PEMIKIRAN: Jeslina, Marina, Zouk, Gol & Gincu


“Saya berkesempatan menonton VCD filem Melayu kita yang baru – Gol & Gincu. Ia adalah sebuah filem yang lebih bersifat keremajaan. Anda sudah tonton? Kalau belum, tak payah tonton pun tidak apa. Anda tidak rugi apa-apa. Mudah-mudahan, anda tidak akan termakan ‘konspirasi halus’ yang ada di dalam filem itu.

Filem itu agak mengejutkan saya walaupun ia baru sahaja bermula dalam 2 minit. Saya terkejut bukan kerana plot cerita itu yang begitu hebat, tetapi terkejut besar kerana Marina Mahathir adalah salah seorang yang menjadi “orang kuat” dalam penghasilan filem ini. Sepanjang cerita itu, saya tertanya-tanya: Mengapa Marina Mahathir terlibat dalam pembikinan filem ini?

Jawapan pertama…
Oo..filem ini sebenarnya bukan semata-mata filem kisah cinta remaja, tetapi ia mempunyai satu misi khas bagi memperjuangkan nasib wanita yang sering dipandang sebagai golongan kelas kedua oleh pihak lelaki. Bagus usaha filem ini. Wanita tidak boleh diperbodoh-bodohkan dan dipijak-pijak. Hak wanita mesti dijaga dan dipelihara.

Seperti mana yang kita sedia maklum, Marina Mahathir adalah salah seorang aktivis tempatan yang tidak jemu-jemu memperjuangkan nasib wanita Malaysia. Oleh itu, soalan saya telah terjawab. Maka tidaklah pelik jika Marina Mahathir menjadi orang kuat di sebalik filem ini.

 

Jawapan kedua…
Sebenarnya, saya tidak sangka akan mendapat jawapan yang kedua. Saya fikir, cuma ada satu jawapan – tetapi rupa-rupanya tidak. Di dalam filem itu, ada satu babak yang mana watak utama wanitanya (Putri) bercakap dengan kawan baiknya (Mia) melalui telefon. 

 

Mia mengajak Putri keluar untuk clubbing di Kelab Malam Zouk. Putri bersetuju dengan ajakan Mia setelah dipujuk berulang-kali. Namun demikian, pada malam sepatutnya mereka clubbing, Putri tidak dapat hadir kerana Putri sibuk berlatih futsal. Dalam babak ini, jelas ditunjukkan Kelab Malam Zouk yang mana pada waktu itu Mia sedang menanti-nanti kehadiran Putri.

Sebelum munculnya 2 babak tersebut, ada satu babak lagi yang berkaitan dengan Zouk. Putri dan 2 orang rakannya sedang berborak.

Beginilah lebih kurang dialognya: Eh, you all tau tak? Malam semalam Zouk kena serbu tau. Nasib baiklah I tak pergi.

ANALISA
Saya tertanya-tanya. Apakah tujuan filem ini merujuk Kelab Malam Zouk dalam pembikinannya? Filem ini ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2005. Jarak masa di antara kes penangkapan Jeslina Hashim dan beberapa pemuda-pemudi Islam yang mabuk di Zouk berlaku pada bulan Februari 2005. Tidakkah kontroversi itu masih lagi panas?

Kebiasannya dalam sesebuah filem, kontroversi sensitif akan cuba dielakkan. Lebih-lebih lagi jika ia menjadi perbualan hangat dalam negara. Contohnya, selepas kes 11 September, filem-filem Hollywood yang mengandungi pemandangan World Trade Center yang musnah itu, terpaksa dilakukan pengeditan semula demi menjaga sensitiviti rakyat Amerika.

Kes filem-filem Hollywood dan Gol & Gincu mungkin berbeza, tetapi asasnya tetap sama. Bukan calang-calang perdebatan isu penangkapan Jeslina Hashim itu sampai menteri pun campur tangan. Akhirnya, yang menang Jeslina Hashim. Tak mengapa… yang menang tak semestinya betul.

Berbalik semula kepada filem Gol & Gincu. Pertama, apakah tujuan diwujudkan babak perbualan yang membicarakan tentang ada serbuan yang berlaku di Zouk? Adakah ia satu kebetulan atau sekadar satu kritikan bisu kepada petugas-petugas agama atau pun polis moral yang sibuk nak tangkap orang-orang Islam yang minum arak dan buat maksiat di kelab-kelab malam?

Kedua, apakah tujuan disiarkan pemandangan Kelab Malam Zouk walaupun dalam tempoh 15 saat sahaja, dan apakah tujuan Mia mengajak Putri pergi clubbing di sana? Adakah ia demi meracuni fikiran pemuda-pemudi yang menonton filem ini bahawa tidak ada salahnya kita pergi clubbing di kelab-kelab malam, termasuklah kelab malam Zouk? Adakah ia demi mengembalikan semula imej Zouk yang tercalar teruk selepas kes Jeslina?

Jika ya, siapa yang telah mengupah penerbit filem ini untuk mengiklan Zouk? Jika tidak, mengapa pula pengarah filem ini mengiklankan Zouk secara percuma? Tidak ada perkara yang percuma di dunia hari ini, lebih-lebih lagi dalam bidang bisnes.

Bagi saya, saya berpendapat ada semacam satu ‘konspirasi halus’ yang cuba untuk mencanai minda remaja kita kerana sasaran filem itu adalah golongan remaja. Konspirasi ini semacam bertujuan bahawa gaya hidup bebas, pergi clubbing tapi tak minum arak, dan berpeleseran malam-malam adalah sesuatu yang normal walaupun bagi seorang Muslim.

Jika wujud ‘konspirasi halus’ itu, saya tertanya-tanya: Siapakah pula yang mencetuskan konspirasi itu? Adakah ia akan sentiasa ‘halus’?”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: