Cerita Lawak: Al kisah seorang driver


Suatu ketika dulu, di sebuah negeri (kalau tak silap negeri asal usul Mr Semak Samun), ada sebuah company tu mengalami masalah kewangan yang agak meruncing. Company tu berniaga berus gigi dan ubat gigi. So, CEO nya pun meminta pandangan dari staff bawahannya (keseluruhan staff tak kira apa jua pangkat mereka) tentang bagaimana nak meningkatkan jualan serta keuntungan syarikat.

Seperti biasa, kebanyakan staff memberi pandangan yang memang biasa kita dengar (expected) seperti:

– cut cost – production cost ke, staffing ke, dsb
– pertingkatkan promosi
– improve R & D supaya products mereka unique and the list goes on and on….

So, pada suatu hari tu, drebar kepada CEO ni pun berikanlah sekeping kertas kecil kepada bossnya tu sambil berkata : “Ini cadangan saya. Kalaulah boleh diterima pakai”. CEO tu pun ambillah kertas tersebut dan simpankannya di poket (maybe dia nak baca kemudian sebab mungkin dianya terfikir, setakat drebar, apalah sangat idea yang dia boleh bagi).

Tunggu punye tunggu, takde pun ideas yang bernas. Most of them adalah ideas yg biasa2 aje. Tiba2 CEO ni pun teringatkan tentang kertas cadangan yang diberikan oleh drebar tadi. Dibukanya serta dibaca. Tiba2 dia tersenyum kerana dia sebagai CEO pun tak pernah terfikir untuk memberi idea sebegitu. Pada pendapat pembaca, apakah cadangan yang dituliskan oleh drebar tersebut? Fikir-fikirkan…..
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Drebar tu tulis:
– Lebarkan dan luaskan/besarkan berus di berus gigi tersebut kerana kebanyakan orang suka meletakkan ubat gigi di keseluruhan berus gigi -makin besar dan lebar berus gigi, maka makin banyaklah ubat gigi yang diperlukan untuk melitupi berus tersebut dengan ubat gigi dan makin selalu2lah orang kena beli ubat gigi yang akhirnya meningkatkan jualan dan productiviti.
– Keduanya, besarkan lubang tiub ubat gigi tu, so that bila tiub dipicit, maka banyaklah ubat gigi yg keluar. Sampai ada yang tertumpah ke lantai. Orang takkan ambil/kutip balik ubat gigi yg terjatuh kat lantai. Kalau dah tertumpah kat lantai, mesti dia akan picit ubat gigi yang baru. Maka selalu2lah jugak pengguna perlu membeli ubat gigi tersebut dan sure sales dan productivity akan meningkat.

Akhirnya, ideas si drebar ini telah diterima pakai dan dia juga telah diberi saham syarikat sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan saham syarikat tersebut. Dan profit syarikat tersebut juga meningkat secara mendadak (berjuta2 USD). Dan dia juga dah tak jadi drebar dah. Dah jadi one of the directors.

[Menurut kata facilitator yang bercerita, cerita ni merupakan cerita benar. Ianya diceritakan semasa kursus motivasi bagi bab Breakthrough Thinking]
——————————————————————

Bercakap tentang breakthrough thinking ni, ianya dimaksudkan juga sebagai pemikiran yang luar dari biasa, melihat sesuatu dari sudut luar dari kebiasaan yang biasa (ingat lagikan kisah Salmah si ikan tu? – so, bila kita nak meneka tu, kita keluar dari kebiasaan yg biasa iaitu tak semestinya Salmah tu seorang manusia…tu contohlah).

Dan inventions serta ciptaan2 yang kita gunakan sehari2 ini datangnya dari pencipta2 yang mempunyai fikiran2 Breakthrough Thinking ni. Kalau tidak, tiadalah ciptaan2 baru since tanpa breakthrough thinking ini, mereka (pencipta2) itu akan mencipta benda2 yang telah ada (maybe cuma diimprovekan saja).

Dan tak semestinya kita ni berotak geliga ataupun terdiri dari kalangan yang so-called “berjaya” sahaja baru nak ada this kind of thinking. Walau siapa jua anda, serta apa jua jawatan yang sedang anda jawat, anda berpotensi untuk mempunyai Breakthrough Thinking ini asalkan anda mampu melihat sesuatu dari perspective yang luar dari biasa!!!

Dan lagi satu moral of the story – never look down on others – jangan pandang rendah/remeh pada orang lain. Mungkin janitor ke, tea lady ke, ataupun cleaner kat office kita tu boleh beri ideas seperti drebar kat atas tu – who knows?

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: