Wanita Zaman Sekarang


Gadis dan wanita Melayu di ibukota, merokok dan minum, kononnya untuk tidak dikatakan ketinggalan zaman, satu penampilan baru dan sudah menjadi darah daging. Usia mereka di kalangan 16 ke 45 tahun. Hobi mereka berkunjung ke pusat-pusat hiburan bertaraf international, ada kelas lah katakan! Mereka bangga berkepit dengan Mat-Mat Salleh dan Mamat-Mamat Hitam, peluk cium dah tak jadi hal. Raba-meraba, sejauh mana tangan boleh menjangkau, menjadi kesedapan sehingga kuyu-kuyu biji mata mereka. Show off lagi tu!

Ibubapa tak marah, mereka sporting. Ada suami pun tak bising, mereka understanding. Kalau balik mabuk-mabuk pun atau pasang butang baju dah senget-senget, ala buat-buatlah tak nampak. Mereka dulu pun macam tu, jadi takkanlah nak marah kot! Suami pula ada yang perasan, isteri aku cantik dan glamor, kongsi pakai dengan orang lain pun tak apa. Almaklumlah, suami pun buat perkara yang sama bila ada kesempatan.

Itu rentak ragam dunia pada waktu malam. Macam mana pula kisah pada siangnya? Mereka semuanya bersopan- santun, kalau bercakap pun teratur, slang Mat Salleh pun tak dengar. Ayunya bila mereka mengenakan tudung, waktu sembahyang zohor dan asar pun mereka tak miss, mesti masuk ke surau yang telah disediakan di tempat kerja.

Emak dan bapak mereka pun kalau berbual sesama kawan-kawan atau jiran-jiran, asyik cerita pasal ugama, saling berpesan tak baik buat macam tu atau macam ni. Anak gadis dan isteri isteri orang semuanya jahat di mata mereka. Sang suami pula bermati-matian mempertahankan maruah diri di depan kawan-kawan, kalau tahu isterinya berkelakuan tidak senonoh, akan terus digugurkan talak tiga. Betul ke cakap tu? Sedar tak sedar, niat dah dibuat, ada saksi lagi, masih boleh tidur se katil. Cerai pun boleh dibuat gurauan.

Saya bukan busybody sekadar nak mengingatkan gadis-gadis dan wanita di luar bandar sana tentang kehidupan di ibukota. Kalau nak cepat glamour, berhijrahlah ke bandaraya tetapi kalau rasa-rasa iman tu masih menebal di dalam dada, carilah kehidupan yang diredhai di tempat sendiri. Saya bukan penasihat ‘part-time’ tetapi penonton wayang malam yang suka berkarya.

Jangan marah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: