Ucapan Aidilfitri di perantauan….



Kami para pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan, perubatan, undang-undang, dan perakaunan dari University of Manchester, UK ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang berada di Malaysia. Tidak lupa juga kepada tenaga pengajar di Kolej MARA Banting, KMYS, KMS, Taylor’s College dan semua yang mengenali kami.
Doakan kejayaan kami di sini. Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih bermakna kepada kita semua.


Kami pelajar perubatan (tahun kedua) dari University of Manchester, United Kingdom, ingin megucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kaum keluarga mak ayah, kakak dan abang, adik-adik serta saudara-mara yang lain. Tidak dilupakan kepada guru-guru di Kolej Mara Banting dan
rakan taulan walau di mana anda berada.

Dari kiri: Siti Atiqah Abdul Halim (Putrajaya),
Zyneelia Husain (Lundu, Sarawak) dan Nurlida Abd Rahim (Kangar, Perlis).


Ucapan: Assalamualaikum. Kami pelajar tahun pertama jurusan kejuruteraan University of Manchester ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, pihak penaja kami dan sanak saudara yang berada di Malaysia. Selain itu, kami tujukan ucapan ini juga kepada rakan-rakan dan tidak terkecuali pihak Polis Din. Diharapkan agar semua mengamalkan pemakanan yang seimbang di pagi raya dan pastikan memakan makanan yang kurang manis bagi mengelakkan
penyakit kencing manis.

Dari kiri: Radin, Zahir, Afif, Mamat.


Kami pelajar2 dari United Kingdom ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN AIDILFITRI kepada ibu bapa dan sanak saudara di Malaysia dan kawan-kawan kami semasa di University Malaya terutama yang tinggal di Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kepada semua, jangan lupa kami disini dan MAAF ZAHIR DAN BATIN. Segala kuih-kuih raya dan makanan bolehlah dihantar kepada kami yg amat-amat memerlukannya.

Dari kiri: Izwah (Manchester), Zaiham aka Keng (Portsmouth), Saifulnizam aka Pon (Reading), Rafael aka Abg Ralf (Portsmouth), Kusyairi (Portsmouth)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: