FAM Setelah 22 Tahun


22 tahun sudah berlalu, mayat FAM belum dikapankan. 5 May 2006, bulan October 2006 adalah genap 22 tahun FAM di bawah presidennya, merangkap peminat nombor satu bolasepak malaysia tersohor mencatatkan kemusnahan bolasepak malaysia lagi mengaibkan, SEJARAH kegagalan Harimau Malaysia, Projek Barcelona ’92 dan Olimpik 2000 ternyata sudah cukup mematangkan Fan-fan bolasepak Malaysia. Sebelum itu projek Olimpik 2000 yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan dibimbing oleh Hatem Souissi dari Tunisia turut mencatat sentuhan kecundang ketika pusingan kelayakan di Hong Kong dan Jepun, empat tahun lalu. Si Alan Haris tak payah nak ceritalah satu tanah malaya dan dah sampai tembok besaq cina pun dah tahu.

Kesudahan yang menghampakan turut dicatatkan oleh Projek Barcelona ’92 bimbingan Chow Kwai Lam dan Harimau Malaysia 1988 asuhan Abdullah Mohamad yang masing-masing dibentuk dengan misi layak ke dua temasya Sukan Olimpik, hanya tinggal janji-janji kosong dan mangkak sahaja. FAM mengapa anda-anda semua di lahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini? Untuk menampung kos-kos pembohongan FAM yang lepas-lepas nie gua rasa eloklah jika FAM terbitkan sebuah mega movie ‚’Satu Yang Jahanam“ bukan lagi ‚Enam Jahanam’ movie popular Allahyarham P.Ramlee. Dua puluh (20 tahun) bukannya 20 hari wahai FAM, kalau latih kuda, gajah, rusa, buaya, kambing, kaldai, gergasi, harimau, badak, seladang, lembu, unta, orang utan, pun silap-silap dah pandai main bolasepak.

Sekurang-kurangnya negara Malaysia boleh jugak di jadikan ‚benchmark’ yang berjaya melahirkan bintang-bintang binatang yang boleh di jual ke syarikat-syarikat ‚Sarkas Antarabangsa’. Dengan ini juga boleh menampong kos-kos infrastruktur padang-padang sekolah, Stadium Bukit Jalil serta projek kompleks sukan di Janda Baik, pahang yang menelan belanja jutaan ringgit. Maka FAM bolehlah membina empayar yang lebih kukuh bukan lagi untuk sepenggal, mungkin 7 keturunan pun tak pa. FAM tak marah, MSN tak kecil hati, kerajaan tak susah hati dan duit rakyat terselamat. Fikir-fikirlah FAM yang mana ‚bolasepak’ yang mana ‚sepakbola’.

Kehebatan ekonomi sesebuah kota di Eropah dikaitkan dengan prestasi pasukan bolasepaknya. Sewajarlah terdapat pemain-pemain terbaik dalam sesebuah pasukan di kota Perancis, umpamanya, dibeli oleh pasukan lain di kota Sepanyol, dengan harga antara RM100 juta atau RM200 juta. Dengan pelaburan begitu, pasukan yang membeli boleh menarik lebih ramai penonton ke stadium. Harga tiket juga boleh dinaikkan. Siapa yang untung?? Dari situ, pasukan itu berada dalam kedudukan menaikkan harga hak liputan penyiaran kepada stesen-stesen TV. Ini tidak, hujan tidak, ribut pun tidak laporan mingguan bolasepak Malaysia hanya ada pada slot tengah malam tepat pukul 12.30 malam, waktu itu sesuai sanggat untuk buat aksi mimpi aje, silap-silap haribulan dapat gak main dalam mimpi dengan ronaldo, beckham, alan shearer, owen, ataupun dengan zainal abidin. Siapa tahu?? Ini dia kalau nak tahu, pada tahun 1998, FAM telah menandatangani perjanjian lima tahun bernilai RM35 juta setahun dengan penaja utamanya, Dunhill, pada kala itu. Ingat ke tak ingat? 35 juta setahun!!!…Apa yang Fan boleh di banggakan. Persoalan ini mungkin tentera penceroboh di IRAQ pun huru hara nak menjawabnya.

Demikianlah secara ringkas rentak permainan bola, dari segi politiknya dan juga sebagai pencetus ekonomi. Mengapa perkara ini terlalu sukar buat bolasepak Malaysia, mungkin untuk sepenggal lagi. Itupun kalau tuan presiden berpegang pada janjinya, kalau dia letak bersyarat lagi macam tahun-tahun lepas…kui..kui..kui…malas gua nak ulas laa beb. Malaysia BOLEH!!…ahaks… Kalaulah seladang di Zoo Taiping boleh ketawa, gerenti dah lama mati pecah perut dengan lakunan mega movie dari FAM ini.

