Tag Archive | comedy

Cerita Lawak : Malam Pertama


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

“Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.

“Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

“Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.

“Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”

“Tik..tik..tik..tik…”

“Kring.. kring..kring..”

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi… Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini …… buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

Advertisements

Cerita Lawak : Cempedak


Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea… Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

‘AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK’

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang… tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

‘KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN’

Cerita Lawak : Gempa Bumi


Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..
Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Cerita Lawak : Janda Hilang Pedoman


Salmah seorg janda yang mempunyai ank perempuan tunggal bersusia 6 tahun, sejak kematian suaminya,kehidupanya tidak terurus, makan minum pakai tidak menentu sehingga anak ppuannya tidak berbaju adakalanya.

Sedang seronok anaknya bermain pasir ,(mcm biasa x pakai pape). Kebetulan, lalu Usop seorg duda kaya dikampung itu, kerana terkejut melihat anak salmah..

Usop: oi budak mana baju??ei.. malu…mak mana? Nah2.. RM 20. Soh mak beli baju tau!!

Anak salmah pulang dan mencrita segalanya sambil mghulur wang RM 20, salmah sgguh terkejut dan seronok..(xpasal2 dapat RM 20).. Salmah: hurmm kalo aku xpakai pape, mesti dapat RM200..hehe(suke)..

Waktu yg dituggu, salmah menuggu usop lalu,dirinya sudah pun tidak berseurat benang pun dgn harapan usop akan memberinya wang yg banyak..5 minit pastu usop pun lalu..Usop: fuyo!! Mana baju kamu? Nampak #%$% kamu tu..ow x sanggup aku,..dirimu begitu x terurus..dgn nada sedih + geram melihat salmah yg xpkai pape tu.. lalu usop,, nah! RM 0.20.. Salamah: eh 20 sen je??

Usop: cukuplah tu…. untuk beli pisau cukur!!

Cerita Lawak : Diskaun Hukuman


Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.

“Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.”,Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

“Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?” kata hakim.

“Saya keberatan tuan hakim.” kata seorang lelaki di kerusi belakang. “Seharusnya dia diberi diskaun hukuman.”

Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

“Kenapa anda pula yang keberatan?”

“Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim.”

“??@#$!!&##!!”

Cerita Lawak : Suami Yang Adil


Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu.

Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu …, buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.

Cerita Lawak : Katak, Kodok Dan Monyet


Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak.

Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat.

Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali.

Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak, marah cikgu Mat.

Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.

Kenapa? tanya Azwan. Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat. Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet pulak.

%d bloggers like this: