Archive | Tuesday, 11 October, 2005

Malam pertama


Tersebutlah kisah satu pasangan yg baru berkahwin. Sehari sebelum upacara akad nikah,Emak pengantin lelaki menasihati anaknya “Nak apabila menghampiri isteri mu pada malam pertama…. maka kamu harus kata Kapal terbang ingin mendarat”. Emak pengantin perempuan pula menasihati naknya “Nak….b ila suami mu berkata kapal terbang ingin mendarat…. maka jawabnya…. Lapangan terbang sudah sedia “.Hari yg ditunggu-tunggu pun tiba. Si suami tak sabar-sabar dan pabila malam tiba…. hatinya berdebar-debar….. Dia mendekati si isteri lalu mengatakan “Kapal terbang ingin mendarat” Si isteri seperti tidak faham dan berkata “Saya penat bang… mari kita tidur.” Si suami hampa…. namun dalam hatinya berkata…”Tak apa mungkin isteri aku malu…. beri dia peluang kedua”Tiba malam kedua “Si suami mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Malangnya si isteri masih tidak faham ….. kerana suaminya ketika itu memegang surat khabar… dalam hatinya berkata…. “Berita apa pula ini….Ah pedulilah kapal terbang mana nak mendarat pun…. tak ada kena mengena dengan saya.”

Kemudian dia berkata kepada si suami “Sudah lah tu bang …. janganlah baca surat khabar lagi…. mari kita tidur ” Si suami hampa lagi.. tetapi dalam hatinya berkata “Tak apalah esok masih ada.”

Tiba malam ketiga …. Si suami sekali lagi dengan penuh harapan dan begitu pasti malam ini pasti aku dapat… lalu mendekati si isteri dan bertanya lagi “Kapal terbang ingin mendarat.” Si isteri menjenguk ke arah luar jendela dan menggelengkan kepala sambil dalam hati berkata “Mana ada kapal terbang !!” Melihatkan si isteri menggelengkan kepala …. si suami hampa dan berkata dalam hati “Kejamnya isteriku…. membiarkan aku menunggu selama 3 hari tapi masih enggan memberikannya kepada ku.”

Si suami dengan muka yg masam terus tidur tanpa mengajak si isteri. Keesokan harinya si isteri bertanya kepada ibunya “Ibu kenapa suami saya setiap malam berkata… kapal terbang ingin mendarat?? Si ibu pun berkata “Apa yg kamu jawab nak ? Si anak berkata “Saya tidak jawab apa-apa… Si ibu berkata lagi….” Apa anak sudah lupa apa yg ibu nasihatkan tentang malam pertama…. sepatutnya anak menjawab Lapangan Terbang sudah sedia…. sebagai tanda bersetuju ” Oh saya lupa lah ibu…. tak apa malam ini saya pasti akan menjawab dengan betul”

Maka tiba malam keempat…. si suami seperti tidak menunjukkan apa-apa tanda dia akan bertanya soalan yg sama. Malam kian larut…. si isteri tertanya-tanya…. bilakah gerangan si suami akan bertanya….. Si isteri akhirnya berkata dalam hati “Mengapa harus aku tunggu lagi….. apa salahnya aku sendiri meng`offer’ kan diri.

Lalu si isteri pun mendekati si suami dan terus berkata “Lapangan terbang sudah sedia”, Si suami kerana terlalu geram dengan si isteri…. dengan muka yg masam menjawab “KAPAL TERBANG ROSAK”” ”

 

Pakaian yang sudah pupus di dunia….


1. Kain Tungkek
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, kotoran hidung, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.
2. Baju Kekerusi
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Papua New Guinea. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.
3. Baju T-Shit
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah ulu klang. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran.
4. Spender Jeans
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat ‘adiknya’ melanjut. Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan… mana ada superman kat dunia ni, karut semua tu.

Do u feel like this?


When U look at your pay-slip versus the work U do, Do U feel like !!!!!!!!!!!

When you work hard over something & nobody appreciate it , Do U feel like this ??

scroll down ….
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
.

.

.

.

.

Isn’t it?

Interview penjaga landasan keretapi.


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.”Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?,” tanya Pak Basri. “Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,”jawab Sarjo. “Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?”tanya Pak Basri lagi. “Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual”. “Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?”.

 

“Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat.” “Kalau telefonnya sedang digunakan?” “Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?” “Kalau telefon awam rosak?””Saya akan pulang menjemput nenek saya.””Ooo….tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?” tanya Pak Basri kehairanan. “Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar.”

 

Sukan yang sudah pupus di dunia


LARI 100KM BERPAGAR
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak. 

REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.

 

LOMPAT KAJANG

Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun ‘Kajang Pak Malau, Kajang Belikat’. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.
BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.

 

RENANG BERIRAMA DANGDUT RAGGAE
Tidak jauh bezanya dengan renang berirama yang dipertandingkan pada masa kini namun irama dangdut raggae yang dipermainkan pada masa kejohanan ini membuatkan banyak peserta mengalami sakit-sakit sendi. Peserta perlu menyelam ke dasar kolam dengan gaya kepala ke bawah air dan punggung timbul di atas air kemudian menggoyang-goyangkan punggung persis penari dangdut. Peserta yang ‘vibrating’nya paling lama dianggap pemenang. Kepupusan sukan ini adalah kerana kesemua pesertanya adalah LELAKI…wueekkk…nak muntah.

 

BOLA TERAJANG
Memang tidak dinafikan sukan bolaterajang adalah sepopular bolasepak pada masakini. Sukan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pesertanya pula seramai 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol serta penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk oleh pengadil, kesemua peserta hendaklah terajang apa sahaja didepan mereka tetapi tidak boleh langsung menerajang bola tersebut. Sesiapa yang kakinya terterajang bola tersebut maka mereka akan diberikan kad merah. Ini akan membuatkan peserta mengamuk dan menerajang diri mereka sendiri dan sanak saudara mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan diharamkan oleh FIFA kerana presiden FIFA pada masa itu pernah kene terajang oleh tukang kebunnya kerana beliau tidak membeli rokok yang dipesan.

 

BOLA TELANJANG
Jangan salah faham! Bola telanjang sangat berbeza dengan bola keranjang yang dipertandingkan pada hari ini. Walau namanya sedikit lucah namun sebenarnya yang telajang hanyalah bola tersebut bukan pesertanya. Sukan ini dipertandingkan dengan cara peserta hendaklah mengupas bola tersebut seperti mengupas buah limau. Bola hendaklah dikupas sehingga telanjang. Namun selepas dikupas bola tersebut akan pecah dan kehilangan angin. Ini menyebabkan peserta hilang akal dan batuk-batuk akibat keresahan pada diri mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan…disebabkan…hmmm…apa gua mau kelentong lagi aaaa?? Lu olang pikir sendili la apa pasat dia punya kepupusan.

 

FAKTA: Ada Sepecialnya Bau Ketiak Lelaki.


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu.

 

Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang….

di petik dari majalah PA&MA… Feb 2004…kalau tak caya… So kengkawan kalau tengah strees tu ….bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak ,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.

Moral of the Story….
So kalau isteri dok tension tu…lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu insyaallah mood dia ok……. ha..ha…ha….
selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami……..