Cerita Lawak: Suluh


Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
Ahmad telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Ahmad dah makin pulih. Dan Dr. buat keputusan untuk benarkan Ahmad pulang. Ahmad dipanggil untuk pemeriksaan terakhir. “Ahmad saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Ahmad pulang. Kalau Ahmad jawab dengan elok saya benarkan Ahmad pulang.. kalau tidak Ahmad akan tunggu sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Ahmad. “Baik Doktor Ahmad sedia menjawab” jawab Ahmad dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya.. dan di halakan ke dinding.. (cahaya lampu tersebut berbentuk bulat di dinding bilik Doktor). “Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor. “Nampak Doktor” jawab Ahmad tersenyum. “Awak panjat dan tangkap cahaya tu Ahmad” arah Doktor tu pada Ahmad. “Kat Dinding tu?” tanya Ahmad tersenyum. Ye laaa” jawab Doktor. “Ha ha ha saya tak gila lah Doktor…… tak nak lah saya buat..” jawab Ahmad “mm.. oklah Ahmad.. awak di bebaskan hari ini… awak lulus ujian saya..” Doktor berpuas hati. Ahmad pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu gate.
“Tunggu tunggu Ahmad” Doktor memanggil balik Ahmad. “Kenapa Ahmad tak nak panjat dinding tu Ahmad?” tanya Doktor tu sebagai soalan terakhir.
“Ha ha ha… Doktor ingat saya bodoh ker Doktor….. kalau saya panjat….. saya pegang cahaya tu…. Doktor tutup lampu suluh tu nanti.. tentu saya akan terjatuh…” jawab Ahmad selamba…. “mm.. Ahmad tidur sini setahun lagi lah yer Ahmad” kata Doktor pada Ahmad. “Baik nya doktor…..” sukanya hati Ahmad.

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: