Nasi lemak Kg Baru – Pengajaran untuk semua


Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian….

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya “resepi rahsia” yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan di dalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai di luar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini. Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih
belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu di dalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak
Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh dengan ……………………

…….Nasi Lemak.

Heh…Heh…Heh…Jangan mare …… Dah! Cerita ni tipu jer ……..Pergi buat keje tu haa …apo… nak makan gaji buto ko ?????

*p/s : Jgn marah tau…sy pun terkena gak..berkerut2 dahi bace skali tipahtetipu.com dan ko memang da bomb!!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

2 responses to “Nasi lemak Kg Baru – Pengajaran untuk semua”

  1. Anonymous says :

    hey…mati2 aku ingatkn btl td…t’kejut beruk tau…eee…geramnyer…dahlah aku ni pnh mkn nasi lmk kat kg baru 2…eee…teruk betullah!!!

  2. Anonymous says :

    ceh aku ingat betul lah tadi! buat gabra je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: