Cerita Lawak: Orang Utan


Pada suatu hari, seorang graduan yang telah menganggur selama hampir setahun telah terbaca iklan jawatan kosong di sebuah taman tema (Tak boleh sebut nama di sini, nanti kena saman pulak). Rupa-rupanya orang utan di taman tema tu baru saja mati kerana tecekik biji durian. Orang utan yang baru yang ditempah dari Indonesia hanya akan tiba dalam masa dua bulan kerana masalah birokrasi dan salah-faham tentang permit untuk bekerja di Malaysia. Memandangkan taman tema berkenaan telah membelanjakan beratus-ratus ribu ringgit untuk promosi, maka mereka menawarkan kepada sesiapa yang sanggup untuk “berlakon” sebagai orang utan, sehinggalah orang utan yang sebenar sampai.

Graduan berkenaan, JJ namanya, dengan berat hati terimalah tawaran berkenaan. Maklumlah dah malu pulak hari-hari mintak duit belanja dengan maknya. Lagipun hati teringin nak berumah-tangga. Gajipun boleh tahan jugak.

Mulai hari itu, JJ pun memakai sarung orang utan dan berlagak seperti orang utan. Tidak sia-sia juga dia masuk kelab drama semasa di kolej dulu. Masuk minggu ke-dua, aksi JJ telah menjadi begitu popular, malah menjadi tarikan utama di taman tema berkenaan. JJ pun memang seronok “berlakon” seperti itu, bergayut ke sana, bergayut ke sini.

Suatu hari, pada minggu ke-tiga, sedang JJ membuat aksi gayut-bergayut, tangannya terlepas dan dia terpelanting dan terjatuh ke dalam kandang singa Siberia yang berhampiran. Nasib baik singa Siberia yang besar dan ganas itu sedang tidur. JJ pun merangkak perlahan-lahan untuk memanjat tembok bagi melepaskan diri. Tiba-tiba si singa tersedar dari tidur, membuka mata dan mulutnya. JJ panik dan terus menjerit “Jangan makan aku, aku bukan orang utan! Aku orang
betul!” Tiba-tiba harimau itu bercakap “Ei, diamlah! Nanti dengan aku-aku sekali kena buang kerja!”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: