Archive | February 2007

Ayah


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya “ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?”Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. 

Si ayah menjawab : “Sebab aku lelaki.”

Anak perempuan itu berkata sendirian : “Aku tidak mengerti”.
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki.”Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
“Ibu, mengapa wajah ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?”

Ibunya menjawab:
“Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian.”

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung.”

“Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.”

“Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya”.

“Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya.”

“Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya”.

“Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya.”

“Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.”

“Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya.”

“Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

“Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah.”

p/s: Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin

 

Kalori Seimbang Antara Penentu Berat Badan


MENGIKUT kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah.

Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisma saja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.

Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan.

Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda.

Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

Jumlah kalori yang dibakar setiap hari dipanggil jumlah penggunaan tenaga.

Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.

Faktor mempengaruhi keperluan kalori anda
Saiz tubuh dan komposisinya – Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

Usia – Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

Jantina – Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Kerana itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.

Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan.

Kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.

Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.

Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada kesihatan.

Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini.

Metabolisma mempengaruhi keperluan tenaga anda tetapi apa yang anda makan dan aktiviti fizikal yang menentukan berat badan anda sebenarnya ~ Mayoclinic.com

Tanda-Tanda Terkena Sihir


TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

  1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
  2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
  3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
  4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

  1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
  2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
  3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : sangat marah, sangat takut, sangat lalai dan mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,”Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

  1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauhinya.
  2. Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
    o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
    o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
    o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
  3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
  4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
  5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
  6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrimnya.
  7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
  8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
  9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
  10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Kapal Terbang Plastik


Oleh MOHD. ROSHDI HASSAN

KETIKA Perang Dunia Kedua, London telah dibom dengan teruknya oleh roket-roket Jerman. Disebabkan Jerman telah menakluki Perancis dan Belgium, maka Britain terpaksa mencari jalan untuk membina pesawat perang yang boleh terbang pergi dan balik dari Britain hingga ke Jerman tanpa perlu mengisi minyak.Akhirnya jurutera mereka telah mereka cipta pesawat perang daripada kayu kerana keperluan waktu perang tidak mensyaratkan pesawat tersebut digunakan dalam tempoh yang lama.

Dengan menggunakan badan daripada kayu, pesawat Spitfire telah dapat mengurangkan beratnya sehingga 2000 pound (907 kg) jika dibandingkan versinya yang dibina daripada besi dan aluminium. Lebih ringan pesawat tersebut, lebih jimat bahan api yang digunakan. Dan akhirnya pesawat ini dapat dibina dengan pantas dan ia telah digunakan untuk membawa bom dari Britain dan digugurkan di bandar-bandar di Jerman. Banyak bandar musnah dan akhirnya Jerman terpaksa mengaku kalah.

Dalam merekabentuk sesebuah pesawat, satu prinsip yang perlu dipegang adalah weight is enemy (berat adalah musuh). Kapal terbang yang berat akan menyebabkan pesawat tersebut tidak boleh terbang jauh kerana bahan api yang tidak mencukupi.

Satu contoh yang jelas adalah, pengurusan Air Asia X telah memaklumkan kepada bakal penumpangnya bahawa pesawatnya akan singgah di negara Teluk bagi mengisi minyak kerana kapasiti tangki pesawat yang mereka gunakan tidak mencukupi untuk menampung penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke London/Manchester.

Airbus A380 juga menghadapi masalah yang sama. Di samping masalah wayar elektrik, pesawat tersebut menghadapi masalah yang lebih besar iaitu kelebihan berat sebanyak 4 tan metrik apabila semua komponen dipasang untuk tujuan penerbangan komersial.

Untuk mengatasi masalah berat dalam pembinaan pesawat, para penyelidik Barat telah merekabentuk satu bahan baru yang dipanggil komposit. Komposit ini dihasilkan melalui gabungan lebih daripada satu jenis bahan sama ada daripada unsur logam atau bukan logam. Namun yang popular digunakan dalam pembinaan pesawat adalah daripada unsur bukan logam seperti unsur plastik atau polimer.

Susun atur bahan ini ketika proses pembuatan menjadikan ia boleh memberi kekuatan melebihi kekuatan unsur logam. Di samping kelebihan dari segi ringan, struktur yang diperbuat daripada komposit ini juga mampu menyekat berlakunya rekahan yang lazimnya berlaku dengan pantas dalam unsur logam. Ia juga lebih murah kerana penghasilannya hanya berlaku di kilang dengan tindak balas kimia.

Bahan komposit ini sudah lama digunakan dalam pembinaan pesawat ringan. Airbus telah memulakan satu langkah terkehadapan dengan menggunakan 25 peratus pesawat Airbus A380 daripada unsur komposit. Mereka telah menemui satu bahan baru yang dipanggil Glare yang lebih kukuh dari aloi aluminium yang selalu digunakan dalam pembinaan pesawat.

Pesawat Boeing yang baru yang dipanggil Boeing 787 Dreamliner yang dalam proses pembinaan, akan menggunakan 80 peratus bahan komposit. Hanya komponen tertentu seperti enjin sahaja yang menggunakan bahan logam dan selebihnya bahan plastik. Pesawat ini yang boleh memuatkan penumpang antara 223 hingga 330 yang akan menggantikan Boeing 777 dijangka mula beroperasi pada Mei 2008. Ia dijangka dapat menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus jika dibanding dengan pesawat lain yang hampir sama dengannya. Sehingga kini Boeing telah menerima lebih kurang 450 tempahan bagi pesawat ini.

Untuk berdepan dengan saingan ini, Airbus telah melancarkan pesawat terbarunya di Farnborough Air Show baru-baru ini yang diberi nama Airbus A350 XWB (Extra Wide Body). Pesawat yang boleh membawa penumpang antara 270 hingga 350 ini akan mula beroperasi pada tahun 2013. Pesawat ini dibina daripada 72% unsur komposit. Sejak dilancarkan Airbus telah menerima lebih kurang 100 tempahan bagi pesawat ini.

Selain dari badan pesawat, banyak lagi unsur plastik diperkenalkan seperti kerusi, cermin tingkap, peralatan elektronik, panel dalam kabin, karpet dan sebagainya. Menjadikan pesawat itu ringan adalah matlamat utama dalam reka bentuk pesawat baru kerana ia akan memberi keuntungan lebih besar kepada syarikat penerbangan yang menggunakannya.

Ketika makan malam bersama pakar-pakar enjin jet di Paris baru-baru ini, seorang profesor dari Cambridge University menyatakan kekesalan di atas sikap beberapa syarikat penerbangan yang masih tidak tahu menghargai usaha jurutera di seluruh dunia untuk menjimatkan bahan api pesawat. Sikap mereka yang masih lagi menggunakan botol minuman yang diperbuat daripada kaca telah menyebabkan usaha jurutera selama ini tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Saya dapati Penerbangan Malaysia (MAS) juga tidak terkecuali dalam masalah ini kerana mereka masih lagi menggunakan bekas makanan dan minuman yang diperbuat daripada kaca agar kelihatan lebih berprestij. Namun saya yakin, dengan menggantikan bekas kaca tersebut dengan bekas plastik akan dapat memberi penjimatan sekurang-kurangnya 1 peratus kepada penggunaan bahan api pesawat. Dalam laporan kewangan 2004/2005, MAS membelanjakan lebih RM3 bilion untuk bahan api. Oleh itu, anggaran nilai 1 peratus bagi syarikat besar seperti MAS sebenarnya adalah penjimatan sehingga berpuluh-puluh juta dalam kos operasinya selama setahun.

* DR. MOHD. ROSHDI HASSAN ialah kakitangan Universiti Putra Malaysia yang sedang berkhidmat di Rolls Royce UTC, University of Sheffield, United Kingdom. ”

Pak Lah bekerja untuk Malaysia atau SCOMI?


Sesiapa yang pernah mengunjungi Putrajaya tentu ternampak landasan monorail terbengkalai (gambar tepi), jambatan monorail berdekatan Yayasan Kepimpinan turut terbengkalai.Itulah cara Abdullah Badawi membalas jasa Mahathir Mohamad. Lebih jauh itulah cara Abdullah Badawi membalas kepercayaan kita semua. 

“The monorail project was supposed to be in operational last year but the RM400mil project was shelved in 2004 as the Government had not approved funding for it.”

Kerajaan tarak duit kata Dollah Badawi. Tapi dalam masa penangguhan tersebut kerajaan membelanjakan:
– LCCT Air Asia – RM 108 juta
– Jet VIP Baru – RM 200 juta
– Ubah Suai Sri Perdana – RM 15.81 juta
– Ubah Suai sekolah lama beliau – RM 20 juta
– Penubuhan Kerusi Malaysia di Cambridge – 50 juta Pound Sterling
– Monsoon Cup – RM200 juta x 2 tahun

Adakah perkara-perkara di atas ini lebih penting dan dapat terima akal berbanding meneruskan pembinaan monorail (yang telah berjalan sebelum Abdullah mengambil alih) untuk pengangkutan awam Putrajaya?

 

Pokcik Tahuuu


Suatu petang, Tok Do berkunjung ke rumah Makcik Gayah. Dengan dahi yang berkerut dan muka yang sugul sudah cukup menggambarkan keresahan yang sedang di alaminya.

Sebaik sahaja ternampak Makcik Gayah, terus di sampaikan hajat dan tujuan dia berkunjung ke rumah makcik Gayah. Rupa-rupanya Tok Do nak pinjam telefon nak telefon anaknya si Idie yang berada kat satu daerah lain. Kata Tok Do , Idie dah lama tak balik kampung, kesian dekat Mak Do rindukan si Idie.Lagipun Mak Do tak berapa sihat.

Makcik Gayah, sebaik sahaja mendengar luahan Tok Do terus menunjukkan kepada Tok Do lokasi telefon rumahnya berada. Tok Do pun tanpa segan silu bergerak ke tempat telefon. Dengan anggapan yang Tok Do sudah pun biasa dengan penggunaan telefon, Makcik Gayah biarkan saja Tok Do keseorangan kat telefon. Maklumlah zaman dah semakin canggih,sudah tentu Tok Do tahu nak gunakan telefon.

Selang berapa minit Makcik Gayah meninggalkan Tok Do, tiba-tiba jer dengar bunyi bising.OOO mungkin Tok Dor dah dapat bercakap dengan Idie, fikir Makcik Gayah. Tetapi makin lama kedengaran semakin meninggi suara Tok Dor. Ishhhh gaduh ker Tok Do ngan Idie ni..merungut makcik gayah sendirian. Cubalah tengok, kata Makcik Gayah.

“Hooooo Pokcik tahu doh”
“Ishhh bakpo mek niii..pokcik tahulaaa”, kedengaran suara Tok Do yang meninggi.
“iyolaa..g la panggil anok pokcik nuhh..pokcik nok kecek ngan dia nii”, kata Tok Do lagi.
“gerey weiii pokcik ko mek nii,pokcik tokser kecek ngan mek,pokcik nok kecek ngan Idie, pokcik nok royat dia, mok dia sakit”
“Pokcik tahulaaa…bakpo dia ni dok kecek muge tulo niii”..

Makcik Gayah yang kebingungan..menegur Tok Do dan cuba mendapatkan jawapan.Tok Do pun menjelaskan kepada Makcik Gayah.

“Dok tahula aku,ada org xpehe bahasa gini,buih doh mulut aku dok royat suruh panggil Idie,tapi dia dok ulang royat hok tulo..acu mung royat teh dia Yah,kot-kot dia pehe bahasa mung.Aku ni ore tua,takut dia xpehe bahasa aku”.

Makcik Gayah dengan kadar segera mengambil gagang telefon dari tangan Tok Do dan cuba nak membantu.Tiba-tiba Makcik Gayah tersengeh. Melihat Makcik Gayah yang tersengeh, membuatkan hati Tok Do semakin mendidih.

“hmmmmmm…patutlaaaaa”..kata Makcik Gayah.
“Tok Do kecek ngan Operator tuuu”….

Sebaik mendengar kata-kata Makcik gayah..Tok Do pulak yang tersengih dan terkulat2 nak control malu.

Misi Berat Beckham di Los Angeles


Oleh DATUK MUHAMMAD ALIAS

KETIKA David Beckham tiba di Los Angeles beberapa minggu lalu, beliau dan isterinya, Victoria atau Posh Spices Girl mendapat publisiti hebat daripada media. Jelas mereka termasuk dalam kumpulan selebriti Hollywood. Bagaimanapun, berita mengenai gaji beliaulah yang panas sekali. Beliau dibayar AS$1 juta seminggu, AS$4 juta sebulan. Kontrak lima tahun dengan Los Angeles Galaxy bernilai AS$250 juta (RM950 juta).

Kontrak tersebut merupakan antara yang termahal bagi ahli sukan di Amerika Syarikat (AS). Ada berita mengatakan pendapatan beliau (bagi kadar seminggu) adalah 500 kali ganda daripada teman-teman sepasukannya.

* DATUK MUHAMMAD ALIAS ialah bekas diplomat dan kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Keputusan mengimport Beckham dengan harga yang begitu mahal ada kaitan dengan usaha mempertingkatkan taraf bola sepak AS.

Wang tidak menjadi masalah di sini. Masalahnya ialah menarik minat sebahagian besar rakyat Amerika kepada bola sepak. Dewasa ini sukan yang paling digemari ialah American football, bola keranjang dan bola lisut.

Sebenarnya bola sepak mempunyai masa depan yang cerah di Amerika. Orang Amerika tidak lokek wang untuk sukan. Kalau mereka meminati sesuatu sukan mereka sanggup menghabiskan wang.

Umpamanya ada yang membeli tiket berharga sehingga AS$1,000 untuk menyaksikan pertandingan bola keranjang. Tiket paling murah dalam lingkungan AS$50.

Sementara pemain-pemain dilatih menggunakan kaedah moden. Lagi pula dengan penduduk mencecah 300 juta orang, AS mempunyai keupayaan memilih pemain yang terbaik dari sumber yang besar.

Beckham mempunyai tugas yang amat berat. Beliau mesti melakukan sesuatu untuk mempertingkatkan taraf bola sepak sejajar dengan gaji yang dibayar. Meskipun begitu, tugas beliau tidaklah sesukar Pele ketika menyertai New York Cosmos tahun 1975 dulu.

Pele boleh dikatakan bermula dari peringkat asas. Meskipun Pele pemain bola sepak nombor satu dunia tetapi beliau tidak begitu dikenali di AS. Ketika itu rakyat Amerika tidak memberi perhatian serius kepada bola sepak.

Bola sepak mula dipertandingkan di peringkat sekolah dan kolej tahun 1862. Bagaimanapun, ragbi yang diubah suai undang-undangnya lebih digemari. Maka bermulalah zaman American football yang diminati sehingga ke hari ini.

Sehingga awal 1990-an, bola sepak merupakan permainan untuk wanita. Kaum lelaki lebih suka bermain American football yang dikira penuh dengan ciri-ciri kelelakian.

Ketika melayari laman web Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) baru-baru ini, saya menemui satu maklumat yang setiap rakyat Malaysia pasti merasa bangga. Ia mengenai keputusan pertandingan bola sepak di Olimpik Munich, Jerman Barat pada tahun 1972. Antara keputusannya ialah pasukan AS kalah 0-3 dengan Malaysia.

Tidak syak lagi itulah detik-detik kecemerlangan sejarah bola sepak Malaysia. Ia telah berlalu selama 34 tahun dan nampaknya tidak mungkin berulang dalam masa terdekat. Masih terbayang betapa gegak gempita sorak gembira rakyat Malaysia apabila negara berjaya menempah tiket ke Munich.

Kini sejarah telah menjadi sebaliknya. Ketika AS yang pernah dibelasah dengan teruk di Munich berjaya ke pusingan akhir Piala Dunia sejak tahun 1990, sedangkan Malaysia semakin mundur.

Ekoran dari itu kebelakangan ini tidak henti-henti kritikan dilemparkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ada yang mahu FAM dirombak dan segelintir pegawainya meletakkan jawatan.

Namun mengendali satu persatuan yang besar seperti FAM bukanlah perkara mudah. Tambahan pula bila terdapat banyak masalah.

Sementara itu, dapat diperhatikan bahawa projek pemain import jelas gagal mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Ada antara pemain-pemain import yang lebih rendah mutu permainannya daripada pemain-pemain tempatan. Lantaran itu tidak ada sebab kenapa kita mesti mengimport pemain-pemain luar.

Sebaliknya segala tenaga dan usaha digunakan untuk melatih bakat-bakat dalam negara sendiri. Yang penting dapatkan jurulatih yang berkebolehan termasuk dari luar negara. Berilah tumpuan kepada pemain-pemain yang tahan lasak, berdisiplin dan bersedia untuk maju.

Seperti mana Beckham, beberapa pemain bola sepak China, Korea dan Jepun kini bermain di kelab-kelab profesional di Eropah. Sedih sekali rakyat Malaysia cuma mampu tumpang seronok setiap kali berlangsungnya Piala Dunia.

 

Bolehkah Mesin Berfikir?


Oleh : Mohd Helmy bin Abd Wahab

Penggunaan istilah kecerdasan buatan telah digunakan buat pertama kalinya pada 1956 oleh seorang saintis computer dan ahli matematik iaitu John McCathy. Beliau merupakan bapa kecerdasan buatan dan telah membangunkan bahasa pengaturcaraan LISP (List Processing). Bahasa LISP adalah bahasa pertama yang dibangunkan untuk aplikasi kecerdasan buatan kerana ia merupakan bahasa yang menyokong konfigurasi penyelesaian masalah, penyamaan petua, input dan output yang fleksibel dan lain-lain.

Falsafah asas bidang kecerdasan buatan telah diperkenalkan oleh ahli matematik british iaitu Alan Turing iaitu sebelum istilah kecerdasan buatan digunakan.

Pada tahun 1950, Alan Turing telah menulis satu kertas kerja dalam jurnal Mind berjudul Computing Machinery and Intelligence yang menjadikan bidang kecerdasan buatan menjadi isu dan menimbulkan persoalan “Bolehkah mesin berfikir?”.

Dalam kertas kerjanya, Alan Turing telah melaporkan bahawa satu eksperimen telah dijalankan bagi membuktikan bahawa benarkah mesin boleh berfikir. Eksperimen ini dikenali sebagai Ujian Turing.

Dalam ujian ini, Turing memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang manusia dan satu computer untuk diuji kecerdasannya. Seorang peserta akan bertindak sebagai interrogator dan bertanya soalan kepada seorang peserta lain dan computer. Setiap soalan yang ditanya akan dipilih oleh interrogator dan peserta lain dan computer diletakkan ditempat yang berasingan. Jika jawapan yang diberikan kepada interrogator dan interrogator tidak dapat membezakan jawapan yang diberi itu sama ada manusia atau computer, maka Turing membuat rumusan bahawa computer telah lulus ujian Turing dan boleh dikatakan bahawa mesin boleh berfikir.

Marvin Minsky merupakan perintis Makmal Kecerdasan Buatan di MIT Amerika Syarikat. Di mana makmal ini telah menjalankan penyelidikan berkaitan dengan kecerdasan buatan secara aktif. Minsky telah menyumbangkan dalam pembangunan pemikiran mesin melalui penyelidikannya yang berjudul “frame representation”:

A frame is a bundle of related information concerning a single topic, making all information on that topic retrievable from a centralized location. Frames are thus structured objects that can be organized in taxonomic hierarchies, allowing information stored in more abstract frames to be inherited by frames lower down the hierarchy. Additionally, procedural attachments called daemons can be hooked into various parts of a frame; these attachments become active whenever that part of the frame is accessed or changed, allowing the frame system to perform automatic inferencing about these changes.

Sistem yang menggunakan kecerdasan buatan atau konsep mesin berfikir bukanlah satu keperluan dalam kehidupan seharian menjelang tahun 2000. Walaupun kenyataan ini telah dibuat oleh mereka yang telah merintis bidang kecerdasan buatan pada lewat 1950 – 1960 an. Mereka telah berada pada laluan yang betul dalam penyelidikan mesin berfikir.

 

 

 

Cerita lawak: Raja Kuda


Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.

Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi … itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian… makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus duduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya “Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?” Maka dengan selambanya budak tu berkata “Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa…nak cover malu. “Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu… ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.

Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya…raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.

Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, “cubalah kalau boleh”. Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya! “Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?” Dengan selambanya budak tu jawab “Nak kena jentik lagi…??”

Tanda Akhir Zaman


Antara tanda-tanda kiamat semakin hampir…

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

23. Orang miskin menjadi kaya dengan sekalip mata tanpa perlu berusaha gigih

Seni Silat Gayong Malaysia Warisan Bangsa


Pengenalan Gayong“..KERIS KU HUNUS, TANGAN KU JULANG..” 

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.

 

Bermula dari kepulauan Riau, sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan Srivijaya(abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit(abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ketika pendudukan Portugis, hulubalang-hulubalang Melaka telah melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang digunakan ketika menentang Portugis.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, hulubalang-hulubalang Melaka terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Selepas itu, mereka mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan Kepulauan Melayu unutk mencari perlindungan. Dengan cara inilah Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutama di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan kembali kesenian lama ini di Tanah Melayu.

Ada satu riwayat masyhur berkenaan tujuh anak raja Bugis yang amat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tertanding ketika itu. Mereka telah belayar menjelajah ke serata Kepulauan Melayu untuk mencari penempatan baru. Salah seorang daripada mereka ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Beliau merupakan moyang kepada Dato’ Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.

Sejarah Silat Seni Gayong

“seGAYONG, seGENGGAM, sePADU”

Silat Seni Gayong diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd.Hashim. Beliau mempelajari persilatan ini daripada nendanya Tuan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas. Syed Zainal pula mempelajari persilatan ini daripada Daeng Ambok Solok di Pulau Temiang, berdekatan Jambi, Sumatera. Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Syed Zainal mengikut ceritanya telah diperintahkan oleh Sultan Ahmad Pahang untuk mencari buah keras di Pulau Bangka, Riau, Indonesia.

Di Pulau Temiang, yang berdekatan dengan Pulau Bangka, rombongan mereka telah bertemu dengan Daeng Ambok Solok. Daeng Ambok Solok telah bermurah hati untuk menurunkan ilmu Gayong kepada pahlawan Pahang tersebut agar dapat digunakan untuk mempertahankan tanah air mereka kelak. Oleh kerana kesuntukan masa, mereka mengikat janji untuk kembali lagi ke Pulau Temiang setelah selesai menjalankan amanah Sultan. Dalam perjalanan pulang ke Pahang, Mat Kilau diarahkan untuk membeli senapang kopak di Singapura. Mat Kilau, Syed Zainal dan Dato’ Bahaman telah belayar kembali ke Pulau Temiang seperti yang dijanjikan. Mereka telah menuntut ilmu Gayong selama kira-kira dua tahun daripada Daeng Ambok Solok.

Silat Seni Gayong ini dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan telah digunakan oleh hulubalang-hulubalang Melaka dalam usaha menentang kemasukan penjajah Portugis. Nama asal Silat Seni Gayong ialah Silat Seni Sendi Harimau.

Silat Seni Gayong mempunyai tujuh peringkat, iaitu:

Tapak Gayong(permulaan tapak silat),

Seni Tapak Gayong(Pecahan Tapak Gayong),

Seni Keris (langkah pahlawan cara menggunakan senjata),

Seni Simbat (cara bermain belantan atau pedang),

Seni Yoi (buah pukulan),

Seni Belian (silat harimau bersilat cara koyak-mengoyak anggota lawan), dan

Seni Cindai(tarian silat menggunakan kain sentung atau kain tudung). Peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong akan dianugerahkan bengkung hitam Harimau Pelangi Cula Sakti (Tingkatan I – VI).

 

Barat Mengembangkan Keilmuan dan Tamadun Islam


KAJIAN saintifik terawal yang dilakukan oleh ilmuwan Islam adalah mengumpulkan semua catatan al-Quran. Ia dicadangkan oleh Saidina Umar al-Khattab kepada Saidina Abu Bakar berikutan kebimbangannya terhadap kematian ramai golongan tahfiz di medan peperangan. Kematian ramai sahabat nabi yang hafiz al-Quran di medan perang akibat mempertahankan agama dikhuatiri Umar akan melenyapkan pengetahuan manusia mengenai al-Quran. Ilmuwan dan saintis Islam mengembangkan ilmu mereka dalam bidang sains dan teknologi untuk memartabatkan ajaran agama ini di muka bumi. Usaha itu bermula selepas kedatangan Islam di Makkah. Ilmuwan Islam mengamalkan ilmu sains dan teknologi demi kepentingan agama terutama selepas kewafatan Rasulullah.Kajian secara saintifik dan bersistematik itu dilakukan dengan mengumpul semua catatan al-Quran daripada mula turun ayat pertama iaitu surah al-Alaq hingga habis keseluruhan al-Quran, mengikut turutan seperti yang dibaca atau diperdengarkan Rasulullah kepada sahabat. Usaha pengumpulan kitab suci itu dilakukan kerana pemerintah Islam selepas Nabi Muhamad bimbang akan pupus al-Quran selepas kematian ramai sahabat yang hafiz di medan peperangan. Justeru, pelbagai catatan al-Quran seperti yang ada pada kulit binatang, tulang binatang ternakan dan kulit kayu disimpan di rumah Saidatina Habsah, puteri Saidina Umar yang juga isteri Rasulullah. 

Pada zaman Khalifah Saidina Uthman, Islam tersebar luas hingga ke Armenia dan Azerbaizan, negara yang bahasa ibundanya bukanlah bahasa Arab. Sewaktu salah seorang sahabat iaitu Huzaifah bin Yaman diutuskan ke Armenia dan Azerbaizan, beliau mendapati ada penduduk di sana yang berbahas mengenai al-Quran tetapi tidak menguasai bahasa Arab. Sekembali beliau ke Madinah, beliau memaklumkan perkara itu kepada Saidina Uthman dan mencadangkan supaya al-Quran dijilidkan. Katanya, Saidina Uthman melantik beberapa sahabat lain untuk menjalankan kajian bagi memastikan ketepatan dan kesahihan al-Quran dan seterusnya menjilidkannya berdasarkan kepada catatan, hafalan dan juga ingatan mereka tentang al-Quran.

Usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan oleh sarjana Islam ini menjadi kajian pertama yang dibuat secara sistematik dan saintifik. Kajian seterusnya yang dibuat secara saintifik dan bersistematik ialah usaha pengumpulan hadis dan penjilidannya. Usaha mengumpul dan menjilidkan hadis dibuat apabila timbul perselisihan pendapat dan pertentangan di antara Saidina Ali Abu Talib dan Muawiyah Abu Sofian, di mana ketika itu, ada ilmuwan yang berpihak kepada golongan tertentu. Setiap kumpulan yang terbentuk mengakui kebenaran kumpulan mereka. Akibatnya, timbul beberapa perkara khurafat dan bida’ah dalam sebahagian daripada hadis yang disampaikan.

Justeru itu, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz iaitu ketika kerajaan Bani Umayyah berkuasa, beliau memerintahkan gabenornya untuk menjilidkan hadith. Usaha menjilidkan hadis juga memerlukan kajian teliti dan mendalam supaya ia dapat membezakan antara hadis sahih dengan hadis palsu. Pada zaman seterusnya, keagungan dunia dan ilmu sains Islam bermula iaitu dari tahun 700 hingga 1350 Masihi. Perkembangan ketara dalam sains Islam ialah ketika pemerintahan Al-Makmum dari kerajaan Bani Abbasiah di mana banyak buku diterjemahkan dalam bidang sains dan falsafah dari bahasa Greek ke Arab. Pada masa inilah, sarjana Islam membangunkan bidang sains seperti kimia, optik, botani, astronomi, matematik dan perubatan dengan melakukan pelbagai kegiatan penyelidikan.

Di antara tokoh ilmuwan Islam ialah Jabir bin Hayyan (721-815 Masihi) yang mengasaskan pembinaan makmal kimia pertama di dunia ini. Beliau menegaskan bahawa sesuatu ilmu perlu bermula dengan uji kaji hingga pernah beliau menyebut seseorang yang ilmunya tidak dapat diuji kesahihannya secara eksperimen, akan selalu terdedah kepada kesalahan.Beliau jugalah (Jabir bin Hayyan) sebagai orang yang pertama menemui asid nitrik. Seterusnya, tokoh lain ialah Al-Razi (865-925 Masihi) yang lahir beberapa tahun kemudiannya di mana beliau membuat pengkelasan kepada sebatian kimia. Ibnu Sina (980-1037 Masihi) menerangkan lebih daripada 760 ciri ubat-ubatan. Yaqub al-Kindi (801-873 Masihi) meneroka ilmu fizik, khususnya dalam bidang optik. Al-Biruni (973-1050 Masihi) menulis lebih daripada 150 buku dalam pelbagai bidang sains seperti kosmologi, sejarah, geografi, fizik, kimia, geologi dan biologi. Ibnu al-Nafis menemui sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.

Ibnu al-Haitham (965-1039 Masihi) menerangkan struktur dan fungsi beberapa bahagian mata manusia dan menyumbang kepada ilmu optik. Ibnu al-Jahiz mencatatkan perpindahan burung yang berlaku secara bermusim. Al-Khuwarizmi (meninggal dunia 863 Masihi) pula dikenali di seluruh dunia dengan buku pertamanya mengenai al jabar (kini dikenali sebagai algebra).Kesimpulannya, perkembangan ilmu dan penghormatan yang diberikan kepada golongan ilmuwan menyebabkan tamadun Islam mudah tersebar ke seluruh dunia. Malah, sebahagian penemuan sarjana Barat yang terkenal kini adalah hasil palagiat/ciplak daripada usaha kajian sarjana Islam. Hakikatnya, Islam dahulu yang menjana pembangunan sains dan teknologi kerana ilmu itu tidak pernah dipisahkan daripada ilmu yang berhubung dengan ketuhanan, adab dan akhlak, etika dan moral, serta pembangunan dunia keseluruhannya.

Namun kita ditaqdirkan untuk menjadi umat yang tidak mengetahui latar belakang sejarah Islam dan tokoh-tokohnya.Kita lebih arif dengan tokoh-tokoh pencipta dari Barat, di mana ilmu-ilmu mereka perolehi daripada kebangkitan Islam di Andalus, Sepanyol. Malangnya umat Islam hari ini jika mereka longlai dengan keagungan agama Islam, sedangkan Islamlah yang telah mengangkat martabat keilmuan manusia tanpa mengira bangsa dan agama.

Adapun kehebatan-kehebatan ciptaan sains yang hadir saat ini adalah tempias mukjizat yang dipancarkan melalui keagungan al Quran. Sebelum kedatangannya (al Quran) manusia hanya mampu mencipta bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi serta alat-alatannya, roda, pisau dan sebagainya. Namun setelah kedatangan al Quran, manusia mula mengetahui fungsi-fungsi galian yang terdapat dari bumi. Siapa yang berusaha keras mengkajinya? Para Ilmuan Islam silam… & then Ilmuan Barat menciplaknya (xkisahlah coz itu usaha mereka jugak)… dan mana umat Islam sekarang? Umat Islam dimomokkan dengan kehebatan dan kewibawaan Barat, tetapi mereka lupa warisan ilmu mereka diperolehi daripada kajian mereka terhadap al Quran. Wahai umat, kembalilah kepada al Quran!!!

 

Review Filem – SUMO-LAH


* Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 22 Februari 2007*Persatuan Restoran Sushi Kuala Lumpur akan menganjurkan pertandingan tahunan mereka iaitu Sumo ‘Underground’. Boleh Sushi merupakan pasukan sushi tak ternama adalah peserta runners-up tahun lalu kekurangan seorang peserta selepas kehilangan tukang masak mereka, Hasan. Mereka harus mencari pengganti secepat mungkin, dan secara kebetulan mereka berjumpa dengan Ramlee. 

Apakah yang akan terjadi bila seorang lelaki Melayu yang baran dan tiada keyakinan hidup dipaksa menyertai dunia sumo yang terkenal dengan penuh cabaran?

Cerita ini mengisahkan tetang seorang lelaki yang tidak ‘bermaya’ bernama Ramlee (Afdlin Shauki) yang tidak mampu melakukan sesuatu kerja dan bekerja untuk tempoh masa yang lama. Sikapnya ini telah mengecewakan ibunya (Kartina Aziz). Dalam keadaan tiada pekerjaan dan kesempitan wang, Ramlee tekad untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pemilik restoran Boleh Sushi, Honda (Patrick Teoh) iaitu ‘Makan Sushi Sebanyak Mana Yang Anda Boleh Makan Secara Percuma’ dan pertandingan itu dalam tempoh masa tertentu sahaja.

Dalam keadaan yang sangat lapar dan tertekan dengan perjalanan hidupnya, Ramlee menyertai pertandingan itu dan akhirnya kalah. Sebagai syarat di atas kekalahan itu, Ramlee bekerja dengan Honda di restoran itu untuk menebus kekalahan itu. Maka Ramlee menjadi pekerja Restoran Boleh Sushi bersamasama dengan Haris (Awie) dan Andy (Radhi Khalid). Ramlee juga terpikat kepada anak gadis Honda yang cantik, Siti (Inthira Charoenpura) yang memilik darah kacukan Jepun dan Melayu. Selepas detik itu, barulah Ramlee mempelajari erti kehidupan selepas mendapat kerja, rakan-rakan dan keluarga yang baik.

 

Suatu hari, Ramlee sedar bahawa salah satu daripada tugasnya ialah dia harus menyertai ‘Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championship’ yang dianjurkan oleh semua pemilik restoran sushi tempatan yang dimiliki oleh local Japanese.

Ketika Ramlee menyertai perlawanan persahabatan, Akira (Gurmit Singh), iaitu bekas kekasih Siti telah memperlekehkan Ramlee di khalayak ramai. Ini berlaku selepas Ramlee mendapati dia telah diperangkap supaya bekerja dengan Boleh Sushi kerana Honda terdesak untuk mencari ahli ketiga untuk pasukan sumo mereka.

Ramlee terpaksa membuat pilihan – samada untuk menyertai dan berjuang untuk Boleh Sushi dalam kejohanan itu atau meninggalkan keluarga barunya itu. Lalu, dia mengambil keputusan untuk menyahut cabaran dan mula berlatih dengan ahli-ahli kumpulan itu untuk kejohanan besar tersebut.

Ramlee juga mempelajari maksud perkataan ‘nokotta’ – jangan berputus asa, pertandingan masih belum berakhir. Dia mengerti bahawa apa jua keputusan, penghormatan dalam pertandingan adalah perlawanan yang baik dan telus. Maka, cabaran Ramlee adalah untuk mengabaikan ssmua alas an yang telah dia buat sebelum ini dan terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir, tak kira apa jua yang berlaku.

*Mari kita saksikan buah tangan Afdlin Shauki. Semoga anda seronok menonton cerita ini.

 

Anakku dan pokok epalnya


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.

“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

 

Kesihatan Optimum Penghidap Asma


Oleh: DR. RAJBANS SINGHASMA merupakan penyakit kronik atau gangguan respiratori yang menjejaskan saluran pernafasan anda, iaitu tiub yang membawa udara keluar dan masuk ke paru-paru anda. Sesetengah daripada perkara-perkara paling biasa yang mendatangkan simptom-simptom asma termasuk senaman, alergen, pencemaran udara, perengsa dan jangkitan virus. Penghidap asma mengalami batuk yang berterusan, berdehit, sesak dada dan kesukaran bernafas.

 

Walaupun asma menjejaskan kehidupan pada semua peringkat umur, ia paling sering berlaku pada peringkat zaman kanak-kanak.

Lebih ramai budak lelaki menghidap asma berbanding budak perempuan, tetapi pada peringkat dewasa, ia menjadi terbalik di mana lebih ramai wanita yang menghidap asma berbanding lelaki.

Ketika zaman kanak-kanak, Sarah (bukan nama sebenar) menghidap asma. Ibu bapanya sering mengejarkannya ke wad kecemasan apabila mereka mendapati beliau tidak bernafas atau bergelut untuk bernafas.

Batuk, berdehit dan sesak dada menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya. Kemudian anak yang sakit itu mula melakukan senaman ringan dan pada usia 13 tahun, simptom-simptom tersebut lenyap.

Tetapi, pada usia 42, sebagaimana pantas simptom-simptom itu lenyap sewaktu usia remaja, ia tiba-tiba muncul semula dan Sarah tidak tahu di mana silapnya. Beliau kembali bergantung pada alat sedutnya. Beliau berasa ini disebabkan oleh gaya hidup yang sibuk, diet yang teruk, ketegangan kerja dan kurang bersenam.

Bertekad untuk menjalani hidup yang lebih berkualiti, beliau mendapatkan seorang jurulatih peribadi yang mengembalikan beliau kepada kehidupan yang sejahtera.

Dalam masa setahun, semua simptom itu lenyap dan kini pada usia 61, penyakit asma Sarah dapat dikawal dan beliau benar-benar sihat.

Asma tidak boleh dicegah atau disembuhkan, tetapi kebanyakan orang dengan asma boleh mengawalnya sehingga mereka mempunyai simptom yang sedikit dan jarang-jarang serta boleh menjalani hidup yang normal dan aktif.

Senaman adalah penting untuk penghidap asma tetapi mulakannya dengan berjalan atau berenang yang boleh membantu mengembangkan paru-paru.

Diet adalah komponen penting untuk penghidap asma, terutama jika mereka mengambil steroid.

Diet yang sihat termasuk makanan dari setiap kumpulan (karbohidrat, protein dan lemak) boleh memperbaiki sesetengah kesan pemakanan akibat terapi steroid.

Jika diambil untuk tempoh yang lama, steroid boleh meningkatkan risiko osteoporosis. Oleh itu adalah penting untuk mengambil suplemen kalsium.

Untuk mencegah kesan sampingan yang lain, hadkan penggunaan garam dan makanan yang tinggi kandungan natrium serta mengurangkan jumlah kolesterol dan lemak dalam diet anda.

Penghidap asma masih boleh menjalani hidup normal tetapi anda perlu tahu apa yang mencetuskannya.

Kemudian lakukan apa yang anda boleh untuk mengelak atau mengehadkan pengambilan benda-benda itu.

Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat memberikan petua-petua berikut:

* Jika bulu haiwan adalah satu masalah, pastikan haiwan kesayangan anda berada di luar rumah atau sekurang-kurangnya di luar bilik tidur anda

* Jangan merokok atau membenarkan perbuatan merokok dalam rumah anda

* Jika debunga memberi kesan kepada anda, duduk dalam rumah dengan penyaman udara terpasang, jika boleh, apabila jumlah debunga adalah tinggi

* Untuk mengawal hama habuk, cuci cadar, selimut, sarung bantal, dan barang mainan lembut seminggu sekali dalam air panas. Anda boleh mendapatkan sarung kalis habuk yang khas untuk tilam dan bantal anda

* Jika anda mempunyai simptom-simptomnya ketika bersenam atau melakukan rutin aktiviti fizikal seperti menaiki tangga, bincang dengan doktor anda untuk mencari cara-cara menjadi aktif tanpa mendapat simptom-simptom asma. Aktiviti fizikal adalah penting

* Jika anda alah terhadap bahan sulfat, elakkan makanan seperti buah-buahan kering atau minuman (seperti wain) yang mengandunginya.

Dr. Rajbans Singh merupakan seorang pakar perunding perubatan.

 

Cara-Cara Untuk Melajukan ‘Surfing’ Firefox


Pengenalan Ringkas –
Mozilla Firefox – juga dipanggil ‘Firefox’ – secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain? 

p/s – sumber fakta daripada http://erzwan.com/firefox/smartsection.item.3/asas.html,

sumber tip daripada tok ketua sendiri – http://www.webkl.net/postt243171.html

Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain – Internet Explorer pun boleh – tanpa perlu menghadi sebarang masalah. Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan.

“Ok” anda jawab, “Saya malas…kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox – kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?”

Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, Tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tamabahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di’customize’ dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer. Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia meruapan aplikasisumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang ‘vulnerability’ yang ingin ‘exploit’ secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang.

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox. – Credit to Tok_Aslim.

kepada pengguna Streamyx… kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti…

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu —-> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer …… dan paste skrip berikut ———–> nglayout.initialpaint.delay ………….. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada —–> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya… cuba yg ini pula, type skali lagi —-> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya –

network.http.pipelining – true
network.http.proxy.pipelining – true
network.http.pipelining.maxrequests – 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg —–> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut —>
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test… sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba kata tok .. timakasih tok!

 

Aditif Makanan – Apa Yang Perlu Anda Tahu


Baru-baru ini saya telah menghadiri sebuah seminar kesihatan dan antara yang diperkatakan pada hari itu ialah tentang ADITIF MAKANAN. Apa itu Aditif Makanan?. Sebelum ini saya tidak pernah dengar perkataan ini. Aditif Makanan adalah Bahan yang ditambah dengan sengaja ke dalam makanan bagi tujuna memperbaiki kualiti, persembahan (tekstur, konsistensi, rupa, perisa, bau, rasa dan jangka hayat penyimpanan tetapi tidak termasuk vitamin dan mineral. Ianya juga mempunyai fungsi teknologi semasa penyediaan atau ketika pemprosesan makanan.Salah Faham Terhadap Aditif Makanan?
Bagi sesetengah orang, mereka percaya aditif makanan itu adalah bahan kimia dan justeru itu, ia seharusnya diharamkan penggunaanya. Dalam konteks sains makanan, perkataan “bahan kimi” tidak mempunyai maksud udara dan air, gula dan garam juga adalah bahan kimia seperti aditif makanan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kebanyakan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semulajadi seperti:- 

a. Pektin yang digunakan untuk memekatkan jem diperolehi daripada tumbuhan.

b. Lesitin yang digunakan untuk menghalang pengasingan makanan diperolehi daripada kuning telur.

c. Aditif semulajadi yang lain termasuk karamel sebagai pewarna, vitamin c sebagai antioksida, agar daripada rumpai laut sebagai penstabil dan sebagainya.

Salah faham mengenai aditif makanan telah membuat pengguna lebih tertumpu kepada mengelakkan aditif makanan lebih daripada mengamalkan diet seimbang.

Sejak Bila Aditif Makanan Digunakan dan Kenapa?
Telah menjadi amalan biasa sejak ratusan tahun dahulu dimana, aditif makanan ditambah ke dalam makanan melalui pelbagai cara untuk membantu mengawetkan , menyedapkan, mencampur, memekatkan atau mewarna makanan. Nenek moyang kita juga telah menggunakan garam sebagai pengawet daging dan ikan serta rempah ratus untuk menyedapkan makanan. Sementara itu, kuning telur digunakan untuk tujuan mengadun air dan minyak, cuka serta gula pula digunakan sebagai pengawet buah-buahan dan membuat jeruk.

Apakah Jenis-Jenis Aditif Makanan Dan Kegunaannya?
Senarai berikut adalah memberi penjelasan ringkas berhubung kumpulan aditif makanan seperti yang dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985, berdasarkan fungsi dan kegunaannya.

a. Bahan Pengawet

Bahan pengawet digunakan untuk mengawal pertumbuhan kulat, bakteria dan ragi bagi meningkatkan jangka hayat makanan tersebut. Antara bahan pengawet tradisi yang digunakan secara meluas dalam industri makanan adalah seperti gula, cuka dan garam. Selain itu, bahan pengawet dapat membantu melindungi pengguna daripada mikroorganisma yang menyebabkan keracunan makanan.

b. Bahan Pewarna

Pewarna menjadikan makanan lebih menarik dan membantu merangsangkan selera makan. Biasanya dalam proses pengawetan, wrana asal makanan akan hilang. Telah menjadi amalan pihak pengilang untuk memperbaiki penampilan produk mereka. Kebanyakan pewarna makanan diperolehi daripada bahan semulajadi.

c. Bahan Perisa/ Penambah Perisa

Herba dan rempah telah digunakan sejak berkurun yang lalu untuk menambahkan perisa makanan. Di dalam industri makanan, banyak perisa samada bahan perisa semulajadi atau bahan perisa serbasama bahan asli, biasa ditambah dalam kuantiti yang sedikit. Ini termasuk penambah perisa, monosodium glutamat (MSG) yang digunakan dalam makanan seperti sup kering, stok sup, sos dan lain-lain.

d. Antipengoksida

Apabila makanan yang mengandungi lemak atau minyak terdedah kepada udara untuk satu jangka masa yang lama, oksigen yang hadir di atmosfera akan menjadikan makanan tersebut tengik kecuali antipengoksida digunakan. Disamping membantu mengekalkan kesegaran makanan, antipengoksida juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan kandungan vitamin terutamanya vitamin A.

e. Kondisioner Makanan

Kondisioner makanan adalah bahan yang ditambah pada makanan bagi maksud teknologi untuk mendapatkan makanan yang diinginkan. Ini termasuk:-

* Pengemulasi dan penstabil :-
Pengemulasi digunakan untuk mengadun dengan seragam bahan seperti minyak dan air yang pada kebiasaannya berasingan. Sementara penstabil Kedua-dua digunakan dalam produk seperti sapuan rendah lemak, aiskrim, mayonis dan sos.

Sesetengah pengemulasi dan penstabil juga berfungsi sebagai pemekat. Tanpanya produk makanan dengan nilai pemakanan yang diinginkan seperti sapuan rendah lemak tidak boleh dihasilkan.

Note: sumber yang diperolehi ialah daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

 

 

Indahnya Hidup Bila Saling Ambil Peduli


Allah menjadikan setiap orang manusia dalam keadaan mempunyai kekurangan dan kelebihan. Tujuannya supaya manusia saling ambil peduli, bela-membela dan sokong-menyokong.Allah juga menggilirkan susah senang dan jatuh bangun silih berganti. Malah kedudukan, peranan dan tugas setiap orang dari kita juga berbeza-beza. Dari situ kita saling bergantung dan saling memerlukan. 

Lihat saja bagaimana berlakunya saling bergantung ini pada anggota tubuh manusia. Kepala, badan, tangan, kaki dan segala tulang serta sendi saling bergantung untuk membolehkan kita berjalan, berlari, buat kerja dan sebagainya.

Pancaindera mata, telinga dan hidung saling membantu untuk menstabilkan seluruh tubuh. Organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru, buah pinggang, hati, saluran darah dan lain-lain turut sokong-menyokong untuk membolehkan tubuh sihat dan mampu berfungsi dengan normal. Jari-jemari juga saling membantu untuk melakukan pelbagai tugas yang berbeza – untuk memegang, menggenggam, menunjuk, menguis, merasa, menumbuk, menjentik dan sebagainya.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mengumpamakan kasih sayang, persaudaraan dan belas kasihan antara orang-orang Mukmin itu seperti tubuh yang satu. Apabila satu anggota tubuh ditimpa sakit dan demam maka seluruh tubuh akan turut merasa sakit dan demam.

Walaupun masing-masing ada kekurangan, kehidupan dalam keluarga dan masyarakat akan jadi sempurna bila hidup bersepadu dan sokong-menyokong: yang kaya bantu yang miskin, yang kuat bantu yang lemah, yang pandai bantu yang kurang pandai, yang tahu bantu yang tak tahu, yang berkemahiran bantu yang kurang kemahiran, yang di atas bantu yang di bawah, yang sihat bantu yang sakit.

Inilah yang menjadikan indahnya kehidupan dan semua ini hanya akan berlaku jika ada sikap saling ambil peduli dan prihatin (caring). Dalam Islam, perkara-perkara ini memang ditekankan kerana Islam itu sendiri adalah ajaran kemasyarakatan. Islam menekankan perlunya sikap ambil peduli bermula dari sesama ahli keluarga, kaum kerabat, jiran-jiran, masyarakat dan negara hinggalah kepada peduli umat.

 

Piala Malaysia 2007


Pada tahun ini oleh kerana negara menganjurkan Piala Asia 2007, maka pertandingan Piala Malaysia dimulakan pada awal tahun, serentak dgn game liga, tidak seperti yang lazimnya selepas liga habis baru mula P.M. ni ..Semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertainya .. termasuk 2 pasukan kelab uniform: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) & Polis DiRaja Malaysia (PDRM) .. dan tambahan 2 kelab terbaik liga Malaysia tahun lalu .. iaitu Telekom Melaka FC dan Johor FC. Namun DPMM Brunei tidak dapat menyertai Piala Malaysia lantaran FAM berpendapatan juara Piala Malaysia 1999 tersebut sekarang diwakili oleh pasukan berstatus kelab sahaja.

Kumpulan A
Johor FC
Johor Pasir Gudang
Kuala Lumpur
Perlis
SELANGOR
Telekom Melaka FC

Kumpulan B
ATM
Kelantan
Melaka
Negeri 9 NAZA
Pulau Pinang
Terengganu

Kumpulan C
Kedah
Pahang
PDRM
Perak
Sabah
Sarawak

2 pasukan teratas akan layak ke peringkat suku akhir .. dan tambahan 2 pasukan yg menduduki tempat ketiga terbaik kumpulan memasing.

 

Statistik Piala Malaysia
Juara bertahan 2006 – Perlis (layak final 3 kali berturut-turut [2004,2005,2006])
Juara terbanyak – Selangor (30 kali juara tambah 2 kali Juara Bersama Singapura)
Juara edisi pertama Piala Malaya – Singapura (1921)
Juara Piala HMS Malaya piala baru – Singapura (1933)
Juara selepas Perang Dunia Kedua – Negeri Sembilan (1948)
Juara Piala Malaysia piala baru edisi pertama – Perak (1967)
Juara hatrik 3 tahun berturut kali pertama – Singapura (1923-1924-1925)
Pasukan yang pernah juara hatrik – Selangor & Kuala Lumpur
Pasukan bersatus kelab pertama juara – MPPJ Selangor (2004)
Singapura layak ke finale 20 tahun berturut2, Juara 14 kali & naib juara 16 kali. (tahun 1921-1941)
Singapura juara pertamakali sebagai negara tahun 1965, setelah keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun yg sama.
Singapura juga juara kali terakhir 1994 sebelum menubuhkan Liga Singapura pada 1995.

Masa tambahan pertama dalam finale – 1977 Singapura 2-2 Penang .. after extratime Singapura 3-2 Penang.
Gol emas pertama perlawanan akhir – Selangor 1-0 Pahang (1995)
Gol emas terakhir perlawanan akhir – Selangor 1-0 Sabah (2002) [sekarang gol emas telah dimansuhkan oleh FIFA]
Penalti pertama perlawanan akhir – Selangor 0-0 Sabah, penalti 5-4 (1996)
Dua pasukan berkongsi juara – Selangor & Singapura kali pertama 1928 & kali terakhir 1929.
Pasukan yang sekadar naib juara aje – Sabah, ATM, Kelantan, Sarawak.
Pasukan yang belum masuk final lagi – Melaka, PDRM & lain2 kelab.

Allahyarham Mohktar Dahari membantu Selangor juara 10 kali (1972-1986)
Penjaring terbanyak finale – Abdul Ghani Minhat dgn 4 gol (1961)
Penjaring-penjaring hatrik finale –
Ghani Minhat, Selangor 4 gol (1961),
S.Thanabalan, Selangor (1968),
Ervin Boban, Johor (1991),
Abbad Saad, Singapura (1994),
Juan Manuel Aristegui, MPPJ (2003),
Bambang Pamungkas, Selangor (2005).

Jaringan terbanyak finale – 10 goal, Singapura 8-2 Selangor (1933)
Jurulatih import memimpin pasukan juara 3 kali – Ken Worden, Selangor – (1995,1996,2002)
Pemain import membantu pasukan juara hatrik – Mehmet Durakovic, Selangor (1995,1996,1997)
Tahun 1964 Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama dimana Singapura menang menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.

Gelanggang finale sebelum pembinaan Stadium Merdeka –
Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka),
Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh
Jalan Rifle Range (Singapura)
Jalan Anson (Singapura).

Tahun 1994 – 1997, Stadium Shah Alam (kapasiti 80 ribu) menjadi venue finale.
1998 – 2007, Stadium Nasional Bukit Jalil, KL (kapasiti 100 ribu) menjadi venue finale rasmi.

Pemenang Piala Malaysia/Piala Malaya
1921 Singapore 2-1 Selangor [Oct 1, 1921]
1922 Selangor 3-2 Singapore
1923 Singapore 2-1 Perak
1924 Singapore 1-0 Selangor
1925 Singapore 2-1 Selangor [first final played in Singapore]
1926 Perak 1-0 Singapore
1927 Selangor 8-1 Singapore [also reported 8-2]
1928 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared]
1929 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared]
1930 Singapore 3-0 Selangor
1931 Perak 3-1 Singapore
1932 Singapore 5-3 Selangor

Piala HMS
1933 Singapore 8-2 Selangor
1934 Singapore 2-1 Penang
1935 Selangor 3-2 Singapore
1936 Selangor 1-0 Singapore
1937 Singapore 2-1 Selangor
1938 Selangor 1-0 Singapore
1939 Singapore 3-1 Selangor
1940 Singapore 2-0 Kedah
1941 Singapore 2-1 Penang
1942 not played
1943 not played
1944 not played
1945 not played
1946 not played
1947 not played
1948 Negeri Sembilan 2-2 Selangor [also reported 1-1]
repeat Negeri Sembilan 2-1 Selangor

1949 Selangor 3-2 Tentera [aka Army/Navy]
1950 Singapore 2-0 Penang
1951 Singapore 6-0 Perak [also reported 6-1]
1952 Singapore 3-2 Penang
1953 Penang 3-2 Singapore
1954 Penang 3-0 Singapore
1955 Singapore 3-1 Kelantan
1956 Selangor 2-1 Singapore
1957 Perak 3-2 Selangor
1958 Penang 3-3 Singapore
rep Penang 3-1 Singapore
1959 Selangor 4-0 Perak
1960 Singapore 2-0 Perak
1961 Selangor 4-2 Perak
1962 Selangor 1-0 Penang
1963 Selangor 6-2 Penang
1964 Singapore 3-2 Perak [also reported 6-0]
1965 Singapore 3-1 Selangor
1966 Selangor 1-0 Tentera

Piala Malaysia
1967 Perak 2-1 Singapore
1968 Selangor 8-1 Penang
1969 Selangor 1-0 Penang
1970 Perak 2-0 Kelantan
1971 Selangor 3-1 Perak
1972 Selangor 3-0 Perak
1973 Selangor 2-1 Terengganu
1974 Penang 2-1 Perak
1975 Selangor 1-0 Singapore
1976 Selangor 3-0 Singapore
1977 Singapore 3-2 Penang [aet]
1978 Selangor 4-2 Singapore
1979 Selangor 2-0 Singapore
1980 Singapore 2-1 Selangor
1981 Selangor 4-0 Singapore
1982 Selangor 1-0 Terengganu
1983 Pahang 3-2 Selangor [aet]
1984 Selangor 3-1 Pahang
1985 Johor 2-0 Federal Territory
1986 Selangor 6-1 Johor
1987 Kuala Lumpur 1-0 Kedah
1988 Kuala Lumpur 3-0 Kedah
1989 Kuala Lumpur 2-1 Kedah
1990 Kedah 3-1 Singapore
1991 Johor 3-1 Selangor
1992 Pahang 1-0 Kedah
1993 Kedah 2-0 Singapore
1994 Singapore 4-0 Pahang
1995 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1996 Selangor 1-1 Sabah [asdet, 5-3 pen]
1997 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1998 Perak 1-1 Terengganu [asdet, 5-3 pen]
1999 Brunei 2-1 Sarawak
2000 Perak 2-0 Negeri Sembilan
2001 Terengganu 2-1 Perak
2002 Selangor 1-0 Sabah [asdet]
2003 Selangor MPPJ 3-0 Sabah
2004 Perlis 1-0 Kedah
2005 Selangor 3-0 Perlis
2006 Perlis 2-1 Negeri Sembilan

Pemenang berapa kali

32
Selangor (2 shared)

24
Singapore (2 shared)

7
Perak

4
Penang

3
Kuala Lumpur

2
Johor
Kedah
Pahang
Perlis

1
Negeri Sembilan
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ Selangor)
Brunei
Terengganu

Bawalah Hatimu Pulang Ke Asalnya


Sepetang yang Mendebarkan di Antrim”Assalamualaikum. Saya perlukan bantuan Imam.”, Abdellah menahan saya di pintu masjid selepas Solat Asar. “Waalaikummussalaam. Insya Allah semampu yang mungkin, saya cuba membantu. Apa masalahnya, brother?”, saya berhenti sambil merenung langit yang gelap dipintas awan mendung.

“Saya mahu mengajak Imam ke rumah saya. Saya harap Imam dapat membantu abang saya.”, jawab Abdellah. Beliau merupakan salah seorang jamaah yang bersolat di masjid kami.

“Eh saya tak pernah tahu pun yang kamu ada adik beradik di sini. Kenapa dengan abang kamu?”, saya agak terkejut kerana biasanya Abdellah hanya kelihatan bersama kawan-kawannya sahaja.

“Ya, dia sudah lama di Belfast. Sekarang ni dia semacam ada masalah. Sentiasa berkurung di dalam bilik. Selalu menangis dan kadang-kadang menjerit tak tentu hala hingga menakutkan kami.”, Abdellah menjelaskan kepada saya. Kerut dahinya memahamkan saya bahawa permintaannya mesti saya penuhi.

“Mungkin dia kena rasuk jin agaknya, Imam!”, ujarnya lagi.

“Hmm, saya tidak pandai dan tiada pengalaman dalam hal ini. Tetapi kita tawakkal sahaja kepada Allah. Bila kamu mahu saya ke rumah kamu?”, saya bertanya.

“Sekarang!”, Abdellah menarik tangan saya menuju ke keretanya. Belfast Lough sentiasa sibuk dengan kapal dan feri.

Perjalanan ke Antrim petang itu memakan masa hampir sejam. Pandangan mata saya terlepas jauh ke Belfast Lough yang sesekali ombaknya bergelora dipukul badai musim sejuk. Kelihatan sayup-sayup, kren Harland & Wolff (H&W) meratah usia tua selepas pernah gemilang membina kapal Titanic yang kononnya tidak mungkin dapat ditenggelamkan walau pun oleh Tuhan! Hati saya resah.

Apakah yang bakal saya hadapi petang ini? Saya tidak mempunyai pengalaman menghadapi kes-kes merawat orang yang dirasuk jin. Terdetik juga rasa `sesal’ di hati. Susahnya menjadi Imam di Belfast. Usia saya baru 26 tahun. Tetapi disebabkan oleh tugas saya sebagai Imam tunggal dan pertama di sini, saya terpaksa mengendalikan pelbagai tugas yang terlalu besar untuk `budak hingusan’ seperti saya ketika itu.

Ada yang datang mengadu masalah rumah tangganya kepada saya. Walhal ketika itu, saya baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Kebanyakan kes rumah tangga yang menyedihkan saya ialah apabila lelaki Muslim berbangsa Arab atau Pakistan berkahwin dengan perempuan Kristian, menggunakan peruntukan berkahwin dengan Ahli Kitab. Tetapi motifnya hanya satu, untuk mendapatkan kerakyatan Britain. Perempuan-perempuan ini sering ditinggalkan begitu sahaja, selepas 4 tahun perkahwinan, suami hilang bersama sekeping pasport Britain yang disangkakan lesen kebahagiaan dunia. Kepala saya berserabut menghimpun statistik.

Abdellah memandu keretanya dengan tenang. Lebuhraya Belfast ke Antrim sesak dengan kenderaan orang ramai pulang dari tempat kerja masing-masing. Saya dan Abdellah tidak banyak berbicara. Masing-masing sedang tenggelam dalam fikiran yang berkecamuk. Seperti trafik di M2 pada petang itu. Hati saya semakin berdebar dan akhirnya, selepas melewati bulatan ke lapangan terbang, saya tiba di rumah Abdellah.

Saya dipersilakan masuk oleh Abdellah ke dalam rumah. Nampaknya sangat cozy walaupun taste Arab masih dapat dikesan daripada perabut-perabutnya yang bercat kuning emas.

“Ya Allah, aku gagahkan sahaja diri ini demi membantu hamba-Mu. Berilah aku perlindungan dan aku bertawassul dengan niatku yang mahu membantu hamba-Mu ini semata-mata kerana-Mu ya Allah”, saya duduk di atas sofa. Cahaya rumah itu suram dan malap, seperti ahlinya.

Abdellah membawa turun abangnya dari tingkat atas. Beliau diperkenalkan sebagai Ali. Saya terpaku melihat mukanya.

Petang itu saya melihat wajah yang amat menggusarkan hati saya. Entahlah, sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Semacam ada awan hitam yang menyelaputi mukanya sehinggakan mata saya rasa kurang berdaya untuk menatap wajah Ali. Air mukanya bercampur baur antara dendam, sedih dan marah. Keliru barangkali…

“Assalamualaikum Brother Ali. Nama saya Abu Saif”, saya menghulurkan tangan.Ali menyambut lemah. Semacam ada kedinginan padanya menerima kedatangan saya.

“Izinkan saya untuk membantu. Saya tidak punya apa-apa namun kita sama-sama mohon bantuan dari Kuasa di atas sana. Yang Sentiasa Memerhatikan kita.”, saya cuba memulakan perbualan.

Sepi.

Ali tidak memberikan sebarang respon. Pandangan matanya banyak tertumpu ke lantai.

“Ali, saya akan bacakan beberapa petikan ayat al-Quran perlahan-lahan. Kamu cuba ikut saya pada mana-mana ayat yang kamu tahu.”, saya memohon kerjasamanya. Abdellah menepuk-nepuk belakang abangnya agar menurut arahan saya.

“Kami mohon perlindungan dengan-Mu ya Allah, dari syaitan yang terkutuk lagi tercela. Aku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih…”, saya memulakan bacaan.

Saya yakin, ayat-ayat dan zikir yang saya amalkan dari himpunan al-Ma’thurat, adalah bekalan terbaik yang boleh saya gunakan. Apakah ada yang lebih baik daripada apa yang menjadi amalan dan kebiasaan Nabi SAW sendiri?

Saya membaca dari satu petikan surah ke surah yang lain. Kadang-kadang pada ayat yang saya rasakan penting untuk di’rasa’ maknanya, saya ulang ia beberapa kali.

Saya nampak ada sedikit perubahan di wajah Ali. Kalau tadinya, wajah beliau seakan-akan tiada perasaan, mula terbit kemerah-merahan di bawah matanya. Tangannya sedikit ketar dan tiba-tiba, matanya menumpahkan tangisan seperti anak kecil yang merengek kelaparan.

Saya meneruskan bacaan sambil menepuk-nepuk belakang tangannya yang saya genggam.

“Sabar ya akhi. Mintalah bantuan dari Allah. Kita ini hamba-Nya.”, saya cuba menyabarkan Ali.

Air matanya terus turun melimpah-limpah. Ketika sampai kepada firman Allah di penghujung surah al-Baqarah, saya berhenti seketika…

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hitung kami sebagai bersalah, jika kami lupa atau kami tersilap. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap mereka yang kufur terhadap-Mu”.

Bibir Ali terkumat kamit seakan-akan cuba mencari kembali ingatannya kepada ayat yang saya bacakan itu. Beliau merenung mata saya semacam memberitahu bahawa di hadapan saya ada seorang manusia yang sedang tenggelam di pusar air. Bagai terbaca di matanya jeritan meminta pertolongan. Saya sedih…

Tidak banyak yang saya lakukan petang itu. Hanya al-Ma’thurat yang menjadi bekal. Selepas kami berdoa, Ali bangun dan naik ke tingkat atas rumah. Sendunya masih terdengar sayup-sayup di bilik atas.

“Terima kasih Imam atas pertolongan kamu!”, kata Abdellah.

“Brother, janganlah berterima kasih kepada saya. Saya tidak berbuat apa-apa. Apa yang saya buat, hanyalah membacakan kembali kepada abangmu kata-kata Tuhannya yang mungkin sudah lama dia tinggalkan. Abangmu Ali bersolat?”, saya cuba mencungkil asal usul masalah yang membelenggu ahli rumah itu.

“Tidak. Tidak pernah saya melihat dia bersolat. Kami tiba ke Belfast dari Algeria sudah lebih 4 tahun yang lalu. Abang saya nampaknya semacam terkena kejutan budaya. Dia tidak pernah solat, tidak pernah ke masjid, dia minum arak, malah…”, saya memberhentikan kata-kata Abdellah.

“Tak apalah saudaraku. Kesilapan-kesilapan yang lalu biarkan ia berlalu. Bak kata orang Arab, wa maa faaata faat, wa man maata maat. Yang sudah lepas, biarkan ia berlalu, yang telah mati, biarkan ia mati. Mulakan sahaja hidup baru”, saya tidak mahu keaiban Ali diceritakan kepada saya.

Saya mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan Abdellah bahawa jasad fizikal kita mungkin tidak terasa dengan dosa. Tetapi hati, roh dan jiwa kita terseksa.

“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah.”, saya menamatkan bicara di situ.

Jam di tangan sudah menunjukkan tepat jam 5 petang. Waktu Maghrib sudah pun masuk dan saya mengajak Abdellah bersolat jemaah bersama. Beliau cuba mengajak abangnya sama tetapi Ali enggan turun.

“Dia menyuruh kita bersolat dulu, Imam”, kata Abdellah kepada saya.

“Tak apa, Insya Allah kita berbaik sangka. Mudah-mudahan hatinya terbuka untuk kembali bersolat.”, saya tersenyum dan Abdellah mengangguk setuju.

Jumaat itu, Ali muncul di masjid buat kali pertama semenjak beliau tiba di Belfast. Saya sempat melemparkan senyuman kepadanya ketika menyampaikan khutbah. Segala puji bagi-Mu ya Allah. Tuhan yang lebih suka Mengampunkan hamba-Nya daripada Mengazab mereka.

Kisah ini muncul semula di fikiran saya, ketika saya, Muna dan Saif berkunjung ke Istanbul pada Disember 2003. Ketika azan dilaungkan, tiba-tiba hati saya menjadi pilu dan timbul rasa hairan di fikiran saya…, “apakah yang ganjilnya ini?”

Barulah saya tersedar, sudah lebih 3 tahun saya tidak mendengar kalimah Tauhid berkumandang di udara. Walaupun di masjid, ada azan yang dilaungkan, namun ia hanya di dalam kawasan masjid. Perasaan menghayati dan mendengar puji puja kepada Allah berkumandang di seluruh ruang udara, adalah terlalu indah.

Allah, selama ini tidak pernah saya sedari, bahawa di dalam jiwa saya berlaku suatu kekosongan. Rindu kepada laungan azan berkumandang di udara, tidak saya sedari sehinggalah seribu menara masjid di Istanbul membelah langit dengan kalimah yang mengagungkan Ilahi.

Sesungguhnya nilai sesuatu sering kita abaikan. Sehinggalah ia hilang dari genggaman, baru kita tersedar akan kehilangannya. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. Tiada lagi peluang menyelamatkan diri…

Jangan seksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa `dekat’ dengan Allah…

Dekatilah masjid wahai anak perantau!

 

Masjid al-Aqsa Diancam Zionis Kristian


Ketika umat Islam sedunia memuncak berang terhadap usaha Rejim Zionis merobohkan sebahagian daripada pintu Magharibah, Rejim Zionis telah membuat helah. Usaha merobohkan pintu tersebut dan juga ruang jalan menuju ke pintu berkenaan dianggap sebagai usaha menyelamatkan keadaan.Menurut dakwaan mereka, kawasan pejalan tersebut telah retak dan ditakuti akan roboh. Mereka juga menempelak kaum muslimin yang didakwanya sebagai emosional dan tidak rasional. Malang sekali bagi mereka apabila seorang pakar geologi Yahudi di Israel, Meir Ben Dove telah mendedahkan makar sebenar rejim berkenaan.

Di dalam laporan oleh akhbar Haarezt berbahasa Yahudi di Israel beberapa hari selepas peristiwa pintu Magharibah, Ben Dove telah membentangkan perkara tersebut di dalam satu mesyuarat khas di knesset Rejim. Beliau yang juga merupakan penulis buku “In the Shadow of the Temple” dengan tegas mendedahkan makar pihak yang bertanggungjawab di sebalik usaha perobohan berkenaan. Tujuan utama mereka menurut Ben Dove, adalah untuk membina kawasan sembahyang untuk wanita Yahudi di Tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa (Tembok Meratap). Usaha berkenaan juga bertujuan untuk menukarkan kawasan solat kaum Muslimin kepada tempat ibadat kaum Yahudi.

Langkah Rejim Zionis ini bukanlah baru. Tujuan segala usaha dan kerja mereka berkaitan dengan Masjid al-Aqsa juga sememangnya mempunyai agenda yang tetap dan jahat. Tujuan utama mereka adalah untuk merobohkan masjid dan menggantikannya dengan kuil Yahudi yang mereka panggil sebagai Haychal ataupun Beit HaMikdash. Sedikit demi sedikit usaha yang mereka lakukan akan berakhir dengan pembinaan kuil tersebut. Semenjak tahun 1967 lagi usaha tersebut telah berjalan. Bemula dengan perampasan tembok barat masjid yang ditukarkan menjadi “Kotel” ataupun tembok meratap, sehinggalah kepada apa yang berlaku hari ini. Menurut Grase Halsell di dalam artikel beliau “The Hidden Hand of the Temple Mount Faithful”, dari tahun 1967 sehingga tahun 1990 sahaja, lebih kurang 100 kali percubaan menceroboh masjid al-Aqsa oleh tentera Rejim yang bersenjata telah berlaku.

Dari tahun 1967 juga sehingga kini, Rejim juga bertanggungjawab menggali terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa. Di samping usaha ke atas masjid, mereka juga telah berusaha mengYahudikan kawasan kota lama Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Selain daripada merobohkan rumah-rumah warga Palestin, mereka juga telah membina penempatan-penempatan Yahudi di dalam kota berkenaan.

Tujuan segala usaha dan kerja rejim Zionis berkaitan dengan Masjid al-Aqsa juga sememangnya mempunyai agenda yang tetap dan jahat.

Di dalam buku “al-Aqsa di dalam Bahaya”, penulisnya Maszlee Malik telah membawakan artikel-artikel mengenai usaha Rejim Zionis dan juga puak pelampau Yahudi untuk merobohkan masjid. Semua onar tersebut dijalankan secara tersusun, perlahan dan penuh strategi. Perampasan tembok Buraq (tembok meratap), perampasan kawasan penempatan kaum Muslimin di Magharebah, pembinaan lapangan kotel, penggalian terowong, pembinaan muzium di bawah masjid, pembinaan kuil Yahudi di dawah masjid, pengusiran rakyat Palestin dari kota lama Baitul Maqdis, perisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu kota abadi dan 1001 lagi usaha mereka untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa dikemukan di dalam buku tersebut.

Di dalam buku “Christian Zionism: Road-map to Armagedon”, penulisnya, Stephen Sizer telah membawa dimensi yang menarik. Jika ramai yang marahkan kaum Yahudi Zionis di atas usaha jahat mereka, beliau pula menyalahkan kaum Kristian Zionis. Di dalam thesis PhD beliau yang kemudiannya dicetak menjadi buku tersebut, beliau telah membawa bukti-bukti yang menyokong pendapatnya. Peranan International Church Embassy Jerusalem (ICJ), Christian Friends of Israel (CFI), Jewish for Jesus (JFJ), Church’s Ministry among Jewish People (CMJ), gereja Evengelist, tokoh-tokoh mereka seperti Jerry Falwell, Pat Robertson, Hal Lindsey, ahli-ahli politik seperti Ronald Reagen, Bush dan lain-lain lagi di dalam menyokong Rejim Zionis dan usaha mereka telah didedahkan.

Usaha berterusan bantuan dari kumpulan-kumpulan tersebut untuk usaha membina kuil pun telah didedahkan secara terperinci dengan bukti-bukti yang kukuh. Menariknya, kesemua bukti-bukti tersebut bukanlah sesuatu yang dirahsiakan. Samada ianya di dalam bentuk penulisan seperti karya-karya Lindsey, LaHaye, ataupun di dalam majalah-majalah mereka, ataupun melalui program-program dan ceramah-ceramah di Televisyen Kristian di AS, kesemuanya bukanlah rahsia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah kepentingan kaum Kristian di sebalik pembinaan kuil “Haychal” tersebut. Bukankah Kristian lebih mementingkan gereja. Tidak cukupkah gereja “Nativity” di Baitul Maqdis yang dianggap sebagai salah satu tempat suci mereka?

Tujuan utama mereka adalah untuk merobohkan masjid dan menggantikannya dengan kuil Yahudi yang mereka panggil sebagai Haychal ataupun Beit HaMikdash.

Bagi mereka yang mempunyai persoalan sedemikian rupa, mereka masih belum mengenali siapakah Zionis Kristian ini. Di dalam buku Sizer, sepertimana juga di dalam tulisan-tulisan Micheal Prior dan juga Dan Sherbok, beliau telah memperkenalkan siapakah golongan Zionis Kristian. Mereka adalah sekumpulan penganut agama Kristian dari mazhab “Protestant”. Mereka mempunyai aqidah “Doomsday” yang begitu diimani sehingga membezakan mereka dari mazhab-mazhab Kristian yang lain. Aqidah inilah yang telah membawa kaum Yahudi ke Palestin. Aqidah ini jugalah yang telah menubuhkan negara “Israel”. Aqidah inilah yang telah mencorakkan dasar luar AS sejak dari penubuhan negara “Israel”. Aqidah ini jugalah yang telah mencorakkan politik di Timur Tengah. Apakah aqidah tersebut?

Mereka beriman bahawa menjelang hari kiamat, Jesus (Nabi Isa A.S.) akan muncul ke bumi ini. Beliau akan membunuh Anti-Christ dan akan membawa keamanan kepada dunia selama seribu tahun (The Happy Milleneum). Beliau juga akan mengkristiankan semua penduduk dunia. Namun, kedatangan beliau mempunyai syarat-syarat. Syarat pertama, Kaum Yahudi hendaklah berkumpul di bumi Palestin untuk membina negara mereka. Nabi Ibrahim di dalam kitab Perjanjian Lama yang berbunyi: “Unto thy seed will I give this land” (Dan kepada keturunanmu akan kuberikan tanah ini), Genesis 12:7.

Dalam Genesis 13:15 pula, “tanah” yang dijanjikan itu diperincikan sebagai: “All the land which thou seest to thee will I give it and to thy seed for ever” (Seluruh tanah ini yang dapat kamu lihat sehingga kepadaKu akan ku berikan kepada keturunanmu selama-lamanya) ketika Nabi Ibrahim berdiri di atas bukit berdekatan dengan Bethel.

Lebih terperinci lagi, di dalam Genesis 15:18 ada menyebutkan: “Unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river Euphrates”.(Untuk keturunanmu Aku telah berikan tanah ini, dari sungai Mesir (Nil) sehinggalah ke sungai besar Euphrates)

Penubuhan negara tersebut tidak akan lengkap tanpa pembinaan kuil (Haychal) sepertimana ianya wujud di zaman Jesus dahulu. Sesudah itu mereka meramalkan peperangan besar akan berlaku di antara kaum Yahudi dan kaum Arab (Muslim). Peperangan besar tersebut dinamakan sebagai “Armagedon”. Menurut aqidah mereka, kaum Yahudilah yang akan memenangi peperangan tersebut. Pada waktu itulah Jesus akan turun ke bumi dan akan mengKristiankan bangsa Yahudi. Selepas itu berlakukah keamanan dan kasih sayang di dunia selama seribu tahun.

Kegilaan untuk merealisasikan aqidah ini bukanlah sesuatu yang rahsia. Bagi golongan Evangelist di AS, ianya menjadi misi “suci” mereka. Micheal Prior di dalam bukunya “Speaking The Truth” telah mendedahkan rancangan kumpulan tersebut. Evangelist tidak bersendirian, gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai misi Zionis seperti mereka turut bersikap pro-aktif. Selain daripada menguasai polisi luar AS terhadap rantau Asia Barat, mereka juga menyalurkan dana yang banyak kepada Rejim Zionis Israel untuk tujuan mengYahudikan Baitul Maqdis dan merobohkan Masjid al-Aqsa. Hubungan rapat kumpulan-kumpulan Zionis Kristian dengan kumpulan Ultra Ortodoks Yahudi di Baitul Maqdis bukanlah rahsia. Hal yang sama telah disinggung oleh Dan Sherbok penulis buku “The Politics of Apocalypse”.

Walaupun Rejim Zionis tahu bahaya yang akan timbul jika mereka melakukan sesuatu ke atas Masjid al-Aqsa, namun sokongan dan juga dana yang mereka terima dari kumpulan-kumpulan Zionis Kristian mengaburi itu semua. Pendokong-pendokong Zionis Kristian yang berjumlah lebih 100 juta di seluruh dunia itu dianggarkan akan menjadi sumber pelancongan yang amat lumayan bagi negara Rejim. Di atas dasar inilah mereka berterusan dengan polisi menindas kaum Arab Palestin agar meninggalkan kota Baitul Maqdis. Jika terbinanya kuil nanti, Rejim menjangkakan hasil dari pelancongan dan bantuan dari para penganut faham Zionis Kristian akan datang mencurah-curah.

Ke manakah jugakah deklarasi Putrajaya oleh OIC berhubung Masjid al-Aqsa pada 16-17 Oktober di Putrajaya yang lalu ?

Penggalian di bawah pintu al-Magharibeh dan juga pemusnahan jalan menuju ke pintu tersebut juga adalah sebahagian dari konspirasi ini. Rejim Zionis yang telah melakukan usaha secara perlahan tetapi berterusan amat licik di dalam memastikan perancangan mereka berjalan lancar. Semenjak tahun 1967 lagi, pelbagai usaha telah dilakukan. Peristiwa pintu Magharibeh ini hanyalah sebahagian daripada usaha-usaha mereka yang terdahulu. Penggalian terowong di bawah masjid, keretakan tembok masjid, perampasan tembok Buraq yang ditukarkan menjadi tembok meratap. Pembinaan muzium dan juga synagogue (tempat ibadat Yahudi) di lapis bawah masjid, proses membina penempatan Yahudi di Kota lama Baitul Maqdis, usaha merampas tanah umat Islam dan perobohan kawasan penempatan Arab. Perluasan kawasan tembok meratap, percubaan meletupkan al-Aqsa dan lain-lain usaha lagi. Kesemuanya menjurus kepada satu matlamat, iaitu untuk merobohkan masjid dan membina kuil. Lesemuanya adalah untuk menyambut “kedatangan Jesus”. Kesemuanya merupakan usaha jahat kumpulan Zionis Kristian dengan usahasama Rejim Zionis Yahudi dan kumpulan Ultra Ortodoks Yahudi.

Persoalannya, ke manakah umat Islam dan para pemimpin negara-negara Islam. Ke manakah jugakah deklarasi Putrajaya oleh OIC berhubung Masjid al-Aqsa pada 16-17 Oktober di Putrajaya yang berbunyi seperti berikut:

“The Heads of State or Government, as the leaders of the Islamic Ummah,reaffirmed the centrality of the cause of Al-Quds Al-Sharif and Palestine to the entire Ummah. They reaffirmed that, as the first Qiblah and the third holy sanctuary, Al-Haram Al-Sharif and Al-Quds Al-Sharif, as blessed by God, shall forever remain Islamic. They stressed the necessity for Al-Quds Al-Sharif and its holy places to be under Palestinian sovereignty, paving the way for true freedom of worship by the believers of all three monotheistic religions and for a genuine reconciliation and lasting peace in the Middle East region”.

Dan kemudiannya di para ketujuh dinyatakan:

” The Heads of State or Government reaffirmed their commitment to ensuring the sanctity, dignity and Islamic nature of Al-Haram Al-Sharif and striving for the sovereignty of Al-Quds Al-Sharif as the capital of the State of Palestine”.
Apakah para pemimpin umat Islam hanya mampu “mengutuk” dan “menyuarakan bantahan” semata-mata?

Bilakah agaknya segala kutukan dan suara tersebut boleh diterjemahkan kepada tindakan?

Atau, mungkin para pemimpin negara OIC perlu belajar daripada kumpulan-kumpulan Zionis Kristian bagaimana cara bertindak?

Apakah di kala itu nanti, Masjid al-Aqsa hanya menjadi sejarah yang hanya akan dikenang lewat gambar-gambar di waktu silam?

Apakah juga, mungkin anak-cucu kita akan melaknati kita kerana kelembapan umat Islam pada abad ini untuk mempertahankan Masjid ketiga suci, kiblat pertama dan juga bumi Israk dan Mikraj Rasulullah SAW?

Segalanya di tangan kita! ”

*bukan semua mazhab kristian yang menyokong zionis. ada yang menentang ideology zionis yang diserapkan dalam mazhab protestant.
.

penulis artikel adalah Maszlee Malik

 

Adab-Adab Dan Cara Makan Yang Baik


1. Makan hanya bila terasa lapar.

2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.

3. Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”

4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.

8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu. Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.

9. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.

10. Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.

11. Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.

Ilusi Ekonomi Ciptaan Kalimullah dan Khairy Jamaluddin


Oleh: KuntaKinte Malaysia
Selama seminggu kumpulan akhbar yang “dikuasai” oleh Datuk Kalimullah Hassan (yang dikaitkan dengan skandal penggabungan ECM LIbra – Avenue Capital Resources Berhad), The New Strait Times Press (NSTP) mengembar-gemburkan beberapa penyata ekonomi yang cukup memberangsangkan. 

Selain mendakwa nilai dagangan Malaysia mencatat RM 1 trillion, peningkatan di Bursa Saham Kuala Lumpur yang begitu besar, pelaburan asing dan domsetik berjumlah RM 40 billion, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi sejak 1998 diuar-uarkan sebagai satu kejayaan besar ekonomi negara.

Malangnya, dengan tiba-tiba segala cubaan untuk mewujudkan feel good factor (meminjam frasa NTV7 dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin) terhadap suasana ekonomi hari ini menjadi kelam kabut.

Bukan sahaja pembangkang, malah ramai rakyat dan usahawan tidak mempercayai fakta ini. Adalah mustahil untuk kerajaan sanggup menipu fakta-fakta yang ada kerana ia akan menjejaskan kredebiliti kerajaan kemudian hari. Itu pun jika kerajaan hari ini amsih dipercayai umum setelah pelbagai keputusan tunggang-langgang yang boleh berubah dalam masa beberapa bulan.

Mengapa rakyat tidak percaya dengan fakta-fakta ini sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II dan Naib Ketua Pemuda UMNO terpaksa diperuntukkan sekian banyak ruang untuk mempertahankan fakta-fakta ini?

Sungguh melucukan, kerana sepatutnya spin doctors yang menyelamatkan boss, tapi kini jadi terbalik, boss pula yang menyelamatkan para pakar propaganda ini.

Hakikat utama mengapa semua ini tidak dipercayai rakyat ialah kita tidak merasa apa yang mereka nyatakan.

Mereka mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan terbaik sejak tujuh, lapan tahun lalu. Malangnya, rakyat makan gaji, usahawan kecil dan sederhana merasakan tiga tahun terakhir hampir sama perit dengan 1998.

Gaji tidak meningkat, jualan runcit tidak meningkat tetapi harga barang naik, tol naik, petrol naik dan kadar pinjaman asas (BLR) turut naik. Semuanya naik dengan kadar yang banyak. Justeru di mana kemakmuran ekonomi yang dilaungkan?

Padahnya memaparkan statistik yang dimanipulasi ini ialah rakyat semakin hilang kepercayaan kepada cakap-cakap kerajaan dan media massa pro UMNO.

Mungkin ada kenaikan seperti yang didakwa dalam FDI dan juga nilai dagangan. Tapi aneh sekali mengapa kenaikan yang kononnya cukup besar ini tidak terasa kepada rakyat? Rakyat lebih tertanya-tanya apabila jumlah-jumlah angka yang diberi ialah dalam jumlah RM bukannya Dollar seperti kebiasaannya. Apakah terdapat manipulasi fakta di sini berikutan kelemahan nilai Dollar sekarang ini?

Kenaikan BSKL

Kenaikan BSKL sememangnya tidak dapat dinafikan dan tidak menghairankan. Ini kerana kerajaan membenarkan kembali spekulasi pasaran saham. Kebenaran ini sedikit sebanyak membantu kenaikan BSKL. Selain itu trend kenaikan ini amat global sekali sehinggakan indeks Nikkei Jepun turut mencatatkan paras tertinggi sejak beberapa minggu lalu.

Namun terdapat juga keraguan bahawa apakah aliran masuk ini tulen atau banyak dibantu oleh dana-dana KWSP dan Khazanah melalui pengurus dana asing yang kemudiannya melaburkan semula di sini.

Misalnya, jika KWSP dan Khazanah memperuntukkan beberapa billion kepada pengurus dana asing dengan syarat mereka melabur kembali ke Malaysia ini akan dikesan sebagai pelabur asing. Adakah ia akan menguntungkan negara? Tidak. Yang untung hanyalah pengurus dana asing yang mengutip komisyen.

Sehingga beberapa bulan lagi, rakyat akan terus bersikap pesimis dan menanti sejauh mana benarnya fakta kerajaan.

Soalnya mampukah kerajaan mempertahankan momentum ini? Jika tidak apakah akan terjadi pecahan buih ekonomi seperti 1997. Dan jika ini berlaku masih adakah kemampuan kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara seperti 1997 jika benar dakwaan bahawa kenaikan statistik sekarang ini banyak dibantu oleh wang dalam negara sendiri tetapi berselindung di sebalik nama pengurus dana asing? Jangan nanti ketika itu, wang KWSP dan Khazanah sendiri yang terperangkap dalam kejatuhan BSKL.

Selebihnya, kenaikan BSKL tidak akan memberi apa-apa kesan ketara kepada rakyat biasa yang masih terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

Pelaburan Asing dan Tempatan

Laporan PBB mengenai FDI ke Malaysia juga amat berbeza dengan laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau NSTP.

Kerajaan juga melaporkan bahawa jumlah pelaburan asing dan tempatan meningkat sebanyak RM 40 billion. Tapi bukankah pada tahun lalu kerajaan meluluskan satu peruntukan berjumlah RM 46 billion kepada MITI untuk pelaburan dalam dan luar negara?

Apakah kita pasti bukan wang tersebut yang digunakan semula untuk melabur secara terus dalam negeri dan juga secara tidak langsung menggunakan pengurus dana asing seperti Standard and Poor dengan syarat mereka kembali melaburkan wang tersebut ke dalam Malaysia?

Kenaikan Nilai Dagangan

Sekali lagi isu ini menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai. Apakah kenaikan nilai dagangan ini disebabkan kelemahan Dollar atau sememangnya ia merupakan peningkatan kuantiti yang sebenar dan menyeluruh.

Jika ia hanyalah merupakan peningkatan akibat perubahan kedudukan nilai mata wang, maka sekali lagi peningkatan ini sebenarnya tiada signifikan kepada rakyat negara ini keseluruhannya. Dengan kata lain tidak wujud peluang kerja lebih masa, pembayaran bonus produktiviti sekaligus tidak mewujudkan kekuatan kuasa beli rakyat.

Kekuatan kuasa beli kita telah pun dibunuh melalui kenaikan mendadak harga petrol, BLR, Tol dan harga barang. Justeru apa sahaja kenaikan indikator ekonomi yang tidak menjurus kepada peningkatan produktiviti dan pendapatan dalam negara sebenarnya tiada makna sekali kepada kita semua.

Propaganda Murahan Makan Diri

Tujuan sebenar Kalimullah dan Khairy Jamaluddin mengusulkan propaganda ini hanyalah untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir dan menutup mulut bekas Perdana Menteri tersebut dari terus mengkritik kerajaan.

Malangnya, ia menjadi masalah besar bila fakta-fakta bombastik ini menimbulkan kemarahan rakyat. Jika kita lihat, Perdana Menteri mahu pun Timbalan Perdana Menteri tidak mengatakan sikap-sikap skeptikal ini datang dari pembangkang.

Ini bermakna laporan yang diterima mereka menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak menerima kenyataan propaganda ini. Tentulah rakyat berasa marah bila hidup mereka yang lebih susah dari 4 tahun lalu tiba-tiba didakwa jauh lebih baik. Apakah mereka terlalu bodoh untuk menilai sendiri kehidupan mereka?

Jika sesiapa yang membaca tulisan Khairy Jamaluddin dalam Mingguan Malaysia ahad lalu tentu berasa malu dengan penilaian yang beliau tulis.

Menantu Perdana Menteri ini, yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai anak muda yang brilliant, antara lain mendakwa kita perlu menerima kenaikan kos hidup dari semasa ke semasa. Beliau juga mendakwa bahawa kita harus bersyukur kerana Malaysia masih merupakan negara yang paling murah untuk didiami?

“Hakikatnya, ini bukanlah retorik yang tidak berasas. Inilah hakikat yang terbukti hasil kajian yang dilakukan oleh UBS, sebuah bank bertaraf dunia. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar termurah untuk didiami berbanding 71 bandar-bandar utama yang lain. Ini menunjukkan walaupun kerajaan berani untuk mengurangkan subsidi dan menerima pelbagai cemuhan, Malaysia masih lagi merupakan negara yang paling murah dari segi kos sara hidup.”

Yang tidak dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin kajian tersebut menggunakan sampel apa, responden mana dan untuk siapa?

Malahan kajian tersebut tidak pun mengatakan Kuala Lumpur negara paling murah. Sebaliknya ia menyatakan “Western shoppers, on the other hand, can pick up goods cheaply in Kuala Lumpur, Manama, Dubai and Kiev.”

Laporan inflasi (Indeks harga Pengguna) Kuala Lumpur oleh kajian yang sama juga menunjukkan peningkatan sekali ganda dari 1.1 (2003) kepada 3.0 pada 2006.

Adakah berlaku peningkatan ketara dalam pendapatan kita dari 2003 ke 2006?

Kesimpulan

Rakyat negara ini pernah berkorban, mengikat perut, malah ada yang menghulurkan sumbangan berjuta ringgit untuk mempertahankan ekonomi negara pada 1997. Justeru janganlah merendah-rendahkan pengorbanan rakyat negara ini.

Kami tiada masalah untuk bersusah payah bersama kerajaan jika keadaan memerlukan. Namun tentulah kami tidak rela bersusah payah bila melihat pelbagai isu kelemahan pentadbiran ekonomi dan skandal penggabungan syarikat-syarikat milik kerajaan berlaku sewenang-wenangnya dalam setahun dua ini.

Perlukah kami bersama kerajaan ini jika harga tol dinaikkan sesuka hati, janji tinggal janji dalam isu harga petrol (yang dulu dijanjikan akan turun jika pasaran kembali turun), kenaikan BLR yang tinggi menambah beban hutang, kelembapan ekonomi kerana tindakan “bodoh” kerajaan menangguh tanpa sebab, mengubah tanpa perlu dan membelanja sesuka hati kepada sektor yang tidak mengembangkan ekonomi, menarik balik janji memberi buku teks percuma, mengurangkan perbelanjaan Kementerian Pelajaran tetapi membeli kapal terbang harga beratus juta, memperbaiki Seri Perdana berpuluh juta, membaik pulih sebuah sekolah dengan harga RM 20 juta.

Lebih lagi kami ingin bertanya sampai bilakah kerajaan ini berdolak dalik dan bermain tarik tali dalam pelbagai dasar yang telah diumumkan.

Usah lagi mempertahankan isu ini. Buktikan bahawa semua ini fakta dan rakyat makin senang. Nescaya BN menang lagi pilihan raya akan datang. Sebaliknya jika terus berbangga tidak bertempat atas ilusi ekonomi ciptaan kerajaan ini, tidak mustahil sebahagian kerusi BN akan ternyah kepada pembangkang.

Note: Source: MyKMU

 

 

Akulah Mat Rempit


Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih.

  • Kisah Pertama:
    Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.

 

  • Kisah Kedua.
    Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light siol aje! Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat macam ape entah.. gelak pulak tu dia orang.

 

  • Kisah ketiga.
    Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzos motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tu tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lagi

 

Pic of the day


Ostriches stand in an enclosure at an ostrich farm in the village of Kozishche some 260 km (160 miles) from Minsk, in Belarus, February 3, 2007. A U.S. man was sentenced to five months in jail after he and a friend, acting on wounded pride, gunned down an ostrich that had kicked them as their female companions laughed, a newspaper reported on Saturday. (Yulia Darashkevich/Reuters)