Masalah Di Awal Puasa


MASIH ada masa lagi untuk anda melakukan penyesuaian dari segi pemakanan pada bulan Ramadan ini.Minuman berkarbonat dan berkafeina seperti kopi dan teh misalnya, jika ditinggalkan secara mendadak boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit kepala dan perubahan emosi seperti mudah baran.

Sembelit merupakan antara aduan utama sepanjang Ramadan ini disebab oleh pengambilan makanan berserat dan air yang berkurangan.

Memburukkan keadaan adalah pengambilan makanan yang diproses secara terlalu banyak dan dalam masa yang sama buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh sering diabaikan semasa bulan Ramadan. Aktiviti fizikal pula dikurangkan secara mendadak.

Ia dapat dielakkan dengan minum air yang mencukupi pada sebelah malam, mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan mengurangkan makanan yang telah diproses. Lain-lain masalah yang sering dihadapi:

* Salah penghadaman, kembung perut

Ia boleh disebabkan oleh makan terlalu banyak dan mengambil makanan yang berminyak,berempah dan bergas seperti kacang dal, kubis ataupun minuman bergas.

Boleh dielakkan dengan mengambil makanan dengan tidak terlalu banyak pada satu-satu masa. Untuk individu yang sensitif, makanan yang boleh menyebabkan angin perlulah dielakkan.

* Keletihan (tekanan darah rendah)

Berpeluh dengan berlebihan, badan yang lemah, pening dan rasa seperti mahu pitam terutamanya apabila bangun dari tempat duduk. Ia kerap berlaku pada sebelah petang.

Punca: Pengambilan air dan garam yang tidak mencukupi.

Penawar: Kekalkan suhu badan yang sejuk, tingkatkan air dan garam.

Amaran: Pesakit darah tinggi perlulah memeriksa tekanan darah apabila mengalami tanda-tanda berkenaan. Ada kalanya ubat tekanan darah tinggi perlu diubah dosnya dengan nasihat doktor.

* Sakit kepala

Punca: Gejala tarikan tembakau dan kafeina apabila pengambilannya dihentikan, terlalu kuat bekerja hingga tidak cukup rehat, kurang tidur, kelaparan terutamanya tatkala menghampiri waktu berbuka.

Sakit kepala menjadi lebih teruk apabila seseorang itu turut mengalami tekanan darah rendah hingga boleh menyebabkan rasa mual sebelum berbuka.

Penawar: Kurangkan minuman berkafeina serta tabiat merokok perlahan-lahan sebelum bulan Ramadan lagi dan diganti dengan teh herba dan tanpa kafeina. Dapatkan tidur yang mencukupi.

* Gula darah rendah (hipoglisemia)

Seseorang boleh mengalami tanda-tanda seperti lemah, pening, penat, menggigil, tidak dapat menumpukan perhatian, mudah berpeluh, sakit kepala, tidak berupaya melakukan aktiviti fizikal dan jantung berdebar.

Punca: Sekiranya individu berkenaan bukan pesakit diabetes, ia mungkin disebabkan pengambilan gula berlebihan terutamanya pada waktu sahur. Tubuh menghasilkan terlalu banyak insulin yang menyebabkan gula darah menurun.

Penawar: Bangun bersahur dan hadkan makanan dan minuman yang mengandungi gula. Amaran: Pesakit diabetes mungkin perlu mengubahsuai ubat-ubatan mereka pada bulan Ramadan ini. Berundinglah dengan doktor anda.

* Kekejangan otot
Punca: Kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium.

Penawar: Makan makanan yang tinggi dengan mineral-mineral yang disebutkan di atas seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk tenusu, daging dan kurma.

Amaran: Pesakit yang mengambil ubat tekanan darah tinggi dan mengalami masalah batu karang perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu.

* Ulser peptik, pedih hulu hati, gastrik dan hernia hiatus

Peningkatan paras asid di dalam perut yang kosong sepanjang Ramadan boleh memburukkan keadaan berkenaan. Tanda yang boleh dirasai adalah rasa sakit atau sensasi panas terbakar di dalam perut, dari bawah rusuk dan boleh menjalar ke anak tekak.

Punca: Makanan pedas dan berempah serta minuman berkafeina seperti kopi dan kola boleh memburukkan lagi keadaan ini.

Penawar: Terdapat ubat antiasid yang boleh mengawal tahap asid di dalam perut. Mereka yang disahkan menghidap ulser peptik dan hernia hiatus sudah boleh berbincang dengan doktor dari sekarang sebelum masuk bulan Ramadan.

* Batu karang
Punca: Penyakit batu karang boleh berlaku apabila seseorang kurang minum atau mengambil makanan yang kaya dengan cecair.

Penawar: Sangat penting untuk memastikan pengambilan bendalir mencukupi daripada air ataupun sup pada sebelah malam, bagi mengelakkan pembentukan batu karang.

* Sakit sendi
Punca: Semasa Ramadan, solat sunat tarawih dan solat sunat tambahan lain yang dilakukan akan memberikan tekanan yang bertambah pada sendi-sendi lutut. Di kalangan warga tua atau mereka yang mengalami keradangan sendi, atritis, keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan, kejang, bengkak dan tidak selesa.

Penawar: Kurangkan berat badan supaya lutut tidak perlu menampung bebanan berlebihan. Senaman terutamanya untuk kaki sangat penting malah elok dilakukan sebelum bulan Ramadan untuk membiasakan diri dengan aktiviti fizikal tambahan ini. Dengan tubuh yang cergas dan sihat akan lebih mudah untuk mengamalkan solat sunat ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: