Bagaimana Memilih Pemain MP3


Pemain audio digital memudahkan anda mendengar lagu menurut kehendak dan kegemaran anda. Pemain MP3 terbahagi kepada tiga jenis menurut storan : cakera keras, memori flash dan CD boleh rakam. Pemain cakera keras mempunyai storan yang paling besar dan ia juga adalah yang paling mahal. Namun begitu ia bergantung kepada harga pasaran cakera keras jika ia turun maka harga pemain MP3 seumpamanya juga akan turun.

Pemain MP3 berdasarkan kepada memori flash adalah kecil dan hanya mampu menyimpan jumlah lagu yang terhad. Manakala pemain CD MP3 pula biasanya berbentuk bulat dan kurang menarik tetapi CD murah dan kapasiti lagu lebih daripada pemain MP3 berasaskan memori flash

Ciri-ciri pemilihan pemain MP3

Kategori 1
Pemain berasaskan Flash Harga : RM200-RM1099 Saiz kecil dan tipis. Muatan di antara 32MB hingga 512MB Antaramuka : Serial, USB, atau media mudah alih Jangkahayat bateri : 20 hingga 60 jam Format sokongan : MP3, WMA/ASF

Kategori 2
Pemain berasaskan CD Harga : RM199 hingga RM1399 Saiz seperti pemain CD biasa Saiz besar Muatan : 650MB hingga 800MB satu cakera Antaramuka : media mudah alih Jangkahayat bateri : 20 hingga 40 jam Format sokongan : MP3, WMA/ASF

Kategori 3
Pemain berasaskan cakera keras RM799 hingga RM1999 Saiz sebesar walkman Muatan : 2GB hingga 60GB Antaramuka : USB 1.1, USB 2.0, FireWire, media mudah alih Jangkahayat bateri : 60 jam Media sokongan : MP3, WMA/ASF, RMJ/RMX

Tips pemilihan

  1. Pilih menurut kehendak dan kemudahan.
  2. Untuk penggunaan lasak pilih pemain MP3 berasaskan flash.
  3. Untuk saiz yang besar dan tanpa had pilih pemain MP3 berasaskan cakera keras.
  4. Pemain MP3 berasaskan CD memberikan fleksibel yang lebih kepada pengguna
  5. Pergi ke kedai dan cuba lihat dahulu sebelum membeli jangan melihat sahaja menerusi laman web atau majalah
  6. Pastikan ia menyokong format MP3 dan WMA
  7. Carilah pemain MP3 dengan perisian menu yang mudah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: