Cerita Lawak: Matematik


Ini kisah yang aku lalui ketika aku mengajar di Sekolah Kebangsaan Kedaik. Hampir 98% daripada murid-murid di sekolah itu terdiri daripada orang Asli keturunan Jakun. Aku mengajar subjek matematik, Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Ketika aku mengajar Matematik untuk darjah 3, ada satu peristiwa yang buatkan aku rasa anak murid aku ini (namanya Roslan) setaraf dengan Plato atau Socrates. Macam ini dialog yang berlaku ketika pengajaran bagi topik “Operasi Tambah”:

Aku : Okey, murid-murid. Kalau 2 + 2, jawapannya 4. Kalau 3 tambah 2, jawapannya 5.
Roslan : Cikgu, kenapa 2 + 2 jawapannya 4.
Aku : (Dalam hati) (Bagusnya budak ini. jarang sekali nak dengar pertanyaan daripada murid Asli). Macam ini, ada 2 biji bola ditambah lagi 2 biji bole. Okey, kesemuanya akan jadi 1 … 2 … 3 … 4, jadi kesemuanya sekali ialah 4.
Roslan : Hah? Cikgu salah tu.
Aku : kenapa pulak salah?
Roslan : Cikgu, kalau cikgu nak membilang, tak semestinya bermula daripada 1 … 2 … 3 … 4. Kalau kita nak membilang kita boleh mula daripada mana-mana aje.. Contohnya, boleh kita mulakan daripada 8 … 3… 4… 2.. 9 … 5…
Aku : Ops! Awaklah bakal Profesor kelak …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: