Archive | Friday, 9 May, 2008

What is your centre?


Assalamualaikum and very good morning..

What is our centre?

Hidup kita mempunyai tujuan. Kita tahu secara tersirat, dan ia selalu berada difikiran kita membuat analisa apabila kita bercakap dengan diri sendiri (termenung atau bermuhasabah diri). Jadi apa tujuan hidup kita?

Mission statement (MS);
Sbg org Islam MS kita ialah ucapan syahadah. Apa saja kita buat setiap masa, kita tidak boleh terkeluar dari MS kita. Personal Mission Statement (PMS) ialah perlembagaan utk diri kita sendiri, perlembagaan diri yg khusus seperti cth perlembagaan khusus utk sesebuah negara. PMS menentukan hala tuju hidup kita. Sbg muslim hala tuju hidup kita ialah Allah di akhirat. Kita hidup utk beribadat kepada Allah. Bila ini menjadi PMS kita, maka semua kita buat, kita buat dengan ikhlas, terbaik, bersungguh2 tanpa mengharap balasan dari manusia.

Pagi tadi aku tonton rancangan Oprah show, mereka tunjukkan kerja2 amal yg telah mereka lakukan di dalam masyarakat sekitar lalu mendapat tepukan gemuruh dari penonton di studio, dan peserta “kerja amal” masing2 meluahkan rasa terharu, rasa yg amat bagus, rasa cinta yg memenuhi kalbu sehingga mereka mengalirkan air mata, kerana dapat membantu org susah dikalangan mereka.

Cuba bygkan, kerja amal kita tidak mendapat pengiktirafan begitu? Malah, kita buat baik, org salah anggap pula, jadi sebaliknya. Apa yg kita rasa? Jika kita buat baik utk pengiktirafan dunia, kita akan rasa kebaikan kita sia2, kita rasa diri kita diambil kesempatan oleh org lain yg tak tau mengharagai, mencantas sedikit semangat kita utk buat baik lagi. Sebab itu Allah dan rasul ajar kita konsep Ehsan.

Ehsan adalah kita beribadat kepada Allah “seolah-olah” kita nampak Allah, sudah pasti kita tak nampak Allah. Tetapi kita yakin bhw Allah nampak kita selalu

Setiap detik, perbuatan kita ialah ibadat. Bila kita serah/niatkan kerja baik kita semata-mata utk Allah, maka kita yakinlah bhw pengiktirafan itu ada di akhirat kelak, pertimbangan Allah sgt tepat, dan di akhirat kelak kita akan dpt tepukan gemuruh dari semua manusia dan jin malah malaikat sekalipun. Jadi ada berani nak buat jahat? Jgn, Allah nampak! Mungkin kita mulia di dunia, tp di akhirat kita dikeji dengan kejian yg sekeji-kejinya.

 

PMS kita mesti di akhirat, bukan di dunia

Bila kita ada tujuan hidup yg tertulis di dalam PMS kita, jadi kita perlu merealisasikannya sebelum kita “kiok!”, innalillahi….rajiuuunnn.. mati dah ang tak leh wat pa dah!.

Allah berikan kita “rezeki” di dunia iaitu segala material2 dunia yg boleh kita manipulasi dengan deria2 kita. Rezeki ini sudah ditetapkan kadarnya dan jumlahnya, tetapi berapa peratus yg dpt kita capai, mestilah melalui usaha diri sendiri. Takdir Allah telah tertulis pada hukum2 dunia (hukum fizik, biologi, matematik, kimia dll), material2 dunia (tanah, air, besi, graviti, bahan2 kimia, petroleum dll). Takdir ini tiakdak sapa dapat ubah kecuali Allah! Qada’ Allah telah tertulis di dalam diri kita sendiri iaitu fisiologi kita (tenaga, anggota, otak) dan saikologi kita (IQ, EQ, akal, ruh (spiritual), pertimbangan ehsan) untuk kita ubah dan manipulasi material2 dunia yg telah ditakdirkan utk kegunaan hidup kita dan org lain seiring dengan PMS kita. Manusia tidak boleh ubah besi menjadi plastik, kita jugak tidak boleh ubah nilai graviti bumi dari 9.81m/s2 jadi 2m/s2 boleh terjun bangunan lapan belas tingkat rilek je hehe

Tetapi kita boleh ubah besi dan plastik jadi kereta, kita boleh lawan tarikan graviti bumi dengan penciptaan kapal terbang, ini kuasa Allah beri kat otak dan jasad kita. Sebab itu manusia sebaik2 kejadian. Boleh refer balik ke definisi Qada’ dan Qadar, dan fahamkan betul2 kehendaknya.

Bila kita ada ruh dan jasad, aktiviti kita terbahagi kepada dua iaitu:

Circle of influence(COI) & Circle of concern(COC)

Kita mesti check dekat mana kita selalu habiskan masa dan tenaga pemberian Allah kepada kita ni sehari-hari. Ada byk benda sehari-hari kita beri perhatian cam kesihatan kita, ekonomi kita, anak2 kita, probs keje, politik negara, filem pendek penghinaan Islam, american idol, perang di iraq dan sebagainya. Ini semua element2 yg kita beri perhatian yg kita panggil aktiviti di dalam circle of concern. Tapi dlm byk2 benda yg kita ambik pot atau yg kita concern (concern ni apa kut BM? lemah betullah aku argh!) ada sesetengah benda kita yg kita boleh buat sesuatu padanya, jadi kita kelaskan elemen2 ni di dalam lingkaran yg lebih kecik iaitu circle of influence.

Sbg seorang yg proaktif, kita mesti selalu berada di dalam COI. Kita cuma habiskan masa dan tenaga pada elemen yg kita boleh lakukan sesuatu, yg kita boleh ubah, yg kita boleh kontrol.

Org yg reaktif pula selalu berada di sekitar COC, selalu org yg reaktif ni sejenis makhluk yg pemalas. Dia suka campuri urusan yg diluar kawalan dia, supaya dia tak perlu buat apa2 sbb mg takleh buat apa2 pun, tp dia senang lenang buleh tunjuk concern dia. Jadi, dia akan suka tgk kelemahan org, agar dia dpt tuduh org tak buat keje. Bila time dia terbukti takleh wat keje, Dia akan salahkan keadaan, tp dia malas utk buat apa yg dia buleh buat. spesis ini juge dlm ofis dikenali sbg “taichi master”.

Selagi kita duk fokus tenaga kita pada COC, kita takkan capai apa2. risaunya perang kat iraq, marahnya kat mamat belanda jahat tu, apa la engko ni malas sgt malas aku nak kwn ngn ko, ish projek bakun ni apa ni merugikan rakyat. ini semua out of our control, forget it! Tumpukan tenaga pada COI kita, ubah paradigma diri, jaga akhlak, beri sumbangan semampu boleh, kerja rajin2, bina famili yg kukuh. takpayah amik pot salah org, nasihat je cukup, tp perlu amik berat kesalahan sendiri. kegagalan nasihatkan org buat salah adalah kesalahan sendiri. kegagalan utk ubah perangai isteri adalah kesalahan sendiri. bila paradigma kita sebegini, insyaAllah, kita berada di landasan yg betul.

Ketika rakyat2 india duk kutuk polisi US, mahatma gandhi senyap2 berjalan dr kg ke kg melalui denai padi utk cari pengaruh sikit demi sedikit, dan dari situ setelah COI dia semakin besar dan kuat. Dia telah mengepalai India utk menentang polisi barat di sana dan dia berjaya.

Kita sembang lebat pasai politik kutuk gomen tp usaha di COI sendiri tarak, tak guna!

Bila kita tumpukan tenaga dan masa kita dalam COI, akan ada satu titik yg urusan dan pemikiran kite berlegar2 disekelilingnya. Titik ini di panggil pusat COI kita, bukan pusat kat perut tu, tp pusat pemikiran, tenaga, sailokogi, bykla aku punya sailokogi, saikologi, taip pun dah tak betul aku rasa aku dah lapar betul2 ni.. aku kena makan dulu.. nanti aku sambung balik dan aku huraikan kepentingan “center” kita, moga2 dapat manfaat..