Archive | Sunday, 4 May, 2008

Kehebatan Surah Al-Ikhlas


Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa”
2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.
4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
“Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

1. Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

2. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

3. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

4. Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

5. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

6. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat
Bacalah surat Al – Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari – harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

8. Terhindar dari fitnah dan siksa kubur
Bacalah surat Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang yang sakit itu lantas mati pada hari itu juga, maka insyAllah dia akan diselamatkan dari fitnah kubur

14 Ciri Ideal Majikan Nilai Calon


Kita akan meninjau apakah persiapan majikan untuk memilih calon sesuai diambil sebagai pekerja, yang mana akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada organisasi mereka.

Percayalah, kadangkala mereka juga pening kepala untuk memilih calon ideal kerana pemohon mungkin terlalu ramai atau sedikit sehinggakan merumitkan pemilihan. Kerumitan ini semakin bertambah kerana kurangnya calon yang mereka anggap ideal.

Jadi, untuk anda yang masih belum bekerja, mahu mencari pekerjaan lain atau kembali ke pasaran pekerjaan setelah lama “bersara”, tentukan bersiap sedia menghadapi cabaran ini. Oleh itu “tonjolkan diri anda” dari segala segi kerana ini akan membezakan anda dengan calon lain.

Salah satu proses perancangan sumber manusia ialah sesebuah organisasi perlu mencari, mengenal pasti dan menarik perhatian calon berwibawa untuk diambil sebagai pekerja mereka.

Pelbagai cara digunakan, antaranya melalui iklan, mencari dalam organisasi itu sendiri, agensi pekerjaan dan syarikat perundingan, minggu karier di sekolah dan di institusi pengajian tinggi (IPT), iklan web dan kadangkala rujukan pekerja mereka sendiri.

Setelah itu, calon difikirkan sesuai akan dipanggil temu duga. Ini untuk memastikan calon layak dipilih memegang jawatan ditawarkan. Biasanya, anda disuruh melengkapkan borang permohonan pekerjaan yang memerlukan butiran diri, ada yang ringkas dan tidak kurang pula menyeluruh.

Ada kalanya anda disuruh menjalani ujian kecerdasan, kemahiran mekanikal, bakat, ketangkasan, kecenderungan, kemampuan, perwatakan dan sebagainya. Ada pula organisasi menyediakan pusat penilaian bagi menguji calon dengan ujian simulasi, psikologi dan masalah realiti bisnes, biasanya untuk jawatan pengurus ke atas.

Kadangkala serentak ujian itu, anda akan ditemu duga. Cara ini bukan 100% tepat tetapi majikan boleh menilai kemahiran komunikasi, mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman pekerjaan, pengetahuan dan perwatakan calon.

Berbalik kepada ciri calon ideal, majikan akan meneliti dan membuat penilaian ketika proses pemilihan. Bagi graduan, ciri ini tidak asing lagi kerana sewaktu minggu induksi dan sepanjang masa di IPT, mereka telah didedahkan dan disuruh mempraktikkannya.

Sebahagian ciri itu adalah seperti berikut:

1. Kreativiti – perintis, unik, asli dalam menghasilkan idea/proses yang boleh digunakan.

2. Perspektif global – berfikiran terbuka, menyesuaikan diri dengan budaya dan mengekalkan jati diri, peka dengan isu dan kesan globalisasi, berpengetahuan luas.

3. Kepimpinan – keupayaan mendorong, memotivasi individu dan kumpulan ke arah visi dan matlamat yang sama, menjadi sumber rujukan, komunikasi tepat dan hebat, tegas dan mementingkan pelaksanaan tugas dengan jaya.

4. Inisiatif – mengambil tindakan cepat dan berdikari, memberi usul, cadangan dan tidak perlu disuruh.

5. Yakin diri – yakin dengan kemampuan, idea dan tindakan diri.

6. Bekerja dalam kumpulan – keupayaan membina kumpulan mantap berorientasikan hasil, komited dengan matlamat organisasi, meningkatkan sinergi.

7. Inovatif – memberi pembaharuan terhadap idea sedia ada sebagai penambahbaik atau nilai tambah.

8. Analitikal – mengumpul informasi relevan secara sistematik dan menganalisis serta membuat rumusan, memahami kompleksiti, menggunakan logik dalam penyelesaian masalah.

9. Kemahiran penyampaian secara formal – mampu menyampaikan maklumat dengan efektif serta menggunakan peralatan audiovisual terkini, berinteraksi dengan pelbagai penonton dan mengawal sesi soal jawab dengan baik.

10. Pemikiran strategik – mengambil kira faktor dalaman dan luaran dalam penyelesaian masalah serta membuat keputusan, mengenal pasti strategi kritikal dan membawa pulangan tinggi, menggunakan informasi pasaran serta saingan dengan bijak.

11. Berketerampilan – sahsiah diri yang sopan dan menarik, ikhlas, menarik dari sudut intra dan interpersonal dan menghormati orang lain.

12. IQ+EQ+SQ tinggi dan seimbang.

13. Keusahawanan – keupayaan meneroka, membangunkan perniagaan dan berani ambil risiko.

14. Berkomunikasi dengan baik – penyampaian lisan dan penulisan jelas, yakin dan mudah difahami.

Aplikasikan ciri di atas dalam kehidupan seharian, baik di tempat kerja mahupun di luar. Contohnya, dari segi kepimpinan, jika anda masih menuntut, latih diri dalam kepimpinan dengan baik – membuli, menghina, memperkecilkan pelajar lain, tidak menghormati orang lain dengan menjerit-jerit dan berkasar serta menggunakan bahasa kesat bukannya kepimpinan!

Sumber Berita Harian