Tersungkur Di Pintu Liga Juara-Juara Eropah



Malam yang akan menjanjikan debaran kepada peminat liverpool dan yang membenci maurinho serta peminat chelsea telah tiba.

Chelsea berbekalkan jurulatih yang bongkak tetapi licik dengan pasukan liverpool yang amat tidak konsisten musim ini mmg dinanti-nantikan. semoga liverpool sebagai orang lama serta legenda dalam liga juara-juara dapat kembali kepada takhta mereka yang sekian lama menunggu atau chelsea akan meranapkan musim mereka…

DI ANFIELD, Liverpool tidak pernah kecundang dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.

Tetapi di Anfield juga, Liverpool pernah tumbang tiga kali dalam Liga Perdana England, termasuk di tangan Chelsea.

Kini, mampukah Liverpool membenam Chelsea dalam peringkat separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah hari ini?

Kalau perlawanan terakhir kedua-dua pasukan dalam Liga Perdana England menjadi ukuran, maka Liverpool akan berputih mata.

Sedang ia terkial-kial sebelum seri 1-1 dengan Middlesbrough, Chelsea menangkis kedegilan Bolton Wanderers dengan kemenangan 2-0 dan sekali gus merangkul kejuaraan pertandingan ini buat kali pertama selepas 50 tahun.

Yang ketara, semangat pemain Chelsea bagaikan melangit berbanding dengan Liverpool, yang sekali pun mempunyai dorongan untuk menebus tiga kekalahan di tangan pasukan dari Stamford Bridge itu, tetapi permainannya setakat di tahap sederhana.

‘Kejayaan Chelsea menjuarai Liga Perdana England memberikan kami keyakinan untuk berentap dengan Liverpool.

‘Kini, kami mempunyai peluang memenangi salah satu pertandingan terbaik Eropah. Kami tidak akan mensia-siakan peluang ini,’ kata kapten Chelsea, John Terry.

Tetapi kapten Liverpool, Steven Gerrard, juga tidak kurang keyakinannya.
‘Kami saling menghormati kekuatan masing-masing, tetapi saya yakin jika kami mempunyai peluang membuat rembatan dan para penonton terus memberikan sokongan, ia boleh membantu perjuangan kami,’ ujarnya.

Bagi yang tergerak meramalkan Chelsea akan tewas, mereka harus melihat wajah Jose Mourinho.

Semasa memimpin FC Porto, pasukan dari Portugal itu juga seri 0-0 di tempat sendiri, tetapi bangkit menewaskan Deportivo Coruna 1-0 dalam peringkat separuh akhir kedua sebelum muncul juara dengan kemenangan 3-0 ke atas AS Monaco dalam final.

Selain itu, Mourinho juga ingin meletakkan namanya sebaris dengan Ernst Happel dan Ottmar Hitzfeld sebagai pengurus pasukan ketiga dalam sejarah menjuarai pertandingan ini dengan dua pasukan berlainan.

Happel menjuarai pertandingan ini dengan Feyenoord pada 1970 dan SV Hamburg (1983) manakala Hitzfeld (Borussia Dortmund 1997 dan Bayern Munich 2001).

Mourinho juga ingin membuktikan kepada Alex Ferguson bahawa Chelsea boleh merangkul tiga kejuaraan dalam satu musim seperti Manchester United pada 1999.

Yang jelas, beliau mempunyai para pemain terbaik untuk mengecapnya.

Siapakah Yang Bakal Melangkah Ke Final Champion League?? Chelsea or Liverpool?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: