Manusia, Malaikat dan Syaitan


Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh…
Syaitan – Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih…

 

Manusia – Nak makan, laparlah
Malaikat – Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan – Ahh, tak payahla…dah lapar nih

Manusia – Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat – Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
Malaikat – Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan – Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi…baru pukul 8.30am…

Manusia – Azan sudah kedengaran…
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan – Baru pukul berapa….

Manusia – Eh, eh….tak boleh tengok nih, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan – Perggghh…best tu….

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan – Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang….

Manusia – Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan – Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah…

Manusia – Aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan – Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan – Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu…

Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan – Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu…

p/s : Sama2lah kita CUBE amal…biar sikit tapi konsisten.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: