Archive | Saturday, 24 May, 2008

Bangkit Dari Kegagalan.


Saya perkenalkan Anda dengan Najmil. Dia juga dikenali sebagai “Jemei”. Nama sebenarnya Najmil Faiz Mohammad Aris, anak kelahiran Ipoh dan membesar di Pasir Mas, Kelantan. Ni dia..

Najmil merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pembentangan di Parlimen Britain. Kertas kerja yang dibentangkannya mengenai teknologi Nano dalam bidang pembuatan dan dihadiri oleh semua ahli parlimen Britain.

Saya ceritakan serba sedikit mengenai dirinya. Dia telah gagal dalam SPM dan hanya mendapat pangkat 3. Setelah bekerja selama beberapa tahun, dia menggunakan wang yang di simpan dan wang pinjaman bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke Leeds Metropolitan University mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan.

Di sana selama dua tahun dia berhempas pulas, menggunakan segala kemudahan Universiti selain memanfaatkan setiap saat untuk belajar. Dia banyak menghabiskan masa di perpustakaan bukan sahaja untuk belajar tetapi untuk mandi dan menukar pakaian sebelum menghadiri kelas selepas habis kerja.  


Dia buat segala jenis kerja untuk menyara hidup. Tanpa apa-apa bantuan kewangan, dia terpaksa bekerja sehingga 3 syif sehari dan tidak menjadikan musim sejuk sebagai alasan untuk cari duit walaupun kadangkala duit yang ada tak cukup makan.
Dia meraih beberapa anugerah, seperti Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang, Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang, Anugerah Tokoh Unggul UMNO Malaysia, Anugerah Personaliti Kelab Bitara UMNO Luar Negara, Anugerah Duta Kelab UMNo Luar Negara dan telah dinobatkan sebagai
antara pelajar pintar di Asia oleh Utusan Malaysia.


Kejayaan yang diraihnya bukan datang bergolek. Dia bukan bertuah, tetapi berusaha sehabis daya dengan kudrat yang ada untuk mencapai matlamatnya.
 
 
 

 

Dia Mengorbankan Usia Muda Dan
Keseronokan Demi Mencapai Kejayaan.

Dia mengikat perut dan sanggup jalan kaki untuk kemana-mana dan tidak pernah menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan perbelanjaan. Dia sentiasa mengingat kegagalan dulu sebagai “kaunselor” yang sentiasa mendampinginya dan menyedarkannya apabila dia lalai dan tersasar dari matlamat.

Di sana juga dia bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari pada waktu rehat dan kerja sebelum kuliah petang.Apa saja jenis kerja dilakukan olehnya, termasuk mencuci longkang, menghantar surat, mencuci tandas, membersihkan pejabat, mencuci bangunan dan angkat barang semata-mata nak menampung kos pengajian dan sewa bilik yang mahal.
 
Bagi saya, dia seorang yang amat tekun, rajin dan komited.Kegagalan tidak semestinya membuat sesiapa berhenti berusaha mengubah nasib. Kejayaan boleh dicapai selagi kita tak berputus asa.
 
 

Protected: Sedia Untuk Berubah..


This content is password protected. To view it please enter your password below:

Life – A Daring Adventure, Or Nothing


Hmm.. apa pendapat Anda bila baca ayat di atas?

Bagi saya sememangnya hidup kita adalah satu ‘adventure’. Ramai orang berkata hidup akan jadi hambar kiranya tiada apa yang mencabar diri kita.

Adakah Anda bersetuju dengan pernyataan ini? Saya teringat ayat yang menjadi tajuk artikel saya kali ni bila membaca buku Dare To Fail tulisan Billi Lim.

Jika diamati, hidup kita ni adalah satu adventure. Tanpa advanture, ia takkan ada apa-apa yang pahit, yang manis atau yang menggembirakan.

Masing-masing kita ada ‘adventure’ sendiri. Hidup ni adalah satu perjalanan.

Apa saja matlamat yang anda tetapkan, bila anda berusaha ke arahnya, adalah satu perjalanan.

Matlamat bila anda letak sebagai target yang hendak dicapai, ia akan menjadi satu destinasi dan menjadi ‘adventure’ bagi diri anda.

Destinasinya? Anda tentukan sendiri. Pilih matlamat anda, misalnya, sama ada mahu jadi :

– Cikgu
– Peguam
– Usahawan
– Jutawan internet?
… bahkan apa saja!

Sama ada anda sedar atau tidak, kita telah dilengkapkan dengan ‘tools’ untuk mengharungi adventure kita dalam apa jua bentuknya. Anda hanya perlu tahu cara untuk menggunakan ‘tools’ dengan seefektif yang mungkin.

‘Tools’ ni ada pada semua orang, termasuk Anda dan saya. Apa dia?

‘Tools’ Merupakan Semua Anggota Badan Kita, Intuisi, Daya Fikir Dan Memori Di Minda Kita.

Ia menjadi lebih efektif jika selalui digunakan. Contohnya, minda.

Minda akan bertambah kuat jika kita banyak berfikir dan banyak melakukan aktiviti intelektual (seperti membaca, menulis, menelaah, membuat kajian) sebanyak yang mungkin.

Minda jika digunakan untuk menyelesaikan masalah, maka kekuatannya akan bertambah. Masalah tu pula wujud dalam ‘adventure’ yang kita lalui dalam usaha mencapai matlamat kita.

Lihat pada seorang atlit, semakin rajin dia berlatih, otot-ototnya juga jadi semakin kuat, mengembang dan menonjol. Ini dilakukannya sebagai persediaan bagi menghadapi ‘adventure’ dalam hidupnya sebagai seorang atlit.

Adventure bagi dirinya adalah pertandingan sukan. Mungkin dia mahu jadi pemenang, atau mahu mengalahkan juara yang lepas.

Bagi seorang student, adventure dirinya pula ialah ketika hendak mencapai pointer yang dia mahukan di setiap semester. Disitulah dia akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, onak dan duri atau perangai yang ntah-hape-ape-ntah (pinjam word dari Ujang).

Semua cabaran ini membuatkan dirinya tertekan, sakit hati dan nak give-up. Itulah adventure bagi seorang pelajar. Cara dia handle ‘adventure’ tu akan menentukan sama ada dia boleh survive atau tewas pada cabaran.

Realitinya, hidup kita akan jadi bosan tanpa ‘adventure’. Ramai orang sukakan aktivit lasak, mencabar dan sengit ala-ala Explorace dan Amazing Race.

Tetapi, tanpa disedari, saya dan Anda selalu kalah kepada “adventure’ yang sedia ada dalam diri sendiri. Nak tau apa dia? Emosi.

Emosi merupakan satu ‘adventure’ yang tak ramai orang sedar dan tak ramai orang nampak. Ia satu ‘adventure’ di mana hanya yang kuat saja akan dapat mengharunginya.

Lelaki, segagah manapun, jika kalah pada emosi, turun la machonya! Wanita, emosi adalah teman rapatnya. Seringkali kalah pada emosi.

Untuk menghadapi apa jua cabaran dalam hidup, kawalan emosi amat penting. Emosilah yang akan membantu anda membuat keputusan, sama ada bijak ataupun yang kurang bijak.

Attitude Positif, Skill Dan Knowledge Positif Akan Ikut Kemudiannya Bila Anda Bijak Mengawal Emosi Dalam Semua Keadaan.

Tengok di sekeliling kita. Orang akan buat keputusan melulu bila emosinya tak stabil.

Dia juga boleh buat ‘kerja gila’ bila emosinya dah tak terkawal dan bila dia dah hilang arah. Tak kira siapa dia, jika dalam keadaan begitu, menyesal tak berguna lagi.

Jadi, belajar untuk kawal emosi Anda. Belajar dan banyak membaca maklumat mengena Emotional Inteligence.

Selain itu, ‘adventure’ lebih bermakna kiranya kita berjaya mencapai matlamat yang telah kita tetapkan.

Lebih Menggembirkan Kiranya Kejayaan Yang Telah Dicapai Dikongsi Dengan Ahli Keluarga Dan Orang Yang Anda Cintai.

Jadi, tulis matlamat Anda, tak kira apapun ia. Kalau boleh, tampal di mana saja yang Anda boleh lihat, atau tulis di atas buku nota kecil supaya senang dibaca di mana-mana, bila-bila masa.

Pedulikan komen, komplain dan kata-kata orang lain bila Anda berbuat begini atau bila diorang tahu matlamat diri Anda. People are always complaining, but they also always do nothing.

Ingat! kawalan emosi amat penting utuk mencipta kecemerlangan diri Anda. Bersangka baiklah setiap masa. Maafkan mereka, lupakan dan GO ON.

Bahkan, kata-kata itu akan memacu lagi semangat Anda supaya terus berusaha mencapai matlamat tersebut! Sekali lagi, Life Is A Daring Adventure Or Nothing!

Tulis matlamat Anda hari ini juga. Ia akan tersemat di minda dan minda pula akan mencipta situasi-situasi dan menemukan Anda dengan orang-orang yang boleh membantu Anda mencapai matlamat tersebut.

Tanpa matlamat, takkan ada adventure.

Tanpa adventure, takkan ada keseronokan hidup!

Mari Luahkan Perasaan, Saya Sedia Mendengarnya.


Saya memang suka menulis, syukur pada Allah kerana ada saja idea yang timbul.

Saya tahu pasal cabaran “Menulis-Di-Blog-Tiap-Hari” Selama 40 Hari tu, tapi, I can’t control my creative juice!

Saya amat excited tiap kali saya menaip di keyboard dan inspirasi pula datang mencurah-curah. Lagi bersemangat saya jadinya bila ramai orang baca tulisan di blog saya!

Nak juga saya simpan artikel-artikel yang saya dah tulis dalam komputer, tapi saya tak sabar nak share dengan pembaca blog. Kalau nak tunggu esok hari, lama lagi.

Saya mahu berlainan dengan penulis blog yang lain. Apa caranya? Saya tanya diri sendiri apa cara untuk ke arah itu dan tetiba ilham datang! Last-last inilah caranya.

Selepas bertanya melalui pada beberapa orang, mereka berkata,
“Kami Sebagai Pembaca Suka Dengan Blog Yang Banyak Artikel Dan Kerap Bertukar Lebih 1 Topik Dalam Sehari”

Saya juga begitu, saya suka baca blog yang selalu di update, kalau boleh 3 kali sehari. Jarang dijumpai blog sebegini. Bila buka blog yang saya minat tapi belum ada topik baru, hampa!

Selalunya, saya buka blog Kak Galadriel, Zul SmartUsaha dan blog Irfan Khairi berkali-kali dalam sehari. Saya baca balik apa yang ditulis. Lama kelamaan, dah jadi satu rutin.

Lupakan dulu hal ini.. Mari kita kembali ke topik asal.

Saya mahu anda tarik nafas, tahan sekejap dan hembuskan perlahan-lahan. Biar anda jadi relaks, terus relaks dan semakin relaks. Dah ready? Ok..

Jadi, jika kita dilanda tekanan perasaan, kita perlu…

Luahkan apa yang anda rasa, supaya boleh mengurangkan tension. Meluahkan perasaan boleh membantu diri kita supaya lebih memahami diri sendiri melalui pendangan orang lain. Jadikan orang lain sebagai cermin diri.

Kalau tak diluah, macam gunung berapi yang lama tersimpan lavanya. Bila semakin lama semakin bertambah apinya, malatop juga! (pinjam trademark Velvet AF4)

Ia juga meredakan tension atau tekanan yang dialami. Kadangkala apabila seseorang itu tak memahami apa yang dia rasa, perasaan tersebut akan meledak dalam situasi yang memalukan atau dengan “stail” yang tidak sewajarnya.

Setiap orang memerlukan masa untuk merenung diri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang kita rasa boleh membantu membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan apa yang sesuai untuk diri kita.

Untuk itu, kita perlu kenal pasti cara terbaik untuk meluahkan perasaan, terutamanya bila tension. Jika anda tahu caranya, ia merupakan suatu kelebihan yang tak ramai orang ada, hanya anda.

Kita akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Pokok? Masing-masing ada caranya tersendiri.

 

Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba apa yang saya cadangkan di bawah ini.

1. Tulis Tentang Apa Yang Anda Rasa Di Atas Kertas..

Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenal pasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan diari, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Blog? Trend masa kini untuk meluahkan perasaan secara “digital”.

Kita mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup kita sekarang. Cuba “bayangkan” ketika menulis, ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda.

Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya. Kalau tak pernah menulis puisi, jadi, masa terluang selepas baca artikel ini adalah permulaan yang sesuai untuk belajar menulis puisi.

 

2. Bersukan

Ia membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal.

Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Anda akan rasa puas hati bila anda berjaya mendahului orang lain dalam perlumbaan, misalnya lumba lari atau lumba renang. (Opps, tunggu dulu wahai Shueqry, nanti..sukan lumba kereta pula cemana? Saya tak tahu berenang dan saya bukannya pelari pecut!)

Itu juga boleh, tapi cari beberapa kawan dan ajak ke trek litar lumba, bukan di jalan raya. Bila dah lepas geram, lega rasanya. Lebih tenang, lebih relaks dan lebih brtenaga. Dont drink and drive dah le.

 

3. Melukis.

Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik dan anda pula kebetulan bukannya seorang pelukis, jangan tak tahu, melukis juga berguna untuk meluahkan perasaan anda.

Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Biarkan anda asyik melukis dan terus tenggelam dalam keasyikan itu. Lukis apa sahaja yang anda mahu.

Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya. Bagaimana dengan lukisan abstrak?

Cadangan saya, ambil berus dan lukis garisan berterabur dengan berbagai “kaler”. Ia merupakan satu karya seni yang hanya anda saja boleh memahaminya.

 

4. Menyanyi, Bermain Muzik Atau paling Ekstreme, Menjerit!

Ikut nyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan. Ia juga dipangil sebagai ekspresi diri.

Menyanyilah di bilik air atau di taman. Jadi, senarai carta lagu wajib nyanyi “lagu-bilik-air” dalam minggu ini bermula dengan? …

Senarainya anda yang tentukan. Berita baik, takde Kak Ogy Ahmad Daud sebagai pengkritik tetap anda seperti di dalam AF6. Sampai ke hari ini, saya tak pernah tengok AF6, sebab rasanya layan blog lebih “mengasyikkan”.

Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan. Tahniah! cuma kekurangan recorder suara.

Nasihat saya, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang takde orang, pasang muzik yang tidak terlalu kuat atau gunakan “ear phone”. Kalau tidak, nanti ada orang sakit jantung dibuatnya.

 

Saya mendengar anda bertanya soalan sebentar tadi.

Ape dia? Tak dengar laa..

Laaa, owh, ya ka? erk..aiseh men.. dah dengar tadi. Takpe, saya ulang ya..

“Awak pula Chepoi, apa cara awak nak lepas tension?”

Saya? (psst.. ini rahsia besar, sebab itu saya akan katakan sekali saja) Menjerit Dalam Air!