Test Power – Ferrari Vs Evo X Vs Kancil


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di Lebuhraya Utara Selatan, kelihatan sebuah Kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada seorang tua berdiri di sebelahnya. Pemilik Kancil tu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datang la sebuah kereta Evo7 berhenti di sebelah Kancil tadi.

“Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?” tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an. “ha’ah, rosak” jawap pakcik tu simple aje…. “Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol” mamat nie bagi idea.

“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”. Mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper evonye. Dia pun jalanla…. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer, mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik…..

Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo X. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie….. Lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat Evo X tu dah tak sedar dah, hangin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm…… bedesup peginye… “Ini dah lebih speed limit nie…” kate polis nie. “Cecah 250kmj memasing nie…” Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…

Dia kata; “Over…. over…, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,
sebuah Ferrari, sebuah Evo X dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye……… sebuah Kancil putih tengah ‘cucuk’ angin Evo X tu, dia bagi hon dan high beam nak potong!!!, Over…..

peerrrrrrggggggggggghhhh…..

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: