Rogol sepupu sendiri


KLANG: Seorang operator pengeluaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas menghadapi dua tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis bawah umur ketika mangsa berkunjung ke rumahnya pada 20 Mac lalu.Mohd Shakir Abdul Aziz, 25, didakwa merogol mangsa berusia 18 tahun, yang juga sepupunya di dalam bilik utama rumah nombor 3, Tingkat 3, Blok A, Flet Suria Pendamar, Pandamaran, di sini, antara 12.01 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 20 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. Sementara itu, bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa pada masa, tempat dan waktu sama. Bagi pertuduhan itu, Mohd Shakir didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan boleh disebat. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azar Irwan Mohd Ariffin manakala Mohd Shakir tidak diwakili peguam. Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim M Gunalan.

Terdahulu, ketika mahkamah menawarkan jaminan, pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh dengan alasan tertuduh mungkin akan mengganggu mangsa. Gunalan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin. Difahamkan, tertuduh dipercayai mengajak mangsa berkunjung ke rumahnya dan sebaik tiba, mangsa diugut dengan sebilah pisau sebelum dirogol. Mahkamah menetapkan 17 September 2007 sebagai tarikh baru sebut kes.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: