Motivasi: Jangan Main-main Kata Dr Tuah


Kali ini saya berkata tentang sebuah buku, tajuknya Jangan Main-main tulisan Dr HM Tuah Iskandar, salah seorang motivator terkenal di Malaysia. Apa yang paling saya kagum dengan Dr Tuah, dalam ramai-ramai pakar motivasi, dia yang paling banyak keluarkan buku!

Tak percaya? Saya juga tak percaya, tapi bila saya teliti sendiri, memang saya kagum dengan pencapaiannya, outstanding dan amat luar biasa. Buku ni saya dah baca lebih dari sekali, sebab minat sangat dengan gaya penulisannya.


Kalau baca, membuat saya santai dan ayat yang digunakan oleh Dr Tuah adalah seperti percakapan seharian, rasa macam Dr Tuah ada kat depan saya berkata-kata ‘sebijik’ macam yang ada kat dalam tulisan buku tu. Walaupun agak tebal dalam 326 muka surat, ia bukan sekadar buku motivasi dan peransang semangat tapi lebih kepada pengajaran positif dari kisah-kisah benar yang dikongsikan oleh Dr Tuah.

Berbanding dengan Dr Fadzillah Kamsah (ramai yang kata Dr Tuah ni anak murid Dr Fadzillah Kamsah, ye ke? Tak tau lak saya) pendekatan Dr Tuah lebih santai, tegas dalam berlembut dan straight forward. Ada seorang kawan saya yang kata Dr Tuah ni, dia kalau menulis ‘bunga’ aje yang lebih, tapi pada saya itulah stail Dr Tuah dalam mendekati masyarakat, dia ada trademark tersendiri dan ada approach tersendiri.

Buku ini ditulis dalam bahasa yang tidak formal, supaya ia lebih meresap ke dalam hati pembacanya seterusnya ke dalam minda sesiapa jua yang membayangkan mesej yang disampaikan oleh Dr Tuah. Dia mengajak pembaca supaya berfikir extra mind, lebih extra dari biasa dan menganjurkan kita agar mengambil iktibar dan melihat pada nilai-nilai positif dalam apa jua yang berlaku di sekeliling.

Berbeza dengan buku motivasi yang lain, buku ini disertakan sekali dengan glosari yang mengandungi takrif kepada perkataaa-perkataan yang sedikit akademik, jadi ini memudahkan lagi pembaca untuk memahami isi-isi ayat dalam tulisan Dr Tuah.

Buku ini juga memecah tradisi buku-buku motivasi dengan menyertakan ilustrasi kartun hampir di setiap helaian yang pada saya melucukan dan menghiburkan. Berbanding dengan buku Amar, ilustrasi kartun dalam buku ini lebih ‘funny’.. tak percaya? Cuba try baca.

Semuanya ada 121 sketsa, yang rasanya ibarat respon Dr Tuah dan ulasannya pada situasi-situasi, perkara, benda dan orang perseorangan yang dilihatnya depanm mata dan yang dibaca olehnya. Imaginasi Dr Tuah sungguh tinggi, sehingga mampu melihat apa yang kita selalunya ‘tak nampak’ walaupun dah jelas di depan mata. Saya mengakui yang Dr Tuah melihat secara spesifik dan bukan secara rambang.

Saya 100% mencadangkan Anda untuk membaca buku ini. Bukan sebab saya peminat fanatik Dr Tuah, tapi kerana mesej motivasi yang disampaikan dalam buku tu amat berguna, banyak mengandungi tips pembangunan diri yang terlihat, dikaitkan sekali dengan realiti kehidupan sebenar, jadi Anda mendapat fakta, huraian dan contohnya sekali. Konpom tak rugi punya. Saya jamin!

Ada Bagus? Baguss merupakan buku yang diterbitkan selepas buku Jangan Main-main. Wow, baru aje saya beli buku ni beberapa bulan lepas, ada lagi buku baru?

Oh ya, kaler buku baru tu warna Oren, ada sesetengah orang kata tu warna kuning terang, hmm, tak pasti saya. Tapi, pada saya tu warna kuning, ceria saya jadinya bila melihat warna buku tu.

Saya bagi 5 star pada buku Jangan Main-main, ia mengandungi mesej motivasi santai. Pada, saya , bab yang paling saya suka baca ialah pada Sketsa 35, Sketsa 75 dan pada muka surat 199, sesetengahnya ada saya selitkan dalam artikel-artikel di blog ni.

Dapatkan buku Jangan Main-main hari ini juga! Moga ia bermanfaat untuk Anda.

 

About these ads

Tags: , , , , , , ,

3 responses to “Motivasi: Jangan Main-main Kata Dr Tuah”

  1. UMI says :

    MMG BEST SEMUA BUKU DR.TUAH..BNYK BG KITA BERFIKAR N BUAT SENAMAN MINDA

  2. siti hayati bt ab rahman says :

    blom baca lagi tak sabar nak beli dan baca, balik kg adik baru belibanyak pulak tu rase ada 6 buah semuanya buku dr tuah bestnya kalaulah ada orang hadiahkan buku tu bersyukur sungguh sekarang ni tengah ulang buku Nak ke Tak Nak Tahniah Dr Tuah semuga diberkati Allah
    betul tu bila baca buku Dr rase macam Dr tengah bercakap gaya baca pun macam DR jugak. Insyallah dapat bonus ni nak beli , RUGI kalau tak baca

  3. hasina says :

    ok. i’ll go n find the book

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,176 other followers

%d bloggers like this: