Gambar Pilihan



MB BARU SERAH SURAT PELANTIKAN: Datuk Mahdzir Khalid, 45, menyerahkan surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah ke-9 kepada Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit petang semalam. Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pedu dan Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap menggantikan Datuk Seri Syed Razak Syed Zain yang meletakkan jawatannya, kelmarin. 


JULANGAN KEJAYAAN: Pelajar kedua terbaik kebangsaan, Ahmad Naufal dijulang rakan yang juga cemerlang dalam keputusan PMR di Sekolah Agama Menengah Bestari Jais Subang Jaya.


UBAH NASIB KELUARGA: Taufiq Abdullah menunjukkan slip keputusan PMR kepada ibunya, Merzanah Abdullah, selepas mendapat keputusan 9A di Kampung Batu 10, Jalan Panching, Kuantan, semalam.


RAI KEJAYAAN: Pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis berendam di dalam banjir selepas mengambil keputusan PMR masing-masing pagi semalam.


Perdana Menteri lawat mangsa banjir: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan pemangku Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid berbual dengan mangsa banjir yang dipindahkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus, di Alor Star.


SAYANG BINATANG: Othman Awang, 60, menyelamatkan seekor kucing dan angsa di Kampung Kepala Bukit, Bukit Pinang.


KASIH IBU: Wan Norkimah memeluk Mohd Amar Safiudin, yang diselamatkan jiran menggunakan besen mandian di Kampung Pondok Haji Wan Salleh, Jitra.


DIPENUHI AIR: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Kangar, turut dimasuki air.


Penunggang motosikal mini GP beraksi: LEBIH 10 penunggang motosikal mini GP bertanding pada sesi demonstrasi yang diadakan di kawasan letak kereta berhampiran Stadium Sarawak di sini, kelmarin. Sesi demonstrasi itu bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat di negeri ini khususnya mereka yang meminati sukan bermotor GP. Pengerusi jawatankuasa penganjur, Rakawi Ibrahim, berharap kerajaan negeri akan mempertimbangkan permohonan peminat sukan bermotor untuk mendapatkan trek yang sesuai untuk kemudahan mereka. Ini kerana, katanya, tidak ada trek untuk sukan bermotor di negeri ini hingga menyukarkan peminat sukan itu mengembangkan bakat mereka.


SABAR MENUNGGU: Sebahagian kenderaan dan orang ramai yang melalui jalan utama dari Kangar ke Padang Besar, Arau dan Kuala Perlis tersadai selepas laluan dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.


HAMPIR HILANG: Landasan kereta api di Arau, Perlis hampir ditenggelami air.


TUNGGU APA?: Orang ramai terperangkap dalam banjir selepas membeli-belah di kawasan bebas cukai Rantau Panjang.


PESTA AIR: Orang ramai mengharungi Pekan Rantau Panjang yang terkenal dengan kompleks bebas cukai dalam keadaan banjir.


Tangisan iringi kematian anak: Samsuddin Idris, 53, memeluk seorang anggota keluarganya selepas mengenal pasti mayat anaknya, Muhammad Hafiz, 16, di Hospital Tengku Anis (HTA), Pasir Puteh, semalam. Mangsa dari Kampung Gong Serapak, lemas ketika bermain dan mencari kepah bersama enam rakannya di Lagun Kuala Semerak, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin. Dalam kejadian itu, sepupunya Mohd Rahimi Ab Rahim, 24, yang menyertai operasi mencarinya turut maut apabila tali yang diikat pada sebuah kayak terlepas daripada genggaman menyebabkannya tenggelam dibawa arus deras.


Air mata pengantin: PELAKON dan penyanyi, Juliana Azman Banos, 25 tidak dapat menahan sebak selepas selesai majlis akad nikah bersama pasangannya, Mokhtar Ahmad, 32 di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, semalam (16 Disember 2005). Sebelum majlis pernikahan itu, pasangan berkenaan ditunangkan selama 20 minit apabila ibu pengantin lelaki, Ramlah Hamid, menyarungkan cincin berlian bernilai RM10,000 di jari Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Jun. Terdahulu, Mokhtar yang menaiki Ferrari 360 Spider merah mengetuai konvoi 13 kereta mewah dari rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee dan tiba di pekarangan masjid pada jam 10 pagi.


PAPAN TANDA USANG BAHAYAKAN PEMANDU: Papan tanda ‘Kurangkan Laju’ sepatutnya memberi amaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika melalui Jalan KM4 Sungai Rengit – Kota Tinggi, Johor bertukar menjadi ‘perangkap maut’ kerana tulisannya tidak terang terutama pada waktu malam. Papan tanda ini wajar ditukar untuk menjamin keselamatan orang ramai.


TIANG LAMPU TUMBANG TIDAK DIPERBAIKI: Tiang lampu di Jalan Semabuk, Melaka yang tumbang dilanggar kenderaan sejak bulan lalu sepatutnya dibaiki segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna. Keadaan itu bukan saja mencacatkan pemandangan, malah boleh membahayakan orang ramai kerana kemungkinan ada arus elektrik.


SEPAKAT BAWA BERKAT: Abdullah bersama Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (kanan) dan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebelum sidang kemuncak pertama Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.


EDISI TERHAD: Pembantu eksekutif The Royal Mint, Nazariah Ahmad Kamal, menunjukkan syiling yang dikeluarkan sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-11 Kuala Lumpur. Syiling berkenaan dijual pada harga RM1,268 yang mengandungi tiga keping syiling emas, perak dan tembaga.


DISAMBUT MERIAH: Perdana Menteri China, Wen Jiabao disambut dengan kibaran bendera China sempena ketibaan beliau untuk Sidang Kemuncak Asia Timur.


PENUH ISTIADAT: Ketibaan Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi diberi perbarisan kehormatan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


TENUNAN TANGAN: Sukrismini dari Lenny Rachman Batik Collection, Jakarta, menunjukkan demonstrasi jahitan ketika Pameran Perniagaan Asia Timur (EABEX 2005) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur.


AMBULANS TERBALIK, WANITA HAMIL SELAMAT: Keadaan ambulans yang membawa wanita hamil terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Proton Saga di persimpangan Jalan Kuala Kedah dan Jalan Lencong Barat, di Alor Star, semalam. Wanita hamil tersebut selamat melahirkan anak kelimanya sebaik tiba di Hospital Alor Star.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: