Asal usul tuala wanita


Pada zaman dahulu di kampung Paku laris iaitu sekampung dengan Pontianak Harum Sundal Malam. Wujud seorang pemuda bernama Sani. Sani amat ditakuti oleh penduduk kampung kerana kemisteriannya iaitu suka minum darah binatang dan boleh melayangkan dirinya di udara dan juga pengamal ilmu hitam. Sehingga satu masa habis semua binatang berdarah di kampung itu dihisapnya, termasuklah lembu, ayam, kambing, hatta kucing parsi ketua kampung pun terlibat sama. Penduduk kampung sudah tidak tahan lagi dengan keadaan tersebut lalu mereka membuat persidangan JKKK di balai raya bagi mencari jalan penyelesaian. Namun semuanya menemui jalan buntu. Tapi tanpa disangka² akhirnya terbunuh juga Sani setelah terhisap darah ayam yang terkena selsema burung. Maka mengadaplah roh budak Sani tu tadi kat ketua dia yang berada di alam lain bagi mendapatkan pengampunan.

Sani: Kapten, sudilah kiranya engkau ampuni aku dan hidupkan aku semula.
Kapten Hantu: Boleh, apa tak leh lak…tapi kau sudah tidak boleh jadi manusia.
Sani: Susah2 aje tuan ni… tapi aku mintak supaya aku masih boleh menghisap dan boleh terbang.
Kapten Hantu: Ok…Lu pejam mata dan angkat tangan ke langit… Gua jadikan Lu Dracula !!!Maka Sani pun menjalani kehidupan seperti biasa iaitu kacau sana dan kacau sini. Ramai penduduk kampung Paku Laris yang mati kena hisap darah. Penduduk kampung sekali lagi bersidang dan seorang bomoh Ali dipanggil untuk menyelesaikan masalah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Sani ala Dracula tersebut berjaya di tangkap dan dibunuh dengan penuh sadis sekali oleh penduduk kampung. Jasadnya dikerat 24 dan ditanam di 24 tempat yang berasingan. Maka mengadaplah sani buat kali kedua.
Sani: Tuan.. aku mati lagi la..
Kapten: Tu la kau.. tak pandai cover line..tapi nasib baik aku ni pemurah…ok aku hidupkan kau balik…Tapi tak boleh dalam bentuk manusia.
Sani: Ok… Tapi aku masih nak menghisap darah dan boleh terbang.
Kapten: Orait…. Aku jadikan kau nyamuk..!!!

Maka Sani pun hiduplah seperti biasa walaupun dalam keadaan jasad berlainan. Kejahatannya terus berleluasa. Ramai org-org di kampung paku laris mati akibat jangkitan denggi sehinggalah satu hari datang Jab Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Seremban datang menyembur gas. Maka kelam kabutlah si Sani melarikan diri dan akhirnya beliau mati akbat terhidu gas beracun tersebut. Maka dengan penuh segan silunya mengadap lagi Sani mengadap Kapten hantu buat kali terakhir.

Sani: Tuan……
Kapten: Sudah2 … aku dah tau hajat kau…tapi ini kali terakhir aku boleh tolong kau… aku hanya boleh jadikan benda tak bernyawa saja.
Sani: Tak de nyawa pun takpe lah…tapi aku tetap nak hisap darah dan bersayap….
Kapten: Pelik sungguh permintaan kau ni…. Aku aku meeting dulu dengan PA aku. Setelah beberapa hari maka dapatlah satu benda yang sesuai untuk ditukarkan sani.
Kapten: Sani… kau jaga la diri baik-baik. Aku yakin kau akan wujud sampai bila-bila. Aku jadikan kau TUALA WANITA BERJENAMA SaniTA iaitu dengan ciri-ciri penyerapan darah 2 kali ganda dan ada wing.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: