FAKTA: Sejarah songsang – Jamiatul Ulama


Saya sungguh terpegun dengan begitu ramai ulama dalam sejarah negara kita. Dalam rancangan yang diacarakan oleh aktor terkenal M. Rajoli dalam tv1, barulah kita nampak sumbangan berharga yang dilakukan oleh ulama-ulama dahulu. Banyak dari hasil usaha mereka kita gunakan sehingga hari ini. Mereka telah berjaya menegakkan syiar Islam dan meletakkan batu asas yang kukuh untuk kita menikmati kehidupan cara Islam sekarang ini.

Sayang sekali mereka tidak kita belajar langsong di dalam ilmu sejarah semasa kita di sekolah rendah, menengah, kolej, universiti, kursus bina negara, PLKN, kursus-kursus untuk kakitangan kerajaan, kursus perkaderan parti politik Melayu, kursus kepimpinana masyarakat – pendekkata ulama dan pemimpin agung kita zaman silam sengaja ditinggalkan dalam sejarah kita sendiri. Apa yang kita diajarkan ialah penagungan ketua-ketua penjajah Inggeris, mubaligh kafir, bakti mereka. Sejarah diputarbelitkan supaya menampakkan ulama dan pemimpin kita sebagai pengganas masa itu, penjenayah masyarakat, pemberontak, lanun, pengkhianat negara dan berbagai gelaran jahat yang menjadi propaganda penjajah masa itu hinggalah sekarang. Kita tidak pernah ditunjukkan bakti yang dilakukan oleh ulama dan pemimpin kita sebagai perjuangan yang patut dianugerahkan gelaran syahid.

Saya ingin menyerulah kepada semua agar dapat melakukan sesuatu dalam hal ini mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai penyumbang dalam gerakan internet group, cuba perbanyakkan cerita-cerita sejarah begini untuk dikongsi bersama. Sebagai pemimpin keluarga, ceritakan perjuangan syahid ulama dan pemimpin kita ini. Sebarkan seluas-luasnya sejarah ini untuk membetulkan fakta ini.

Saya minta kerjasama forwardkan seruan ini seberapa banyak yang boleh. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: