kerap…

“Untuk sementara waktu ini.. anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks.. sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja… Untuk memudahkan mengingat… saya sarankan untuk melakukan
hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S.. iaitu Selasa dan Sabtu,” saran doktor. Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu… sisuami tidak dapat lagi
menahan nafsunya lalu… mencumbu isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga… “Hari ini hari apa Bang?” tanya si isteri.

“Sumaat.”

30
Jan
09

Aizat – Lagu kita

Aizat – Lagu Kita

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam…. teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

CHO: Dan aku terus…
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

( ulang cho 1x)

Terciptalah Lagu Kita

30
Jan
09

Little broken condom made in china

A little Indian boy asked his father, the big chief and witch doctor of the tribe, “Papa, why is it that we always have long names, while the white men have shorter names – Bill, Tex or Sam, for example?”

His father replied, “Look, son, our names represent a symbol, a sign, or a poem for our culture, not like the white men, who live all together and repeat their names from generation to generation.

Also, it is part of our makeup that in spite of everything, we survive. For example, your sister’s name is Small Romantic Moon Over The Lake, because on the night she was born, there was a beautiful moon reflected in the lake.

Then there’s your brother, Big White Horse of the Prairies, because he was born on a day that the big white horse who gallops over the prairies of the world appeared near our camp and is a symbol of our capacity to live and the life force of our people.

It’s very simple and easy to understand. Do you have any other questions, Little Broken Condom Made in China?

29
Jan
09

Isteriku

“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ….di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!

“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi Dipetik dari majalah UJANG…….




 

February 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

Categories

Archives

RSS Syafiza Wikinomics Facebook friends status

Twitter Updates

RSS Perniagaan, Kewangan & Motivasi

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Online Media Daily

RSS TwitterBlog

RSS Guy Kawasaki Twitter

RSS My Alumni @ Uitm

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Alumni @ Kolej Sultan Abdul Hamid

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS The University of Manchester News

RSS F1-Live.com news

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS F1technical.net . Technical articles

My online bookmark

Flickr Photos

Southern Oregon Coast

Untitled

I'd worship the ground you walked on if only you walked in a better neighborhood. (Explore)

In the distance...

Have you tasted it? It seems to smell like broken down conceptions.

Magic drop

Sunrise At Goosehill Pond

Quotes - 22/60

Apples in bed - Explored

Life is just a series of peaks and troughs. Retro surf style

More Photos