Archive | Monday, 26 May, 2008

Favourite quotes


“Beliefs have the power to create and the power to destroy. Human beings have the awesome ability to take any experience of their lives and create a meaning that disempowers them or one that can literally save their lives.”

 

“For changes to be of any true value, they’ve got to be lasting and consistent.”

 

“How am I going to live today in order to create the tomorrow I’m committed to?”

 

“I challenge You to make your life a masterpiece. I challenge You to join the ranks of those people who live what they teach, who walk their talk.”

 

I‘ve come to believe that all my past failure and frustration were actually laying the foundation for the understandings that have created the new level of living I now enjoy.”

 

“If You want to be successful, find someone who has achieved the results You want and copy what they do and you’ll achieve the same results.”

Cabar Diri Untuk Berjaya!


Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa step untuk mencabar diri sendiri bagi mencapai kejayaan.

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.

Tetapi jangan pula selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.

Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan.

Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya. Ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

 

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Dream BIG! Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran tu.

Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan.

 

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.

Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajar dari mereka . Buka mulut dan bertanya.

 

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan.

Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.

Bandinglah diri dengan mereka yang lebih berjaya, yang menjadi jutawan, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

 

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Soalan-soalan iniakan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan pendapatan aku bulan depan?

Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar?

Di mana nak dapatkan ilmu untuk maju dalam bidang ini?

Siapa yang boleh bantu aku?

 

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.

Tujuannya bukan untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri.

Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita. Untuk itu, saya telah mencabar diri sendiri untuk meletak 3 artikel sehari dalam blog ini bermula minggu depan.

Ini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan bertukar-tukar fikiran di ruang komen. Saya mengucapakan berbanyak terima kasih pada anda yang rajin menjenguk blog saya. Jadi, saya update artikel setiap hari sebagai tanda terima kasih saya.