FAM, ibarat stadium yang sudah tidak bernyawa tetapi belum dapat dikebumikan kerana doktor pakar tidak memberikan pengesahan sama ada FAM telah mati ataupun masih nazak, sedangkan jantung sudah tidak berdetak, nadi sudah tidak berdenyut. Kalaupun FAM sudah mati di bumi Malaysia, Fan-fan pula tidak diberikan permit untuk mengkebumikan mereka di mana-mana tanah perkuburan. Jadilah FAM bagai polong tidak bertuan, bolasepak terus menderita, batin Fan tersiksa, stadium penuh dengan hantu jembalang, komplek sukan terus jadi tanah perkuburan.

Dari menangis, meraung, merajuk FAM bakal buat apa sahaja untuk menagih simpati Fan mahupun kerajaan Malaysia. Kalau kerusi kerajaan yang memerintah yang tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan boleh jugak kita terimanya kerana rakyat tak sagguh melihat perbalahan di dalam pemerihtahan negara Malaysia. Tetapi seandainya bolasepak Malaysia di bawah naunggan FAM pun nak buat perkara yang sama, nampak sangat akan keganjilannya. Di ulang dengan suara yang lunaknya bak suara Siti Nurhaliza ataupun Anuar Zain, 20 tahun dahhhh wahaiii FAM kantoi oooiii….bukan nya sehari sayangggggg…cak pong, cak pong…

Ini jelas terbukti pada ketika suasana tenang berlaku dalam pemilihan ahli majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat agungnya yang ke-41 di Kuala Lumpur tahun 2004 dahulu, Ketika pencalonan untuk kerusi empat naib presiden dibuka, Datuk Mokhtar Ahmad atau lebih mesra di panggil dengan nick name ‚Tok Mok’ telah dicalonkan oleh wakil Kedah, lantas Tengku Ahmad mengumumkan beliau tidak mahu dicalonkan untuk jawatan tersebut, ibarat rajuk la sebab tak dengaq kata memanda, lihatlah dalam pemilihan yang kudus itu pun ada nilai-nilai antara dua darjat.

Malangnya, pencalonan Mokhtar telah ditolak apabila pencalonan beliau tidak mendapat sokongan, sesuatu yang pertama kali berlaku dalam sejarah mesyuarat agung FAM. Ini bukan cerita misteri nusantara, ini kisah benar di dalam pemilihan ahli majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Apakah kita boleh terkelip-kelip bijik mata sahaja melihatkan perkara seperti ini berlaku. Kalau Ramlee MS nenggok Khai terkelip-kelip pun dia pasti camdek!!…

Bukan rahsia lagi bahawa Tok Mok mahu merebut jawatan Naib Presiden FAM tetapi Tengku Ahmad telah memberi amaran kepada timbalannya itu agar tidak bertanding sekali pun dicalonkan kerana beliau sendiri berhasrat untuk berkhidmat sepenggal lagi sebagai ahli majlis FAM. Apabila Tok Mok dicalonkan, Tengku Ahmad yang mungkin merajuk bangun dan menyatakan beliau enggan dicalonkan. Lihat sahabat, lihatlah dunia, betapa Kompleks Janda baik menjadi projek cukup baik buat FAM. Sepenggal lagi bermakna fan-fan bolasepak di Malaysia terpaksa membooking pakar-pakar plastik surgeri untuk sepenggal lagi kerana sudah konpim muka-muka fan malaysia yang handsome-handsome ini bakal terus di malukan dan di aibkan buat sepenggal lagi.

Hhhmmm…sedar tak sedar coretan gua kali nie dah boleh di NOVELkan. Sekian untuk kali ini jumpa pada coretan gua di minngu depan. Ahaks… buat yang termakan cili kering gua tu di harap terang biji mata dan sedarkan minta kerna gua di lahirkan bukan nya sebagai pakar motivasi yang handal seperti Datuk Fazilah Kamsam mahupun secun Datuk Dr. Masitah. Gua hanyalah salah seorang peminat Bolasepak yang pernah dok menyanyi lagu negaraku di stadium Merdeka yang kini dah semakin sepi. Bak kata Kapten Rimau, pemain malaysia kini tersentuh tali kasut pun boleh cedera setahun. Bukan apa semuanya kerana FAM. Kerana siapa??.. Cucu menakan gua kat sekolah kampung melayu subang pun dah pandai camdek FAM, inikan pula gua…..

Sempena 22 tahun telah berlalu FAM masih boleh menghirup oksigen di stadium-stadium bola, Fan di Malaysia sekali lagi mengharapkan agar kewarasan dan kerasionalan FAM dapat mengatasi sentimen sempit menangani isu bolasepak negara pada hari ini. Sukacita Fan Malaysia mengingatkan pihak Menteri Belia dan Sukan Negara, kalau FAM mahu di kebumikan terus, lakukanlah, Datuk Azlina punya kuasa mutlak untuk berbuat demikian. Jangan dera Fan Bolasepak di Malaysia seperti kami lebih lama lagi.

Di olah daripada posting dari http://www.penangfc.tk

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: