Archive | Wednesday, 28 May, 2008

Berkata Tentang Cinta


Saya akan kongsikan seberapa banyak petua mencari cinta di sini sebagai pendorong motivasi untuk Anda. Saya dedikasikan untuk Anda semuanya supaya anda dapat bertemu dengan cinta yang dicari dan dapat sembuh dari luka dek dipermainkan cinta. Semuanya FREE saja, cuma nak kena rajin datang ke blog motivasi saya ni.

Ketahuilah kita sebagai manusia memang fitrahnya mahu kepada perkahwinan dan berpasang-pasangan. Yang masih belum bertemu jodoh, pasti tercari-cari panduan untuk membuat orang jatuh cinta.

Bila ditambah lagi dengan sifat peribadi yang mungkin agak pemalu, membuatkan mencari cinta dan mencari jodoh ni bagai mimpi di siang hari, susah nak buat.

Setiap orang mempunyai hak untuk dicintai, mencintai dan perlu mengetahui panduan tertentu supaya mudah dan cepat bertemu dengan cinta yang dicari.

Cinta Adalah Pendorong Emosi Yang Amat Kuat Untuk Menjadikan Seseorang Menjadi Cemerlang.


Ini memang realiti. Cinta, luas skopnya. Namun, di sini saya akan berkata tentang cinta di kalangan orang muda. Cinta dan kejayaan adalah untuk semua orang, tak kira rupa, pangkat, darjat mahupun taraf pendidikan dan kerjaya. Anda berhak untuk bercinta dan berjaya. Cinta dan kejayaan boleh datang seiringan. Malah, ramai pakar bersetuju, keduanya saling berkait. Ada orang bertanya pada saya, macamana nak buat orang jatuh cinta? Hmm, kalau ikut stail saya, hensemkan diri, mantapkan peribadi, mantapkan komunikasi dan perindahkan sahsiah dari dalam diri. Itu jawapan saya!

Owh, namun ada juga sebabnya mengapa orang tak ramai yang bercinta dan sukar mencari cinta. Sebab yang pertama, terlalu memilih. Biasanya orang yang terlalu memilih ni meletakkan kriteria tertentu untuk bakal pasangannya, antaranya kehenseman, kecantikan, pendidikan, kerjaya tetap dan pemilikan material ( termasuk ketebalan dompetnya).

Selagi tak jumpa orang yang ada kriteria macam ni, menyebabkan seseorang tu lambat bertemu jodoh dan sukar nak jatuh cinta ngan yang berkenan di hati. Ini tak salah, tapi jangan terlalu ketat pra syaratnya.

Kedua, sebab kerjaya. Mereka yang tergolong dalam hal ni biasanya tak nampak keperluan hidup berumahtangga. Selain tu, pada pendapat saya, mereka mahu menumpukan perhatian pada kerjaya dulu dan soal jodoh di letak ke tepi. Katanya, kalau ada jodoh, adalah. Kalau takde, takde lah. Erk..

Ada juga yang tak nak hilang kebebasan time bujang, sebab kalau dah bercinta ada pula orang yang akan kena di jaga, diambil hati dan di ambil berat. Kalau jenis yang malas nak ambil berat pasal orang lain, memang susah nak bercinta. Sebab, tak mahu terlibat dengan komitmen.

Waktu bujang senang, nak kemana takde sesiapa tanya dan nak buat apa takde siapa nak komplen, tak gitu? Bebas. Tambahan pula, bila dah bercinta, terbayang susahnya bila dah ada komitmen, masa untuk diri sendiri dah kurang bahkan hampir takde langsung.

Selain tu, mungkin sebab dah serik bercinta dan tak nak bercinta lagi. Terus terang saya juga ada rasa macam ni.

Sakit tau putus cinta ni! Bila dah putus cinta, jadi fobia dan kekecewaan yang pernah menimpa diri menjadi parut yang sukar nak disembuhkan.

Tapi, sunyi pulak kalau takde cinta. Tak bahagia, dan tak bersemangat rasanya. Takde siapa untuk bagi dorongan, semangat dan sokongan. Takde siapa yang boleh dijadikan teman rapat dikala berduka dan tiada siapa jadi pencetus ilham dikala cabaran maha hebat melanda diri Anda.

Cinta pada kekasih lain “getaran” nya, cinta pada kedua orang juga lain juga getarannya. Mana satu yang membuat anda rasa bahagia? Mestilah cinta pada kekasih hati. Ada sesiapa bersetuju?

Terima hakikat, cinta manusia takkan kekal. Ia memang cinta sementara yang ditakdirkan takkan kekal. Hanya cinta pada Allah jua yang kekal, hakiki dan tidak mengecewakan.

Namun, sebagai dorongan motivasi anggap setiap pengalaman pahit yang Anda alami sebagai salah satu cara Allah mendidik Anda supaya menjadi lebih gigih dan lebih cemerlang dalam kerjaya, pelajaran mahupun bisnes.

 

 

Pak Pandir dan Kapal Terbang


Kali ni saya buat artikel lain daripada yang lain, sebuah jenaka… kekadang jenaka ni dapat menimbulkan keceriaan. Dah sedia? Ni kisahnya…

Pada minggu lepas hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu dalam program stesen radio Hot FM. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup menggembirakannya.

Dipendekkan cerita, hari yang dijanji telah tiba. Pak Pandir pun sudah menunggu sejak dari subuh di lapangan terbang. Bila kapal terbang sampai, Pak Pandir amat gembira dan dia pun naiklah, terus ambil tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas, pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas. Sekali pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi Business Class, setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari itu.

Dengan penuh berbudi bahasa dan spon santun, pramugari tu tegur…

“Pak cik, pak cik tak boleh duduk kat sini, boleh tak pak cik pindah duduk di belakang?”

“”Eh, bagus sungguh orang kapal terbang ni (pramugari tu). Terima kasih nak, tak apalah nak, pak cik dah selesa kat sini “…

Mana tak selesanya, Business Class. Mati akal pramugari tu. Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti. Sakit kepala mereka dibuatnya.

Juruterbang yang menunggu lama nak berlepas, bengang kenapa masih belum ada isyarat kata ok daripada Ketua Pramugari, lalu dia pun keluar tengok.

Setelah diceritakan oleh seorang pramugari, pilot itu pun pergilah ke tempat Pak Pandir.

“Pak cik, boleh tengok tiket?”

Pak Pandir pun hulurkan tiketnya sambil tersengih.

“Oooo.. pak cik nak pegi KL ye pak cik?

“Ya nak” Jawab Pak Pandir.

“Tapi Pak Cik, kerusi depan ni pegi Johor Bahru ni, kerusi belakang tu baru pegi KL!”

Pak Pandir pun terkasima…terkejut!

“Laaa.. ye ke nak? Nasib baiklah anak ni datang bagitau.”

 

Pada Pendapat Anda, Apa Pengajaran Dari Jenaka Ni?