Chelsea Dimahkota Sebagai Juara EPL 2004 / 2005


CHELSEA telah dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana England musim ini pada pagi 1 Mei 2005 tetapi wang bukan faktor utama kejayaannya yang pertama pasukan itu selepas 50 tahun.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich, mungkin telah membelanjakan hampir 200 juta ($626 juta) untuk membeli para pemain pilihannya tetapi Abramovich adalah salah satu daripada faktor kejayaan tersebut. Kurang percaya lihat kepada Manchester United dan Arsenal.

Manchester United di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson juga adalah sebuah pasukan yang mewah tetapi musim ini pasukan dari Old Trafford ini mungkin tidak memenangi sebarang kejuaraan jika tewas kepada Arsenal dalam final FA Cup nanti….

Arsenal mungkin tidak semewah Manchester United tetapi mempunyai para pemain yang pernah memenangi Piala Dunia untuk Perancis. Nasibnya seperti Manchester United.

Tahun lalu, Chelsea juga telah menjadi milik Abramovich tetapi di bawah pimpinan Claudio Ranieri, mereka tidak memenangi apa-apa.Jadi, apakah kelebihan Chelsea musim ini?

Chelsea mempunyai Jose Mourinho yang berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai cita-cita besar. ‘Soal kewangan bukan faktor terpenting. Tentunya ia dapat membantu perjuangan pasukan tetapi yang lebih mustahak adalah mewujudkan sebuah pasukan.

‘Dan adalah satu kebohongan paling besar dalam bola sepak sekiranya kita menyatakan pengurus pasukan memerlukan masa untuk berjaya. Pembohongan seperti itu adalah untuk melindungi pengurus pasukan.
‘Kita tidak perlu masa. Tetapi sekiranya anda sejak hari pertama telah berpegang kepada prinsip yang betul, anda tidak perlu masa untuk berjaya,’ demikian Mourinho pernah berkata baru-baru ini.
‘Kita tidak perlu masa. Tetapi sekiranya anda sejak hari pertama telah berpegang kepada prinsip yang betul, anda tidak perlu masa untuk berjaya,’ demikian Mourinho pernah berkata baru-baru ini. Selepas perlawanan, Mourinho telah mendedahkan ciri-ciri kekuatan pasukannya.
‘Para pemain mempunyai mentaliti yang istimewa. Selain itu, mereka mempunyai cita-cita dan kemahuan yang kuat. Kami berjuang dan menanggung kesusahan bersama. Kami harus menyesuaikan diri dan berjuang seperti singa.
‘Tiada ada orang yang boleh mempertikaikan kami tidak wajar menjuarai pertandingan ini,’ kata Mourinho.
Tetapi untuk melengkapkan kejayaan Chelsea ialah empat pemain paling berpengaruh dalam pasukan itu.
Bayangkan Chelsea tanpa penjaga gawang, Petr Cech, John Terry dan dua pemain midfield, Claude Makelele dan Frank Lampard.
Jadi, kekuatan Chelsea adalah Abramovich, Mourinho, Cech, Terry, Makelele dan Lampard.
Tetapi tentunya, Mourinho adalah orang yang paling berpengaruh.
Kini, mampukah Mourinho membantu perjuangan Chelsea dalam Liga Juara-Juara Eropah pula?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: