Ayat suci Al-Quran dalam balak ditemui di Turki


Sebatang balak dari jenis “OKOUME” didapati mengandungi ayat ayat al Quran, di temui di sebuah kilang papan di Ankara, Turki. Apa yang menakjubkan ahli sains dan pakar agama ialah ayat ayat  yang timbul daripada urat kayu itu didapati pada setiap lapisan balak yang dibelah. Anatara lain, tulisan yang jelas dibaca dalam bentuk “cufic arabic” itu ialah”BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM MUHAMMAD”.
Tulisan “CUFIC ARABIC” sana bentukanya dengan al Quran tulisan Saidina Omar Al-Khatab yang dianggap Al-Quran bertulis pertama di dunia. Tulisan bentuk itu wujud sejak 1400 tahun lalu. Beberapa saintis dan pakar agama sependapat bahawa ayat ayat yang eujud pada keping papan lapis itu mengagumkan.
Pengusaha kilang itu, SENER AYKUL TELI berkata ayat ayat Al-Quran itu ditemui oleh seorang pekerjanya sewaktu mengawasi proses pemotongan papan lapis untuk dijadikan perabit, pertengahan tahun lalu. Salah satu daripada batang kayu itu menghasilkan tulisan ayat berkenaan. Sewaktu dibawa ke kilang, panjang balak itu aialah 12 meter, manakala dalam bentuk asalnya, ia berukuran 35 hingga 40 meter. Tulisan itu timbul selepas kayu itu dipotong sepanjang 4 meter dengan mesin automatik.

Encik  Aykul Teli yang menjadi orang kedua melihatnya, berkata tulisan ayat Al-Quran itu berukuran kira kira 3.4 meter panjang dengan lebar kira kira 0.7 meter. Katanya, sekumpulan sainstis mengesahkan bentuk permukaan papan itu adalah asli dan tidak mungkin dilakukan oleh manusia. Urat pada tulisan berkenaan timbul di permukaan dan boleh dirasai dengan tangan. Encik Aykul  Teli berkata, kajian awal pada batang kayu “OKOUME” itu berusia 60 tahun dan berasal dari Gabon, Afrika yang dieksport untuk diproses di Turki.

Turki berharap untuk menderma pada negara negara Islam termasuk malaysia untuk dijadikan bahan pameran. Setakat ini ArabSaudi, Kuwait dan UAE sudah menerima kepingan papan lapis berkenaan. Sekeping lagi dipamerkan di Musium Topkapi, Istanbul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: