Rangkuman Cerita Lawak of the day


Jangan Terlalu Yakin
Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : ” Syukurlah, semuanya sudah berlalu…” “Jangan terlalu yakin”, kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. “Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi….!” Yusril yang berada di sebelah kiri tempat tidurnya menyela : “Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku..”Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : “Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?” Juruterbang Bodoh Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara. “May day,may day,may day…!!”,terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio. “Pesanan anda didengar jelas,”kata petugas dek menara pengawas,”Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!” “Ya,baik,”jawab juruterbang itu, “Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!”

 

Angka 13

Ketukan di pintu mengejutkan sepasang kekasih yang sedang berkasih-kasihan dengan asyiknya.. “Cepat, itu suamiku,” kata si wanita yang diserang ketakutan. “Loncatlah dari jendela!” “Tunggu dulu. Kita kan sedang di tingkat 13!” bantah si lelaki. “Cepat loncat!” teriak si wanita dengan paniknya.
“Keadaan sudah gawat begini, kamu masih percaya tahyul dan soal angka sial!”

 

Mahu Berbisik

Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya. “Mama!!” teriaknya, “Saya ingin kencing.” Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata, “Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk kencing maka katakanlah, ‘Mama, saya mahu berbisik.’ Itu lebih sopan,faham?” “Baik mama..” kata si anak.

Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap. “Mama, saya mahu berbisik,” katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata , “Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana…

 

Dua Ekor Anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup.

Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata, “Rileks la, aku ni kan anjing laut.”

 

Panggilan Sayang

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang… Manis… Cintaku… Sayangku… Kasihku… dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, “Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu.” Mizal mengangkat bahu dan berbisik,”Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu.”

Dua Pesakit Jiwa Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri.Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.
Gila 1 : “Aduh, rancangan kita pasti gagal”
Gila 2 : “Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?”
Gila 1 : “Tidak, sama sekali tidak ada penjaga”
Gila 2 : “Jadi mengapa ?’
Gila 1 : “Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya ?”

 

Tangguh Lagi

Alex mengeluh kepada Robert kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan. Robert memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul “BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI”. Alex mengambil buku itu lalu berkata, “Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa.”

 

Teman Baik

Seorang ibu sedang bercakap dengan temannya.”Kamu tahu tak… di antara 99 teman baikmu ada yang main gila sama suamimu. Oleh itu kamu mesti berhati-hati. Aku mengatakan hal ini bukan kerana apa-apa, tapi kerana aku adalah teman baikmu’

 

Yang Paling Berharga
Seorang pemuda dihadap ke mahkamah atas tuduhan mencuri motor milik seorang gadis remaja. “Saya sama sekali tidak mencurinya,Yang Arif ” kata si pemuda itu membela diri. “Dia yang memberikan motor itu kepada saya. Ketika itu dia pulang dari sekolah, dia meminta saya agar memboncengkannya dengan motornya. Saya pun boncengkannya. Lalu dalam perjalanan, di suatu semak belukar,dia menyuruh saya berhenti. Di bukanya baju dan seluarnya. Lalu katanya, saya boleh mengambil miliknya yang paling berharga.

Yang Arif, lalu saya berfikir, bajunya memang berharga, tapi itu baju wanita dan tak ada gunanya bagi saya. Jeansnya juga terlalu kecil bagi saya. Kerana itu, apa boleh
buat terpaksa saya mengambil motornya. ”

 

Keadaan Suami

Seorang isteri menemani suaminya untuk pemeriksaan kesihatan. Selesai pemeriksaan,doktor memanggil isteri tersebut untuk membicarakan keadaan suaminya, berdua saja.

“Suami puan menderita penyakit yang cukup berat, yang di pengaruhi stress yang menimpa dirinya. Jika puan ingin suami puan tetap hidup, lakukan nasihat2 yang saya berikan,” kata doktor. “Pagi hari buatkan sarapan yang enak. Perlakukan suami dengan baik dan lembut. Untuk makan siang, buatkan menu yang lengkap gizinya. Malam harinya sajikan makan malam yang istimewa.

Jaga perasaannya, jangan bebani dia dengan pekerjaan rumah tangga dan jangan berkeluh kesah. Jika puan tidak melakukan semua itu, puan akan kehilangan suami,” tambahnya. Dalam perjalanan pulang, si suami bertanya kepada isterinya, “Apa kata doktor tentang penyakitku?”

“Kamu akan meninggal…”

 

Janji

Pengakuan seorang suami: “Setelah mendengar ceramah perkahwinan tiga hari yang lalu, saya dan isteri sepakat memegang janji untuk tidak akan pergi tidur kalau masih marah. Tapi mungkin kami harus membatalkan perjanjian itu kerana sudah tiga hari tiga malam kami tidak tidur…..”Mr Brown Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr.Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!

 

Markah Matematik

Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.
Anak : ” Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!”
Emak : ” Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa”??
Anak : ” Kata guru yang lain mendapat 100 markah”.

 

Erti Sebuah Nama

Seorang anak bertanya pada ayahnya.
Anak : Ayah..kenapa nama kita selalu dikaitkan dengan sesuatu kejadian yang berlaku?
Ayah: Iya..seperti kakakmu si mawar merah, ibumu sebelum melahirkan kakakmu meminta bunga mawar yang berwarna merah. Abangmu juga si kambing putih..Ibumu minta daging kambing yang berbulu putih. Mengertikah kamu kondom bocor?

 

Berhenti Merokok

“Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?” tanya John pada George. “Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?” kata George. “Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.” “Apa tahap pertama itu?” “Berhenti membeli rokok!”

 

Khidmat Negara

“Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara ! ” kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus wajib Khidmat Negara. “Mengapa tidak? ” tanya Rekrut yang mendaftarnya. “Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada kaki yang lain. ” “Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya juga tidak rata. “

 

Pesakit Jiwa Yang Resah
Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya.
“Saya sudah tidak tahan lagi, doktor” “Kenapa?”, tanya doktor dengan ramah. “Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing” “Oh ya? Adakah dia menyalak?” “Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencingnya”

 

Pekerjaan Yang Menguntungkan

“Jadi, Udin, kamu pasti ingin menjadi doktor mata seperti ayahmu bukan?” “Tidak guru, saya ingin menjadi doktor gigi” “Doktor gigi? Kenapa? Bukankah doktor mata
pekerjaan yang bagus?” “Tentu saja. Tapi setiap manusia hanya memiliki 2 mata sedangkan 32 gigi”Cemas

Seorang lelaki mengalami patah tangan ketika jatuh motor.Isterinya sangat prihatin dan sangat risau lalu bertanya kepada doktor: ‘Tolong doktor, katakanlah sejujurnya. Adakah suami saya nanti masih dapat mengemop lantai dan mencuci pinggan?’

 

Pelancong Dan Lalat

Seorang pelancong Eropah sedang makan di sebuah kedai makan. Dia bertanya kepada pemilik kedai tersebut, “Buat apa menyalakan lilin di siang hari begini?” “Untuk lalat, tuan” “Wah hebat!! Bangsa anda memang benar-benar baik hati. Bukan cuma manusia, lalat pun diberi cahaya sendiri.”Pasti Dan Mungkin
Seorang anak bertanya kepada ayahnya.
Anak : Ayah, apakah orang cerdas selalu menjawab dengan kata ‘mungkin’ sedangkan orang bodoh selalu menjawab dengan kata ‘pasti’?
Ayah : Pasti nak! Eh..mungkin.

 

Badak Merah

A: Kenapa badak kukunya berwarna merah?
B: Mmm…apa ya..tak tau…
A: Supaya dapat sembunyi di sebalik pohon epal
B: Ah bohong… mana ada badak boleh sembunyi di balik pohon epal?
A: Tak pernah lihat,kan? Bererti badak itu berjaya bersembunyi laa…

 

Doktor Oh Doktor

Suatu hari seorang wanita mengunjungi seorang doktor.
Doktor : “Emm..anda sebelum ini dirawat doktor lain,kan?”
Pesakit : “Iya Doktor.”
Doktor : “Sungguh doktor yang bodoh,dia tak mampu menyembuhkan penyakitmu, keputusan bodoh apa yang ia katakan kepadamu?”
Pesakit : “Menemui Anda.”Bermain Muzik

Pesakit: “Doktor, berapa lama tulang saya yang retak ini akan sembuh ?”
Doktor: “Paling cepat enam minggu lagi ”
Pesakit: “Bila saya telah sembuh, adakah saya akan mampu bermain muzik ? ”
Doktor: “Oh …. tentu saja ! ”
Pesakit: “Hebat! Padahal sebelum ini saya belum pernah bermain muzik. “Buang Air

Si kecil Bobby didekati oleh penjaga kolam renang di sebuah kolam renang awam dan berkata, “Kamu tidak boleh buang air kecil di kolam renang ini! Kalau kamu
masih berbuat demikian, aku akan melaporkan perbuatanmu ini kepada ayah dan ibumu!”
“Tapi banyak orang yang membuang air kecil di kolam renang,” “Mungkin saja iya,” kata si penjaga kolam, “tapi tidak dari papan loncat.”

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: