Tabik kepada Datuk Noh Omar


Tabik kepada Datuk Noh Omar yang begitu berani mempertahankan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam isu pemeriksaan bogel. Inilah pemimpin yang wajar dicontohi. Beliau berani mempertahankan anak buahnya setelah menyiasat dan mendapati apa yang polis lakukan mengikut lunas undang-undang dan kuasa yang ada. Ketika Ahli parlimen penyokong kerajaan (Backbenchers) takut menyatakan kebenaran atau berhadapan dengan Teresa Kuok, Noh tanpa segan silu menyatakan kebenaran.

Jika ramai pemimpin BN yang mempunyai pengetahuan dan berani seperti Noh Omar pasti isu ini tidak meleret-leret sehingga menyebabkan Pak lah mengumumkan penubuhan Badan Siasatan Bebas.

Menurut laporan Media, “Selepas meneliti laporan menyeluruh kes klip video seorang pelancong wanita China yang dipaksa menanggalkan baju dan melakukan ketuk ketampi ketika dalam tahanan polis, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar, menegaskan: “Saya berani kata, semuanya mengikut peraturan.”

Malangnya hajat Noh Omar untuk menjelaskan di Parlimen tidak kesampaian bila Speaker Dewan Rakyat enggan membenarkan usul membincangkannya. Mungkin Speaker khuatir penjelasan Noh akan menjejaskan kerja Badan Siasatan Bebas yang bakal ditubuhkan kelak.

Namun keberanian Noh harus dipuji kerana beliau sekali lagi mengadakan sidang akhbar mempertahankan tindakan polis tersebut. Bagi beliau yang benar harus dinyatakan benar biarpun menghadapi kritikan daripada sebahagian mereka yang tidak memahami isu.

Noh boleh sahaja menjadi popular dengan menurut arus dengan mengkritik dan “membasuh” pasukan polis. Namun sebagai manusia yang berpendidikan, Noh memilih untuk menyiasat dan akhirnya membuat kenyataan menyebelahi kebenaran.

Bagi Noh, keselamatan dan keamanan negara dan rakyat lebih penting dari menjadikan dirinya popular

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: