Petua elakkan mengantuk selepas makan tengahari


Sitik's Blog

Kajian saintifik menunjukkan banyak di kalangan pekerja mengantuk selepas waktu makan tengahari, walaupun mereka tidak makan banyak, sehingga ia boleh menjejaskan mutu kerja. Di antara penyebab yang dikenalpasti ialah obesiti, kemurungan (depresi) dan kurang tidur atau tidur malam tidak menentu. Oleh itu, cara untuk kita sentiasa segar dan tidak mengantuk selepas waktu tengahari ialah dengan tidur sebentar sebelum zohor (mengikut sunnah Nabi SAW), mengurangkan berat badan, hindari depresi dan dapatkan tidur malam yang berkualiti (cukup tidur).

Rujukan

View original post

Adab Berdoa


lobodengerman

Para ulama ada menjelaskan bahawa sesuatu doa itu tidak akan dikabulkan tanpa bertahmid (memuji) kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua faktor ini sangat penting untuk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Tanpa rasa syukur, sukar doa kita itu didengari dan seterusnya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Bayangkan jika seseorang meminta tambahan atas nikmat yang sedia ada, dia mestilah menunjukkan rasa berterima kasih atas nikmat yang telah diberikan itu terlebih dahulu. Rasa syukur itulah yang akan menggamit turunnya nikmat yang baru. Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat-nikmat Kami. Dan sebaliknya jika kamu kufur, azab Allah amat pedih.” (Surah Ibrahim 14: 7)

Dengan bertahmid, kita menyatakan syukur kepada Allah. Dengan berselawat kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang paling banyak berjasa kepada kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. Hanya setelah bersyukur, Allah yang bersifat al-Wahhab (Maha Pemberi) akan menambahkan…

View original post 26 more words

Petua Meredakan Sakit Gigi


lobodengerman

1. Bawang Putih – Hancurkan bawang putih dan campurkan dengan garam. Letakkan pada bahagian gigi yang sakit beberapa minit.

2. Cengkih – a. Rebus cengkih, lebih kurang 2 cengkih untuk segelas air. b. Buat minyak cengkih. Ambil beberapa biji cengkih, minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit. Kemudian jadikan minyak sapu untuk gigi yang sakit.

3. Bawang Merah – Kunyah bawang merah mentah beberapa kali. Tertakluk pada keadaan kesakitan, kalau terlalu sakit, kunyah banyak biji di antara 6 hingga 8 biji sehari

4. Garam – Kumur air garam ketika sakit gigi. Anda juga letak sedikit garam halus pada ubat gigi. Ia boleh meredakan sakit gigi serta menguatkan gigi anda.

5. Serbuk Lada – Campurkan serbuk lada dengan garam. Seterusnya, gosok pada gigi yang sakit. Ia juga baik untuk anda yang memiliki gigi sensitif.

6. Buah Limau – Buah limau dikatakan mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi. Ia amat sesuai dijadikan…

View original post 4 more words

%d bloggers like this: